Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selalu cepat marah? Ini 7 cara untuk menjadi orang yang lebih sabar

    Selalu cepat marah? Ini 7 cara untuk menjadi orang yang lebih sabar

    By Umi FatehahJanuary 26, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Selalu cepat marah? Ini 7 cara untuk menjadi orang yang lebih sabar. - GAMBAR HIASAN ICONS8 TEAM R/UNSPLASH

    SABAR itu separuh daripada iman. Namun, ada beberapa insiden dalam kehidupan gagal membuat kita menjadi orang yang sabar.

    Terdapat banyak perkara yang membuatkan emosi menjadi tidak stabil dan akhirnya menyebabkan kemarahan. Mungkin persekitaran kerja toksik menekan kesabaran anda, keadaan trafik di bandar atau beban kerja yang terlampau banyak. 

    Perkara-perkara ini sudah cukup untuk membuat anda berasa bengang. Bila bengang, takkan nak pergi pukul orang yang toksik itu atau mengamuk di tengah-tengah jalan raya pula. Perkara ini hanya akan memudaratkan diri sendiri sahaja.

    Sebelum perasan amarah ini membuatkan anda menjadi seperti Joker, cari cara untuk bertenang. Berikut tujuh langkah yang anda boleh amalkan untuk menjadi lebih sabar dalam kehidupan. 

    1. Nilai isu itu daripada sudut yang lain

    Apabila berada dalam situasi yang menjengkelkan, cuba fikirkan mengapa ia mengganggu ketenangan jiwa anda. Sebaik sahaja anda mengenal pasti sebabnya, nilai semula isu itu supaya ia kurang menjengkelkan.

    Sebagai contoh, jika anda sedang menunggu rakan sekerja yang lewat 15 minit, ambil peluang itu sebagai peluang untuk membaca isu semasa atau tidur sekejap. Anda juga boleh mendengar podcast atau menonton video motivasi untuk beberapa minit. Ubah perkara yang negatif kepada positif.

    1. Sedar, terima dan akui perasaan yang dialami

    Untuk mengenal pasti dan menerima segala perasaan yang menyelubungi memerlukan tahap kesedaran tertentu. Anda boleh mempraktikkan teknik ini dengan menutup mata, tarik nafas panjang dan fikirkan apa yang mengganggu  fikiran dan emosi. 

    Mungkin selepas anda mengenal pasti punca, terima dan mengakui perasaan itu, anda akan menjadi lebih tenang. Seterusnya, anda boleh fikirkan langkah untuk mengatasi perasaan itu agar ia tidak mengganggu tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

    1. Bersyukur

    Lain kali apabila kecewa, cuba fikirkan sesuatu yang membuatkan anda rasa bersyukur. Ini akan membantu menenangkan supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik.

    Fikirkan apa sahaja perkara yang membuatkan anda berasa syukur. Contohnya, syukur sudah menyiapkan kerja yang tertangguh. Tidaklah anda terlalu tertekan dan serabut apabila masuk kerja nanti.

    1. Jangan tergesa-gesa

    Tarikh akhir anda menghantar proposal projek itu hampir tiba. Tetapi, mungkin bos atau pengurus tidak terlalu tegas tentang isu itu. Jika anda berasa tergesa-gesa, tanya pihak atasan jika anda boleh mengambil lebih banyak masa untuk menyelesaikan tugas. 

    Jika tidak, anda berisiko menghasilkan kerja yang tidak berkualiti atau meletup dalam keadaan yang terlalu tertekan.

    1. Cuba cari cara untuk berseronok

    Kehidupan seharian mungkin tidak terlalu menjengkelkan jika anda tidak terlalu menekan diri sendiri atau memandang semuanya dari sudut negatif. 

    Cuba bergurau dengan rakan sekerja untuk wujudkan suasana yang kurang tertekan. Anda juga boleh dengar lagu yang membuatkan anda rasa seronok sambil bekerja. Mungkin lagu-lagu rancak akan membuatkan anda bersemangat dan kurang tertekan. 

    Kebanyakan lagu-lagu K-Pop mempunyai rentak yang rancak. Cuba pilih beberapa lagu daripada kumpulan IVE untuk menyuntik keseronokan atau ambil masa sekurangnya 10 minit untuk berehat dan tonton video yang kelakar.

    1. Tingkatkan kemahiran mendengar

    Mendengar secara aktif ialah taktik penting untuk menjadi lebih sabar dengan orang lain. Apabila mendengar kebimbangan yang diluahkan, anda akan menjadi lebih belas kasihan. Kecerdasan emosi sebegini akan membantu anda kekal tenang.

    1. Ingat, bukan semua perkara ialah tentang anda

    Dalam beberapa cara dan situasi, ketidaksabaran boleh mendorong kepada pemikiran yang mementingkan diri sendiri. 

    Ingat bahawa anda adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar iaitu dunia yang penuh dengan orang yang mempunyai kebimbangan, cita-cita dan perspektif mereka sendiri. 

    Apabila meletakkan diri anda dalam kedudukan mereka, mungkin kekecewaan yang anda hadapi itu tidak seteruk apa yang orang lain hadapi. Semua orang sedang melalui sesuatu yang anda tidak tahu. 

    Ada kalanya anda tidak perlu terlalu melayan perasaan negatif itu. Setiap perkara buruk ada hikmahnya. 

    Cuba untuk terima, akur dan teruskan kehidupan dengan semangat yang lebih baik. Jangan biarkan perkara negatif itu menghantui diri sehingga orang mempunyai tanggapan terhadap anda sebagai orang yang negatif, cepat marah dan tidak penyabar. – RELEVAN

    ​

    Previous ArticleMentega kacang kaya manfaat kesihatan, ini fakta menarik mengenainya
    Next Article Tetuang maklumat buku alternatif

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.