Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 9, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang. GAMBAR HIASAN CANVA

    KEBANYAKAN masakan pasti menggunakan bawang. Namun, setiap kali bawang dihiris, mata pasti menjadi mangsa. Rasa pedih dan air mata mengalir hanya kerana sebiji bawang di atas papan pemotong.

    Bagaimana bawang pedihkan mata ?

    Bawang mengandungi bahan kimia yang hanya aktif apabila dikupas atau dipotong. Apabila keadaan ini berlaku, ia melepaskan gas lakrimatori iaitu bahan yang membuatkan mata berasa pedih.

    Menurut pakar, bawang menyimpan komponen berasingan meliputi asid sulfoksida dan enzim aliinase. Apabila bawang dihiris, kedua-dua komponen ini bercampur dan membentuk gas yang memedihkan mata.

    Sekiranya anda jarang masuk ke dapur dan memotong bawang buat kali pertama, dinasihatkan untuk tidak menggosok mata setelah memegang bawang kerana ia hanya akan menjadikan mata lebih pedih.

    Fakta menarik tentang bawang

    Masih ramai belum tahu bahawa tindak balas kimia bawang membuat mata anda berkaca-kaca seolah-olah menonton drama Korea, tapi sebenarnya ia merupakan cara bawang mempertahankan diri.

    Situasi sama berlaku jika terdapat haiwan mencuba memakan bawang, gas lakrimatori akan menyebabkan mata haiwan tersebut terganggu. Secara tidak langsung, ia melindungi bawang dari ancaman musuh.

    Bawang tidak akan merosakkan mata, sebaliknya ia menggunakan kekuatannya untuk memedihkan mata sahaja. Bagaimanapun, dalam “kepedihan” itu sebenarnya memberi nikmat rasa yang sedap dan lazat dalam sesebuah masakan.

    Wujudkah orang yang tidak menangis apabila potong bawang ?

    Sesetengah orang mempunyai sensitiviti mata yang rendah. Kelebihan tersebut membuatkan mereka kurang terkesan dengan gas bawang.

    Namun bagi orang yang tidak mempunyai kelebihan itu, mereka tidak boleh mengubah apa-apa pada diri kerana ia sifat semula jadi.

    Cara kurangkan rasa pedih semasa potong bawang

    Bagi mengurangkan kesan “tangisan” ketika memotong bawang, anda boleh mengikut cara berikut.

    • Gunakan pisau yang tajam
    • Sejukkan bawang selama 10 minit sebelum dihiris
    • Potong bahagian akar bawang akhir sekali
    • Nyalakan lilin berdekatan ketika memotong bawang kerana ia membantu menghilangkan gas yang memedihkan mata
    • Kupas bawang di bawah air mengalir
    • Gunakan kipas dengan menghalakannya menjauhi wajah agar gas tidak sampai pada bahagian mata – RELEVAN
    Previous ArticleMasa untuk bercuti
    Next Article 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.