Facebook Twitter
    Trending
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    • Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025

      Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

      April 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

    UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

    By September 13, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENERBITAN modul perintis nanosains dan nanoteknologiselaras dengan aspirasi strategi kedua Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030 (DSNN) iaitu memakmurkan penyelidikan dan pembangunan di dalam nanoteknologi.

    INSTITUT Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerbitkan modul perintis nanosains dan nanoteknologi khusus yang disesuaikan bagi subjek Kimia di sekolah menengah untuk meningkatkan pemahaman dalam menyampaikan topik nanoteknologi.

    Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk TS. Dr. Mohd Nor Azman Hassan berkata, pada tahun 2021 terdapat silibus yang menyentuh bidang nanoteknologi telah dimuatkan di dalam buku teks menengah atas iaitu bagi subjek Kimia Tingkatan 5.

    “Oleh yang demikian, ION2 UPM sebagai peneraju di dalam bidang nano mengorak langkah terkehadapan untuk menyebarkan, memindahkan dan memastikan ilmu berkenaan nanosains dan nanoteknologi dapat disampaikan secara tepat kepada pelajar.

    “Ini dijangka dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar untuk mendalami bidang nanosains dan nanoteknologi.

    “Program pemindahan ilmu kepada guru kimia sekolah menengah merupakan projek yang dilihat dapat membantu dalam memperkasakan ilmu serta pengetahuan berkenaan nanosains dan nanoteknologi,” katanya.

    MODUL perintis Ini dijangka dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar untuk mendalami bidang nanosains dan nanoteknologi.

    Tambah beliau, perkara ini adalah penting dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi.

    Kata beliau lagi, ia selaras dengan aspirasi strategi kedua Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030 (DSNN) iaitu memakmurkan penyelidikan dan pembangunan di dalam nanoteknologi.

    Misi ION3 UPM adalah untuk mencipta program yang sesuai dengan keperluan masyarakat sambil memanfaatkan kepakaran serta sumber yang ada dan akan dimulakan di sekolah menengah di Daerah Hulu Langat.

    Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPM, Prof Dr. Nazamid Saari berkata, permulaan modul ini adalah langkah pertama telah dimulakan yang membuka jalan kepada lebih banyak pemindahan dan perkongsian ilmu sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi mengangkat bidang nano ke tahap yang terbaik di sisi masyarakat di negara ini.

    “Penerbitan modul pemindahan ilmu nanosains dan nanoteknologi dapat melancarkan pelaksanaan aktiviti pemindahan dan pengembangan ilmu kepada komuniti tersasar secara lebih efektif dengan penyampaian isi kandungan yang tepat, berstruktur dan sistematik.

    “Impak penghasilan modul ini akan melancarkan pelaksanaan aktiviti pemindahan ilmu dan berupaya untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan serta pendaya upayaan kefahaman guru-guru dalam bidang nano,” katanya.

    Ujar beliau lagi, usaha itu adalah selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggariskan kurikulum melalui idea, teknologi dan inovasi berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

    Ia turut mendukung matlamat ke tiga Pelan Tindakan Pelan Strategik UPM 2021-2025 UPM untuk menjadi universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan negara serta keterlibatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.- RELEVAN

    featured nano pendidikan sekolah menengah upm
    Artikel Terkini

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025

    Memahami hak sebagai pekerja

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.