Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 19, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027. -GAMBAR HIASAN CANVA

    INSTITUSI pendidikan tinggi negara terus mencatat pencapaian membanggakan apabila 32 universiti Malaysia berjaya disenaraikan dalam QS World University Rankings 2027.

    Lebih membanggakan, lima universiti tempatan kini berada dalam kelompok 160 universiti terbaik dunia.

    Menurut QS, pengiktirafan kali ini menampilkan lebih 1,500 daripada lebih 8,000 universiti yang dinilai di seluruh dunia. Ia menghimpunkan universiti terbaik berdasarkan pelbagai indikator akademik, penyelidikan dan impak global.

    IPTA dalam kelompok 160 terbaik dunia

    Berikut merupakan lima universiti tempatan yang mencatat kedudukan tertinggi dalam QS World University Rankings 2027:

    1. Universiti Malaya (UM)

    Universiti Malaya kekal sebagai universiti terbaik negara apabila menduduki tangga ke-56 dunia dengan skor keseluruhan 81.2. Pencapaian ini turut menunjukkan peningkatan dua anak tangga berbanding kedudukan ke-58 pada tahun sebelumnya.

    1. Universiti Sains Malaysia (USM)

    USM berada di kedudukan ke-128 dunia dengan skor 64.9, sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai universiti penyelidikan terkemuka negara.

    1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    UKM mencatat kedudukan ke-130 dunia dengan skor 64.6, mencerminkan kekuatan institusi tersebut dalam bidang akademik dan penyelidikan.

    1. Universiti Putra Malaysia (UPM)

    UPM berada di tangga ke-138 dunia dengan skor keseluruhan 62.9, pengiktirafan kali ini mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di rantau ini.

    1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    UTM melengkapkan senarai lima universiti terbaik negara apabila menduduki kedudukan ke-158 dunia dengan skor 60.6.

    Apa itu QS World University Rankings?

    QS World University Rankings merupakan sistem pengiktirafan universiti antarabangsa yang diterbitkan setiap tahun oleh QS. Ia menjadi rujukan penting bagi pelajar, penyelidik dan majikan untuk menilai prestasi sesebuah universiti di peringkat global.

    Bagi edisi 2027, QS mengekalkan metodologi penilaian yang sama seperti tahun sebelumnya. Penilaian dibuat berdasarkan lapan indikator utama yang merangkumi aspek akademik, penyelidikan, kebolehpasaran graduan dan universiti.

    Bagaimana universiti dinilai?

    • Reputasi akademik (40 peratus): Menilai persepsi penyelidik di seluruh dunia terhadap kecemerlangan sesebuah universiti dalam bidang masing-masing.
    • Reputasi majikan (10 peratus): Mengukur keyakinan majikan terhadap kualiti dan kebolehpasaran graduan universiti.
    • Nisbah fakulti kepada pelajar (20 peratus): Menunjukkan tahap kualiti pengajaran berdasarkan keseimbangan antara tenaga akademik dan jumlah pelajar.
    • Pemetikan penyelidikan bagi setiap fakulti (20 peratus): Menilai impak dan pengaruh penyelidikan universiti melalui jumlah sitasi yang direkodkan dalam pangkalan data akademik.
    • Pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa (10 peratus): Mengukur keupayaan universiti menarik bakat serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersifat global.

    Pencapaian 32 universiti Malaysia dalam QS World University Rankings 2027, termasuk lima universiti dalam kelompok 160 terbaik dunia telah membuktikan institusi pengajian tinggi negara terus berdaya saing di peringkat global. – RELEVAN

    Previous Article7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    Next Article Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.