Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenal pasti perbezaan penat dan keletihan, jangan ambil ringan gejala ini

    Kenal pasti perbezaan penat dan keletihan, jangan ambil ringan gejala ini

    By Umi FatehahOctober 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenal pasti perbezaan penat dan keletihan, jangan ambil ringan gejala ini. - GAMBAR HIASAN KEIRA BURTON/PEXELS

    Adakah kehidupan membuatkan kita penat dan lelah atau kita hanya kurang tidur?

    Mungkin kehidupan pada abad 21 juga menjadi punca mengapa kita sering berasa letih. Antara tabiat kehidupan seharian masyarakat hari ini ialah ketagihan skrin, budaya side hustle atau minda sentiasa aktif berfikir. 

    Cuba kenal pasti, adakah perasaan yang dialami itu hanya penat (tired) atau keletihan (fatigue)? 

    Ketua Institut Sleep and Circadian Neuroscience di Universiti Oxford, Profesor Russell Foster berkata, jawapan mudah kepada persoalan di atas ialah kita perlu membezakan antara penat dan keletihan.

    “Kepenatan boleh diubati dengan tidur yang cukup. Namun, keletihan tidak dapat diubati dengan tidur sahaja. 

    “Ia juga biasanya merupakan petanda masalah kesihatan yang mungkin anda tidak tahu. Sekiranya anda mendapat tidur yang cukup tetapi bangun dengan rasa lesu yang kronik dan tidak dapat meneruskan urusan harian dengan baik, dapatkan nasihat doktor,” katanya.

    Beliau juga menegaskan bahawa ramai pakar menasihatkan untuk mendapatkan purata jam tidur yang sihat.

    Pelbagai kajian telah mengatakan sekiranya tempoh tidur lebih atau kurang daripada lapan jam, anda akan mempunyai jangka hayat yang berkurangan. 

    “Namun, kebanyakan kajian tersebut tidak melihat status kesihatan responden.

    “Jika anda mengalami keletihan iaitu penanda kesihatan yang tidak baik, anda mungkin akan tidur lebih banyak. 

    “Jika anda tidak cukup tidur, ia mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara termasuklah kesakitan atau masalah kesihatan yang tidak dapat dikawal. Jadi, tidak semua kajian berguna,” jelas Foster.

    Sudah cukup tidur tetapi masih letih

    Tetapi bagaimana jika perasaan yang dialami ini keletihan sehingga tidak ada kekuatan dan keinginan untuk melakukan apa-apa. 

    Mungkin rutin tidur anda sangat baik, tetapi menjelang waktu malam sahaja pasti ada benda yang dibimbangkan sehingga menyebabkan rasa gelisah. 

    Atau mungkin juga irama sirkadian anda terganggu yang menjadi punca anda kuat berpeluh dan letih pada siang hari. 

    Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya tidur, anda mungkin mengalami masalah keletihan.

    Antara masalah kesihatan yang mungkin dialami ialah:

    • Kekurangan nutrien

    Kekurangan nutrien seperti zat besi, riboflavin (vitamin B2), vitamin D, vitamin C dan magnesium berkait rapat dengan keletihan.

    Kebiasaannya, keletihan yang berkaitan dengan kekurangan satu atau lebih nutrien bertambah baik apabila tahap nutrien anda menjadi normal.

    • Stres

    Walaupun stres adalah perkara biasa, stres yang kronik boleh menyebabkan keletihan. Malah, ia boleh membawa kepada stress-related exhaustion disorder (ED) iaitu keadaan kesihatan yang berkaitan dengan psikologi dan fizikal.

    Tambahan pula, tekanan kronik boleh menyebabkan perubahan struktur dan fungsi dalam otak anda dan menyebabkan keradangan kronik yang menyumbang kepada gejala seperti keletihan.

    • Masalah kesihatan lain

    Jika anda mengalami keletihan kronik yang tidak dapat dijelaskan, anda harus mendapatkan nasihat doktor. 

    Mereka mungkin mengesyorkan beberapa ujian untuk mengenal pasti punca keletihan seperti apnea tidur, hipotiroidisme, kanser, sindrom keletihan kronik, penyakit buah pinggang dan kemurungan.

    Perlu diingatkan bahawa tidak normal untuk anda berasa letih secara berterusan dan dalam jangka masa panjang. Jika anda sering mengalami keletihan, kemungkinan terdapat satu atau lebih punca. 

    Perhatikan semula gaya hidup anda. Kemudian, betulkan jadual tidur dan cuba dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti. 

    Sekiranya masih tidak dapat menghilangkan kepenatan atau keletihan, rujuk kepada pakar dan dapatkan nasihat yang lebih terperinci. – RELEVAN

    Previous Article15 bentuk sokongan yang senior boleh beri kepada junior
    Next Article Sarang burung paling ‘gila’, bukti kepintaran gagak dan murai

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.