Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar pengangguran semakin pulih, terendah sejak pandemik

    Kadar pengangguran semakin pulih, terendah sejak pandemik

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 1, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBANYAK 79.8 peratus daripada penganggur di Malaysia pada 2022 merupakan penganggur aktif yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KADAR pengangguran negara terus mencatatkan penurunan kepada 3.9 peratus pada 2022, kadar terendah sejak negara dilanda pandemik Covid-19 bermula 2020.

    Penurunan tersebut adalah sebanyak 0.7 mata peratusan berbanding 4.6 peratus pada 2021. Pada 2020, kadar pengangguran adalah pada 4.5 peratus.

    Dari segi bilangan, terdapat kira-kira 630,400 orang penganggur pada 2022, berkurang sebanyak 14 peratus berbanding kira-kira 733,000 orang pada 2021.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, persekitaran ekonomi yang positif sepanjang 2022 membawa kepada situasi tenaga buruh yang menggalakkan pada tahun tersebut, susulan lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai industri telah diwujudkan.

    Kata beliau, pemulihan daripada kemelesetan ekonomi yang disebabkan pandemik Covid-19 telah mencapai titik perubahan pada 2022, mendorong perubahan positif dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai industri.

    “Selain itu, konsep pekerjaan fleksibel dengan bekerja secara jarak jauh dan aturan kerja yang fleksibel telah menjadi kelaziman. Ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pekerja dan keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan.

    “Oleh itu, pasaran buruh terus mengukuh pada 2022 dengan bilangan penduduk bekerja yang lebih tinggi manakala pengangguran menurun,” katanya dalam kenyataan pada 31 Julai.

    Kedudukan tenaga buruh dan guna tenaga

    Tenaga buruh di Malaysia meningkat 1.4 peratus pada 2022 kepada 16.02 juta orang berbanding 15.80 juta pada 2021, disumbangkan oleh peningkatan bilangan penduduk bekerja dan penurunan bilangan penganggur.

    Sehubungan itu, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) naik sebanyak 0.7 mata peratus merekodkan 69.3 peratus pada 2022 berbanding 68.6 peratus pada 2021.

    ARTIKEL BERKAITAN:  Kesan pengangguran terhadap individu, masyarakat dan ekonomi

    Memandangkan lebih banyak tenaga buruh yang menyertai pasaran, bilangan luar tenaga buruh pada 2022 mencatatkan penurunan 1.5 peratus kepada 7.11 juta orang berbanding 7.22 juta pada 2021.

    Menurut Mohd. Uzir, terdapat 15.39 juta penduduk bekerja di Malaysia pada 2022, meningkat 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Malah, katanya, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan juga meningkat sebanyak 1.1 mata peratus tahun ke tahun kepada 66.5 peratus, berbanding 65.4 peratus pada 2021.

    Status, kategori dan sektor pekerjaan

    Dari segi status pekerjaan, kategori pekerja merangkumi peratus sumbangan terbesar penduduk bekerja, iaitu 78.3 peratus pada 2022.

    Jelas Mohd. Uzir, bilangan penduduk bekerja dalam kategori itu merekodkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1.9 peratus kepada 12.05 juta orang berbanding 11.82 juta pada tahun sebelumnya.

    Sementara itu, bilangan penduduk bekerja sendiri pula meliputi 15.1 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja, meningkat 4.2 peratus dari segi bilangan kepada 2.33 juta orang.

    “Sekatan yang dikenakan sebelum ini (akibat pandemik) telah menggalakkan penduduk bekerja sendiri – terutamanya yang berada dalam perniagaan kecil atau sektor informal – untuk meneroka idea baharu dan membangunkan penyelesaian inovatif.

