Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 6, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Organ dalaman paling mudah diserang kanser. - GAMBAR HIASAN CANVA

    KADAR kes kanser terus menunjukkan peningkatan yang membimbangkan di negara ini. Menurut Hospital Pantai, sebanyak 48,639 kes kanser baharu direkodkan di Malaysia pada tahun 2020, angka ini dijangka meningkat sehingga dua kali ganda menjelang 2040.

    Lebih membimbangkan, kira-kira satu daripada setiap 10 individu di Malaysia berisiko menerima diagnosis kanser sepanjang hayat mereka. Risiko seumur hidup untuk menghidap penyakit ini juga dianggarkan satu dalam setiap 10 lelaki dan satu dalam setiap sembilan wanita.

    Kanser paling lazim berlaku serta organnya yang terjejas

    Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), enam jenis kanser menyumbang kepada sebahagian besar kes di seluruh dunia iaitu kanser paru-paru, payudara, kolorektal, prostat, hati dan perut.

    1. Kanser paru-paru 

    Kanser ini terbentuk pada lapisan bronkus dan saluran udara kecil, dan lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang terdedah kepada asap rokok atau pencemaran udara dalam tempoh panjang.

    1. Kanser payudara

    Kanser payudara pula berkembang di dalam saluran (duktus) dan lobul payudara, yang sensitif terhadap perubahan hormon.

    1. Kanser kolorektal

    Kanser ini terjadi pada lapisan epitelium kolon dan rektum, iaitu bahagian yang mengalami pembaharuan sel secara berterusan.

    1. Kanser prostat

    Kanser prostat berkembang dalam tisu kelenjar prostat dan lazimnya dikesan dalam kalangan lelaki berusia.

    1. Kanser hati 

    Ia bermula daripada sel hati, sering dikaitkan dengan penyakit hati kronik, jangkitan virus atau pendedahan bahan kimia dalam jangka masa panjang.

    1. Kanser perut

    Kanser ini berasal daripada lapisan mukosa perut dan sering dikaitkan dengan faktor pemakanan serta jangkitan bakteria Helicobacter pylori.

    Faktor yang meningkatkan risiko kanser

    • Usia melebihi 50 tahun
    • Penggunaan tembakau 
    • Pengambilan alkohol secara berlebihan
    • Obesiti dan kurang aktiviti fizikal
    • Sejarah keluarga menghidap kanser
    • Pendedahan kepada bahan karsinogen di tempat kerja atau persekitaran
    • Jangkitan kronik atau keradangan berpanjangan

    Cara mengurangkan risiko kanser

    • Berhenti merokok dan elak dari asap rokok
    • Amalkan sayur, buah dan bijirin penuh
    • Kekalkan berat badan melalui senaman
    • Jangan ambil alkohol
    • Elakkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya
    • Jalani saringan kesihatan secara berkala

    Cara mengesan kanser lebih awal

    • Ujian pengimejan seperti X-ray, CT scan, MRI dan ultrasound
    • Prosedur endoskopi untuk memeriksa saluran pencernaan
    • Biopsi untuk mengesahkan kehadiran sel kanser
    • Ujian darah bagi mengesan tanda tumor dalam badan
    • Program saringan seperti mamogram, kolonoskopi dan ujian PSA
    • Ujian genetik bagi mengenal pasti risiko keturunan

    Rawatan mencegah kanser

    Ia bergantung kepada jenis organ terlibat, tahap penyakit dan keadaan pesakit.

    • Pembedahan untuk membuang tumor
    • Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser
    • Kemoterapi yang menyasarkan sel yang membahagi dengan cepat
    • Terapi sasaran yang memberi tumpuan kepada ciri khusus tumor
    • Imunoterapi untuk membantu sistem imun melawan kanser
    • Terapi hormon bagi kanser sensitif hormon seperti payudara dan prostat
    • Penjagaan paliatif bagi mengawal simptom dan meningkatkan kualiti hidup – RELEVAN
    Previous ArticleLapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    Next Article Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.