Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 

    Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 

    By Umi FatehahOctober 22, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? - GAMBAR HIASAN KOSMO/ SHAHIR NOORDIN

    SEMAKIN ramai rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara. Jepun, Korea Selatan, Thailand, Eropah dan Turki antara destinasi paling popular. Malah ada yang sanggup berhutang atau menabung berbulan-bulan semata-mata untuk menikmati pengalaman bercuti di negara.

    Kenapa ramai teruja ke luar negara sedangkan Malaysia juga mempunyai pantai indah, gunung megah dan makanan yang jauh lebih murah? 

    1. Bercuti luar negara kini menjadi simbol kejayaan

    Ketika ini, melancong bukan hanya satu aktiviti untuk berehat. Ia juga dilihat sebagai penanda status sosial.

    Apabila seseorang memuat naik gambar di hadapan Menara Eiffel atau bermain salji di Jepun, ia bukan sekadar berkongsi pengalaman tetapi secara tidak langsung menggambarkan kemampuan kewangan, gaya hidup dan pencapaian.

    Ramai mengakui bahawa walaupun bercuti dalam Malaysia menyeronokkan, tanggapan masyarakat terhadap percutian luar negara tetap lebih tinggi.

    Media sosial mengukuhkan lagi persepsi ini. Setiap gambar di luar negara sering menerima lebih banyak reaksi, komen dan pujian, sekali gus menjadikan percutian itu satu bentuk pengiktirafan sosial.

    1. Faktor psikologi dan rasa ingin lari dari rutin

    Selain faktor status, ramai melancong ke luar negara untuk lari seketika daripada rutin dan realiti harian.

    Berada di negara asing dengan bahasa, budaya dan cuaca yang berbeza memberi perasaan seolah-olah berada dalam dunia lain. Ia merehatkan mental secara berkesan berbanding bercuti di tempat sendiri.

    Di Malaysia, walaupun suasana berbeza (contohnya dari Kuala Lumpur ke Langkawi atau Cameron Highlands), ramai masih merasa terlalu dekat dengan realiti seolah-olah tidak benar-benar keluar dari tekanan kerja atau tanggungjawab.

    1. Kos yang kadang tidak jauh beza

    Ada menganggap melancong ke luar negara memerlukan bajet besar tetapi realitinya tidak semestinya begitu.

    Bergantung pada destinasi, tambang penerbangan murah dan kadar pertukaran mata wang menjadikan percutian ke luar negara kelihatan lebih berbaloi berbanding bercuti di Malaysia.

    Contohnya, ramai mendapati harga penginapan di Bangkok atau Bali lebih murah berbanding hotel setaraf di Langkawi. Tambahan pula, perkhidmatan dan kemudahan di sesetengah negara jiran lebih efisien, menjadikan pengalaman keseluruhan lebih memuaskan.

    Ramai juga memilih untuk bercuti di negara jiran berbanding pulau-pulau di Malaysia.

    1. Bila bercuti jadi perlumbaan imej

    Dalam kehidupan moden yang didorong apa yang disiarkan di media sosial, bercuti kini menjadi paparan utama di platform berkenaan.

    Tekanan untuk kelihatan berjaya membuatkan ramai berbelanja besar demi gambar yang Instagrammable. Percutian bukan lagi aktiviti peribadi tetapi sebahagian daripada pembentukan identiti dalam talian.

    Kita mungkin tidak sedar semakin ramai yang menilai pencapaian diri melalui pengalaman yang boleh dikongsi dan bukan pengalaman yang benar-benar memberi ketenangan. Bila bercuti jadi perlumbaan imej, nilai sebenar percutian itu hilang.

    1. Malaysia tak kurang hebat cuma kurang dihargai

    Hakikatnya, Malaysia mempunyai tarikan pelancongan bertaraf dunia. Daripada pulau eksotik seperti Redang dan Perhentian, hingga ke kawasan tanah tinggi dan warisan budaya di Melaka atau George Town.

    Namun ramai memandang rendah keindahan di negara sendiri sedangkan tempat sama amat dihargai pelancong asing.

    Mungkin sudah tiba masanya masyarakat mengubah cara melihat destinasi dalam negara. 

    Minat melancong ke luar negara bukan satu kesalahan. Ia dapat membuka minda dan meningkatkan pengalaman hidup. Tetapi apabila percutian menjadi soal status dan imej, kita kehilangan makna asal bercuti iaitu untuk berehat, menikmati masa dan menghargai kehidupan. – RELEVAN

    Previous ArticleMasa bentuk dan bina sahsiah generasi baharu
    Next Article Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.