    “Walaupun terdapat had yang dikenakan oleh sekatan, kebanyakan perniagaan ini menunjukkan daya tahan dan berjaya mengharungi keadaan yang mencabar. Justeru, bilangan penduduk bekerja sendiri meningkat secara beransur-ansur,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Berpijak pada realiti: Isu-isu graduan PhD dalam pasaran pekerjaan

    Dari segi kategori, pekerjaan separuh mahir merupakan komposisi terbesar, meliputi lebih daripada separuh daripada jumlah guna tenaga, iaitu 58.4 peratus dengan bilangan 8.99 juta orang.

    Kategori mahir pula merangkumi 29.6 peratus daripada penduduk bekerja, berjumlah 4.56 juta orang manakala kategori berkemahiran rendah meliputi 12 peratus, bersamaan dengan 1.84 juta orang.

    “Mengikut sektor ekonomi, sebahagian besar penduduk bekerja tertumpu dalam sektor perkhidmatan, mewakili 65 peratus. 

    “Ini diikuti oleh sektor pembuatan dengan 16.8 peratus dan pertanian dengan 10 peratus, sementara guna tenaga dalam sektor pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian masing-masing merangkumi 7.6 peratus dan 0.5 peratus,” kata Mohd. Uzir.

    Guna tenaga tidak penuh

    Jelas Mohd, Uzir, guna tenaga tidak penuh berkaitan masa menurun sebanyak 16.5 peratus kepada kira-kira 283,700 orang pada 2022, menjadikan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan masa berkurang 0.3 mata peratus kepada 1.6 peratus.

    Guna tenaga tidak penuh berkaitan masa ditakrifkan sebagai mereka yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu dan mampu dan sanggup untuk menerima tambahan jam bekerja.

    Sementara itu, guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran pula meningkat 4.6 peratus kepada 2.02 juta orang, berbanding 1.93 juta pada 2021. Walau bagaimanapun, kadarnya berkurang 0.7 mata peratus kepada 38 peratus.

    Guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran bermaksud mereka yang berpendidikan tertiari namun bekerja dalam pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah. 

    Kategori pengangguran, pengangguran belia dan pengangguran mengikut negeri

    Daripada kira-kira 630,400 penganggur pada 2022, 79.8 peratus daripadanya merupakan mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif.

    Kata Mohd. Uzir, kategori itu berkurang sebanyak 9.3 peratus kepada kira-kira 503,000 orang.

    “Mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, 47.4 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan manakala 8.3 peratus adalah mereka yang menganggur lebih daripada setahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ekonomi MADANI: Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna jadi keutamaan 

    “Bagi mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif, terdapat pengurangan sebanyak 28.6 peratus kepada kira-kira 127,400 orang.

    “Bagi kumpulan yang tidak aktif, komposisi terbesar penduduk di luar tenaga buruh mengikut jantinan adalah golongan perempuan yang merangkumi 69.6 peratus.

    “Kerja rumah atau tanggungjawab keluarga merupakan sebab utama bagi luar tenaga buruh dengan 44.5 peratus, diikuti bersekolah atau latihan sebanyak 40.9 peratus,” katanya.

    Pada 2022 juga, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun meningkat sebanyak 0.4 mata peratus kepada 11.7 peratus, mencatatkan kira-kira 321,200 penganggur.

    Sebaliknya, kadar pengangguran bagi penduduk dewasa yang berumur antara 25 hingga 64 tahun menurun sebanyak 0.8 peratus kepada 2.3 peratus dengan kira-kira 309,100 orang penganggur.

    “Melihat kepada kadar pengangguran mengikut negeri pada 2022, tiga negeri mencatatkan kadar pengangguran yang lebih tinggi daripada peringkat nasional, iaitu Sabah (7.5 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (7.2 peratus) dan Perak (4.6 peratus).

    “Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.0 peratus), Melaka (1.6 peratus) dan Pahang (2.5 peratus) mencatatkan kadar pengangguran terendah pada 2022,” jelas Mohd. Uzir. – RELEVAN

    Previous ArticleBilangan penduduk bukan warganegara bertambah, populasi Malaysia 33.4 juta
    Next Article Fakta Semesta: Berapa lamakah masa diambil untuk sampai ke bulan?

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.