Facebook Twitter
    Trending
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bonus diberikan mengikut jumlah senaman? syarikat ini perkenal peraturan baharu

    Bonus diberikan mengikut jumlah senaman? syarikat ini perkenal peraturan baharu

    By December 29, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BONUS kebiasaannya diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, tetapi berbeza dengan sebuah syarikat di China yang menilai pekerjanya dengan ukuran jumlah senaman untuk mendapatkan ganjaran tersebut.

    Pemilik syarikat Guangdong Dongpo Paper, Lin Zhiyong menggantikan program bonus pekerja akhir tahunnya dengan skim lain yang direka untuk mempromosikan senaman iaitu ganjaran kewangan yang menarik untuk pekerja yang bersenam setiap hari. 

    Skim yang di luar kebiasaan itu menjadi bualan dan tajuk utama media antarabangsa kerana menggantikan skim bonus pekerja berasaskan prestasi kerja dengan satu penilaian baharu iaitu prestasi olahraga.

    Syarikat pengeluar kertas di Wilayah Guangdong itu mahu menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan100 orang  pekerjanya.

    Pihak pengurusan memutuskan untuk memberi ganjaran kepada pekerja berdasarkan berapa banyak mereka bersenam. Sebagai contoh, seorang pekerja akan layak mendapat bonus satu bulan penuh jika mereka berlari sejauh 50 kilometer (km) sebulan.

    Mereka akan mendapat 60 peratus daripada bonus jika berlari 40km dan 30 peratus untuk 30km. Peminat larian berpeluang mendapat bonus tambahan 30 peratus jika mereka dapat membuktikan dapat berlari lebih 100 km dalam satu bulan.

     “Perniagaan saya hanya boleh bertahan jika pekerja saya sihat,” kata Zhiyong, sambil menambah bahawa dia mengambil masa tiga tahun untuk menggalakkan pekerjanya menikmati sukan dan kecergasan.

    Jarak yang dilalui oleh setiap pekerja akan dijejaki dengan menggunakan aplikasi pada telefon mereka yang turut mengambil kira aktiviti seperti mendaki gunung dan berjalan pantas iaitu masing-masing boleh menyumbang kepada 60 dan 30 peratus daripada jumlah senaman yang diperlukan.

    Program ini telah membuktikan kejayaan yang hebat dan Zhiyong yang juga peminat senaman mendakwa bahawa semua pekerjanya layak untuk mendapat bonus penuh.

    Menurut media China, syarikat Guangdong Dongpo Paper “membunuh dua burung dengan satu batu” iaitu pekerja boleh mendapat kesihatan dan wang.

    Dasar baharu itu mendapat maklum balas positif daripada orang ramai tetapi ada juga yang bimbang jika ia membuka ruang kepada diskriminasi.

    “Hasrat syarikat adalah baik tetapi ia harus mengambil kira keadaan atau isu kesihatan yang sedia ada dalam kalangan pekerjanya,” komen salah seorang warganet.

    Ada juga yang bertanya adakah polisi itu untuk semua pekerja tanpa mengira status kesihatan? Bagaimana pula nasib mereka yang mempunyai risiko serangan jantung dan pelbagai penyakit lain? Adakah mereka terkecuali daripada mendapat bonus.

    Sehubungan itu, ada yang menuduh Guangdong Dongpo Paper meletakkan kesihatan pekerjanya dalam risiko bahaya dengan menetapkan bonus yang sangat tinggi kepada mereka yang mencapai jumlah senaman tertinggi.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025
    Artikel Terkini

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.