Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    By Umi FatehahMay 21, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya. - GAMBAR HIASAN RDNE/PEXELS

    PELAJAR dalam era teknologi hari ini tidak perlu ke pasar malam atau pusat beli belah untuk memahami asas kewangan dan perbelanjaan. Segalanya dipelajari secara digital atau lebih khusus, melalui permainan video.

    Dahulu, bermain permainan video memerlukan konsol dan cakera fizikal. Hari ini, permainan video seperti Mobile Legends, Genshin Impact atau PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma dalam telefon pintar masing-masing.

    Meskipun permainan-permainan tersebut dimuat turun secara percuma, ramai pemain sanggup membelanjakan wang sebenar untuk membeli kulit (skin), barang atau watak baharu.

    Bagi sesetengah pelajar, ini merupakan kali pertama mereka memasukkan nombor kad debit ke dalam aplikasi. Mereka sudah melakukan satu langkah besar menuju dunia kewangan digital.

    Walaupun perbelanjaan dalam permainan video mungkin kelihatan kecil pada mulanya tetapi apabila dilakukan secara berulang-ulang, jumlah yang dibelanjakan boleh mencecah ratusan ringgit dalam sebulan tanpa disedari.

    Contohnya, bermula dengan RM5 untuk membeli berlian atau RM10 untuk membeli mata wang dalam permainan dalam satu hari. Tetapi nafsu untuk membeli tidak akan terhenti di situ sahaja. Keesokan hari anda mungkin tergoda lagi untuk menambah jumlah berlian dalam akaun.

    Kenapa sanggup bayar untuk ‘barang’ yang tidak boleh disentuh?

    Barang digital sememangnya tidak boleh disentuh atau dimiliki secara fizikal tetapi ia mempunyai nilai sekurang-kurangnya dari segi emosi dan status sosial.

    Pelajar mungkin berasa lebih yakin dan kuat apabila menggunakan watak baharu yang dibeli. Dalam komuniti permainan, pemilikan barangan digital ini mampu membentuk imej dan identiti. Sama seperti pakaian berjenama di dunia nyata, ia menjadi simbol gaya dalam kalangan pemain.

    Namun, sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa kawalan, keinginan untuk memiliki barang digital boleh membawa kepada tabiat kewangan yang tidak sihat iaitu berbelanja mengikut emosi dan tekanan sosial.

    Permainan digital bukan punca masalah tetapi cara menguruskan keinginan dalam permainan mempengaruhi tabiat kewangan kita. Apabila pelajar mula berbelanja dalam dunia maya sejak usia muda, penting untuk mempunyai kesedaran tentang nilai wang dan risiko yang datang bersama keputusan tersebut.

    Kalau kita mampu menyusun strategi permainan dengan bijak, kenapa tidak gunakan strategi yang sama untuk jaga kewangan sendiri? – RELEVAN

    Previous ArticleJangan malas buat kerja sekolah!
    Next Article Bolehkah wasiat dicabar?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.