Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selalu rasa malas? Lakukan 5 kaedah ini untuk buang kemalasan

    Selalu rasa malas? Lakukan 5 kaedah ini untuk buang kemalasan

    By Umi FatehahJanuary 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Selalu rasa malas? Lakukan 5 kaedah ini untuk buang kemalasan. - GAMBAR HIASAN ADRIAN SWANCAR/UNSPLASH

    KITA semua pernah impikan hari tanpa perlu melaksanakan tanggungjawab. Tidak perlu bekerja, memasak, sidai baju dan tugas harian yang lain. Kita hanya mahu bermalas-malasan dan bersendirian sambil menonton rancangan kegemaran.

    Kebiasaannya, orang mengaitkan perasaan malas ini dengan tanggapan negatif. Tetapi menurut Penolong Profesor Pentadbiran Perniagaan di Harvard School of Business, Jon M. Jachimowicz, malas tidak semestinya perkara negatif.

    Menurut beliau, kemalasan sering menjadi tanda kita perlu berehat. Jika anda berasa kurang bermotivasi akhir-akhir ini, ia menandakan anda perlu mengkaji apa yang berlaku dalam hidup.

    Tidak kiralah apa puncanya, ia mengecewakan apabila kita ingin menyelesaikan tugas penting tetapi berasa terlalu letih dan berputus asa untuk memulakan kerja. Berikut adalah lima cara untuk mengatasi perasaan malas.

    1. Cari pendorong

    Langkah pertama untuk mengatasi kemalasan ialah mencari tahu apa yang memotivasikan anda. Setiap orang berbeza. Bagi anda, ia mungkin mahu mencapai matlamat dalam kerjaya. Bagi orang lain, ia mungkin mahu membeli barang elektronik baharu.

    Setelah mengenal pasti pendorong (motivator) terbaik, pertimbangkan untuk menulisnya dan letakkannya di tempat yang boleh dilihat setiap hari seperti cermin atau skrin komputer anda. 

    Apabila perasaan tidak bermotivasi itu hadir, fikirkan sama ada anda hanya memerlukan rehat atau perlu diingatkan tentang matlamat yang ingin dicapai untuk memberi semangat.

    1. Elakkan gangguan

    Gangguan yang berterusan boleh menjejaskan prestasi dan kesejahteraan kerana ia menyebabkan anda kehilangan sumber kognitif yang diperlukan. Ambil satu atau dua hari untuk menjejaki apa yang sering mengganggu anda. Perhatikan juga kekerapan anda menatal media sosial atau membuka laman web yang tidak berkaitan dengan kerja. 

    Sebaik sahaja tahu apa yang sering mengganggu, anda boleh membuat rancangan untuk mengelakkannya.

    1. Wujudkan rasa tanggungjawab

    Tidak dinafikan, kita mudah menjadi malas apabila tiada sesiapa yang memantau. Mungkin kita akan lebih fokus pada matlamat sekiranya sedar bahawa ada beberapa individu yang dihormati sedang menunggu perkembangan tugas dan hasil yang memuaskan. Ia boleh menjadi bos, pengurus atau pensyarah sekiranya anda seorang pelajar.

    Beritahu rakan atau ahli keluarga tentang perubahan yang sedang diusahakan dan minta mereka memantau sama ada anda sedang bermalasan atau fokus. Pilih seseorang yang dipercayai dan akan memberi kritikan membina.

    1. Beri masa dan ruang kepada diri sendiri untuk berehat

    Otak kita tidak direka untuk kekal fokus pada satu tugas untuk tempoh yang lama. Kebiasaannya pada minit ke-45 kita sudah mula hilang fokus dan aktiviti otak mula berkurangan.

    Memaksa untuk meneruskan tugas yang sama boleh membawa kepada prestasi yang lemah dan kekecewaan, jadi berehatlah sekali-sekala. Biarkan fikiran anda berehat dan lakukan sesuatu yang menghiburkan.

    Anda juga boleh menggunakan Teknik Pomodoro iaitu kaedah pengurusan masa yang memecahkan tugas kepada selang 25 minit untuk menjadikan proses bekerja itu kurang ‘menyeksakan’. 

    Lakukan satu tugasan (tanpa multitasking) selama 25 minit, kemudian berehat selama lima minit. 

    Untuk memahami teknik pomodoro dengan lebih lanjut, baca artikel di bawah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pomodoro: Teknik untuk belajar dan bekerja dengan lebih fokus

    1. Tetapkan matlamat yang munasabah

    Melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan boleh menyebabkan keletihan dan tidak motivasi. Matlamat yang tidak realistik dan tidak mampu dicapai akan menghantui dan membuatkan anda berasa seperti tidak mahu melakukan apa-apa, hanya mahu menghilang dan bersendirian.

    Menetapkan matlamat yang munasabah bermakna anda akan berasa kurang tertekan dan tahap produktiviti berpotensi untuk kekal konsisten sepanjang proses. – RELEVAN

    featured kerja lengah malas pendidikan rehat
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.