Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kaedah belajar secara efektif ketika berpuasa

    Kaedah belajar secara efektif ketika berpuasa

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAMarch 5, 2025Updated:March 5, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kaedah belajar secara efektif ketika berpuasa

    BULAN Ramadan bukan alasan untuk kita lemah dan kurang bersemangat ketika belajar. Sebaliknya, ini adalah masa terbaik untuk melatih diri agar lebih fokus dan berdisiplin.

    Namun, berpuasa boleh memberi cabaran kepada pelajar kerana badan kekurangan tenaga. Jadi, bagaimana caranya untuk belajar secara efektif ketika berpuasa? Jom kita ikuti beberapa tips ini!

    1. Rancang jadual belajar dengan bijak

    Bila badan penat, otak pun susah nak menyerap ilmu. Sebab itu pentingnya untuk menyusun jadual belajar pada waktu yang sesuai. Gunakan waktu selepas sahur dan berbuka untuk mengulangkaji pelajaran. Ketika ini, badan bertenaga dan minda juga lebih segar. Jangan tunggu saat akhir untuk mengulang kaji!

    2. Fokus pada subjek yang lebih mudah

    Jangan paksa diri untuk menghafal topik yang sukar ketika tenaga sudah berkurang. Mulakan dengan subjek yang lebih mudah difahami atau membuat latihan ringan seperti mengulang kaji nota ringkas dan menjawab soalan objektif.

    3. Gunakan teknik belajar yang menyeronokkan

    Belajar tidak bermakna anda perlu membaca buku sepanjang masa. Cuba pelbagai teknik seperti peta minda, kad imbasan atau menonton video pembelajaran. Kaedah ini bukan sahaja lebih menarik malah ia juga memudahkan pemahaman sesuatu topik.

    4. Rehat secukupnya

    Berpuasa boleh menyebabkan keletihan sekiranya tidak mendapatkan rehat yang mencukupi. Ambil masa sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari untuk tidur dan berehat agar badan kekal bertenaga.

    5. Amalkan pemakanan sihat

    Makan makanan yang berkhasiat semasa sahur dan berbuka kerana ia sangat mempengaruhi tenaga sepanjang hari. Kurangkan makanan berminyak dan bergula yang boleh menyebabkan keletihan dan mengantuk. Air juga penting untuk mengelakkan dehidrasi yang boleh menjejaskan fokus.

    6.⁠ ⁠Usaha, doa, tawakal

    Selain usaha yang bersungguh-sungguh, jangan lupa untuk berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu. Tetapkan niat belajar kerana Allah dan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Dengan niat yang ikhlas serta doa yang berterusan, semangat untuk terus menimba ilmu akan lebih kuat walaupun badan mungkin berasa letih dan kurang bertenaga ketika berpuasa. – RELEVAN

    belajar featured pendidikan puasa
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.