Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak minum air kelapa jika…

    Elak minum air kelapa jika…

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 1, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TIDAK dinafikan air kelapa mempunyai banyak khasiatnya kepada tubuh badan manusia. Bagaimanapun, bukan semua orang sesuai meminum air kelapa. Oleh demikian, berikut merupakan enam golongan yang perlu berhati-hati sebelum menikmati air kelapa.

    Penghidap diabetes

    Walaupun kandungan gula dalam air kelapa semulajadi adalah rendah, iaitu sebanyak enam hingga tujuh gram bagi setiap 200 mililiter (ml), ia tetap berbahaya kepada individu yang menghidap diabetes. Segelintir penjual menambah air gula dalam air kelapa, meningkatkan risiko kepada kencing manis.

    Alahan

    Jarang didengar orang mempunyai alahan terhadap kelapa. Namun perkara ini boleh berlaku. Orang yang mudah mendapat alahan terhadap makanan tidak digalakkan untuk minum air kelapa atau produk berasaskan kelapa. Ini kerana ia berisiko untuk mendapat anafilaksis atau reaksi alergi yang dalam kes tertentu boleh mengancam nyawa. Untuk mengetahui jika anda alergi, berikut merupakan gejalanya.

    • Kemerahan pada kulit
    • Muka dan bibir bengkak
    • Masalah pernafasan
    • Gangguan pencernaan
    Pesakit buah pinggang

    Air kelapa mempunyai mineral kalium tinggi yang penting bagi jantung. Bagaimanapun, ia berbahaya bagi pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang. Ini terjadi apabila buah pinggang tidak dapat mengeluarkan kalium berlebihan dari badan dengan baik sehingga boleh menyebabkan seseorang mengalami hiperkalemia (terlalu banyak kalium dalam darah). Pesakit buah pinggang perlu mengawal pengambilan kalium termasuk air kelapa.

    Demam dan selesema

    Perubatan tradisional kategorikan air kelapa sebagai minuman yang berfungsi menyejukkan badan. Walaupun, ia sesuai diminum pada cuaca panas tetapi tidak berlaku kepada individu yang sedang sakit dan selesema.

    • Boleh memburukkan hidung tersumbat
    • Lambat sembuh
    • Badan menjadi semakin lemah

    Pakar menasihatkan untuk banyakkan minum air suam ketika demam atau selesema.

    Pesakit darah tinggi

    Air kelapa terkenal sebagai minuman yang baik untuk jantung kerana kandungan kaliumnya boleh membantu menurunkan tekanan darah. Namun, perkara di sebaliknya berlaku bagi pesakit darah tinggi yang mengambil ubat tertentu seperti ACE inhibitors dan potassium-sparing diuretics kerana boleh meningkatkan kadar kalium dalam badan.

    Jika ubat-ubatan ini bercampur dengan air kelapa, risiko mengalami hyperkalemia juga tinggi. Ia merupakan keadaan yang mana ia boleh menyebabkan perkara berikut.

    • Sakit dada
    • Loya atau pitam
    • Degupan jatung tidak teratur
    • Otot lemah
    Diet rendah elektrolit

    Sesetengah keadaan kesihatan seperti masalah buah pinggang atau gangguan elektrolit yang memerlukan golongan tersebut mengikuti diet rendah mineral termasuk kalium, natrium dan magnesium. Air kelapa mengandungi gabungan ketiga-tiga mineral ini. Pengambilan tanpa kawalan boleh menyebabkan elekrolit dalam badan tidak seimbang sehingga membawa kepada risiko kekejangan otot, mudah letih dan degupan jantung tidak normal. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.