Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    By Umi FatehahMay 14, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya? - GAMBAR HIASAN PATRICIA BOZAN/PEXELS
    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya? - GAMBAR HIASAN PATRICIA BOZAN/PEXELS

    RAMAI percaya kunci untuk hidup senang adalah berjimat-cermat dan menyimpan duit sebanyak mungkin.

    Sebab itu ada yang sanggup mengurangkan aktiviti makan luar, jarang membeli-belah dan sentiasa berhati-hati setiap kali berbelanja.

    Namun, walaupun sudah cuba berjimat, ramai masih merasakan kewangan mereka masih di takuk lama.

    Gaji masuk setiap bulan, sudah menyimpan tetapi hidup masih terasa sempit dan jauh daripada stabil.

    Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku?

    1. Peningkatan kos sara hidup tidak seiring dengan gaji

    Antara sebab utama ialah kenaikan kos hidup yang berlaku lebih pantas berbanding pendapatan.

    Harga makanan, sewa rumah, bil utiliti dan komitmen harian semakin meningkat setiap tahun.

    Akibatnya, walaupun seseorang berjaya berjimat, jumlah wang yang tinggal masih tidak banyak kerana sebahagian besar pendapatan digunakan untuk keperluan asas.

    1. Berjimat sahaja tidak semestinya menambah pendapatan

    Mengurangkan perbelanjaan memang membantu tetapi ada hadnya.

    Anda mungkin boleh berhenti membeli kopi mahal atau kurangkan makan luar, namun langkah itu sahaja belum tentu cukup untuk mengubah keadaan kewangan secara besar-besaran.

    Dalam banyak situasi, peningkatan pendapatan seperti kemahiran baru, kerja sampingan atau peluang kerjaya lebih baik juga memainkan peranan penting.

    1. Simpan duit tanpa ‘bergerak’

    Menyimpan duit sememangnya langkah yang baik, tetapi ada simpanan yang sekadar “duduk” dalam akaun tanpa membantu wang itu berkembang.

    Sebagai contoh, sesetengah orang hanya menyimpan dalam akaun biasa yang tiada pulangan. Dalam jangka panjang, nilai simpanan itu boleh terasa perlahan untuk berkembang, lebih-lebih lagi apabila kos hidup terus meningkat.

    Sebab itu anda dinasihatkan untuk mula memilih alternatif seperti akaun simpanan atau pelaburan yang menawarkan dividen atau pulangan tertentu seperti ASB, Tabung Haji dan beberapa platform digital lain.

    Walaupun pulangannya mungkin tidak terlalu besar dalam masa singkat, sekurang-kurangnya wang yang disimpan mempunyai peluang untuk terus bertambah sedikit demi sedikit berbanding sekadar menyimpan tanpa pertumbuhan.

    1. Media sosial buat ramai rasa ketinggalan

    Kadang-kadang, anda sebenarnya sudah berada pada tahap kewangan yang stabil tetapi masih berasa tidak cukup kerana sering membandingkan diri dengan orang lain di media sosial.

    Gambar percutian, pembelian rumah, kereta baharu atau gaya hidup mewah yang dikongsi di platform seperti Instagram dan TikTok boleh memberi gambaran bahawa orang lain hidup lebih berjaya walaupun situasi sebenar tidak semestinya begitu.

    Hakikatnya, apa yang dipaparkan di media sosial selalunya hanya sebahagian kecil daripada realiti kehidupan seseorang. Mungkin mereka kelihatan serba mampu tetapi pada masa sama berdepan komitmen kewangan yang tinggi atau bekerja lebih daripada satu sumber pendapatan.

    Sebab itu, perbandingan kewangan secara berterusan boleh membuatkan seseorang rasa tertinggal, walaupun keadaan mereka sendiri sebenarnya sudah berada pada landasan yang baik.

    Anda tidak gagal

    Bukan semua masalah kewangan berpunca daripada kurang disiplin atau sikap boros.

    Dalam realiti hari ini, ramai sebenarnya sudah berusaha sebaik mungkin – berjimat, merancang perbelanjaan dan menahan diri daripada berbelanja perkara yang tidak perlu.

    Namun, kestabilan kewangan tidak hanya bergantung pada usaha individu semata-mata. Ia turut dipengaruhi oleh kenaikan kos hidup, perubahan ekonomi dan tekanan kewangan yang semakin kompleks.

    Sebab itu, definisi ‘cukup’ bagi setiap orang tidak akan sama. Dalam banyak keadaan, tidak mampu hidup mewah bukan bermakna seseorang itu gagal tetapi sedang menyesuaikan diri dengan realiti yang sentiasa berubah. – RELEVAN

    Previous Article5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    Next Article Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

    Artikel berkaitan

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.