Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

    Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

    By Umi FatehahOctober 11, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan. - GAMBAR HIASAN

    DALAM pembentangan Belanjawan 2026 semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar duti eksais ke atas produk rokok berkuat kuasa mulai 1 November 2025. 

    Langkah itu dilaksanakan di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat sebagai usaha mengurangkan bilangan perokok dalam negara dan mengekang tabiat merokok dalam kalangan rakyat.

    Cukai rokok, cerut, arak naik

    Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai rokok akan dinaikkan sebanyak dua sen sebatang manakala cerut, cheroots dan cigarillos dinaikkan kepada RM40 sekilogram.

    Katanya, produk heated tobacco juga dinaikkan sebanyak RM20 sekilogram bagi kandungan tembakaunya.

    Pada masa yang sama, Kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027.

    Selain itu, bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, kerajaan turut menaikkan kadar duti eksais sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025. 

    Perdana Menteri berkata, hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) antaranya untuk Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung.

    Tegas beliau, mencegah lebih baik daripada mengubati. Justeru itu, perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM.

    Isu kesesakan di hospital awam

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kesesakan di hospital awam terus menjadi perhatian apabila pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan malah ada yang terpaksa berkongsi katil atau menunggu giliran di koridor. 

    Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan pesakit tetapi turut memberi tekanan besar kepada petugas kesihatan yang berdepan kekangan tenaga kerja dan kemudahan.

    Sehubungan dengan itu, Belanjawan 2026 memperuntukkan sebanyak RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan, meningkat RM1.2 bilion berbanding RM45.3 bilion pada tahun ini  sebagai komitmen berterusan kerajaan memperkukuh sistem kesihatan awam negara.

    Selain itu, berikut ialah usaha dan inisiatif lain yang diumumkan kerajaan bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam serta memperkukuh keupayaan sistem kesihatan negara.

    Atasi kesesakan hospital

    • RM140 juta diperuntukkan untuk menyumber luar pesakit ke hospital tentera, universiti dan swasta.
    • RM30 juta bagi memperkasa peranan klinik kesihatan melalui penyediaan perkhidmatan pakar.

    Penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan

    • RM1.2 bilion diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan dan baik pulih hospital serta klinik kerajaan.
    • RM100 juta bagi menaik taraf wad hospital daerah.
    • RM755 juta untuk menggantikan peralatan lapuk dan memperoleh peralatan canggih bagi disiplin baharu.

    Akses internet kesihatan

    RM650 juta disediakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meningkatkan ketersambungan internet di hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik ibu dan anak, komuniti serta desa.

    Pembinaan dan pembangunan baharu

    • Hospital, klinik dan blok tambahan baharu akan dibina di Kedah, Johor, Selangor, Kelantan dan Sabah.
    • Pembinaan 13 klinik kesihatan baharu (Machang, Teluk Kemang, Mukah, Nabawan) dan penyegerakan projek Pusat Kanser Negara (Kuching) serta Hospital Sultanah Aminah 2 (Johor).

    Jaminan ubat dan insurans kesihatan

    • Projek usaha sama awam-swasta bagi menjamin bekalan ubat penting.
    • Dana bersama kerajaan dan industri sebanyak RM60 juta diperuntukkan untuk produk insurans asas mampu milik serta pelaksanaan sistem Diagnosis Related Group (DRG).

    Galak caruman dan perlindungan kesihatan

    • Pelepasan cukai individu hingga RM3,000 diperluas kepada anak.
    • Pengecualian duti setem bagi polisi insurans/takaful serta produk Perlindungan Tenang dilanjutkan hingga 2028.
    • Skim mySalam diteruskan. RM1.2 bilion dibayar setakat ini kepada 1.7 juta penerima.

    Inisiatif tambahan

    • Hospital swasta dibenar menubuhkan Tabung Kebajikan Hospital.
    • Pencarum KWSP boleh guna Akaun Sejahtera untuk langgan pelan insurans/takaful asas kesihatan (MHIT).

    – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2026: 6 manfaat baharu bagi golongan OKU
    Next Article Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.