Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baju raya makin mahal atau kita makin tak mampu?

    Baju raya makin mahal atau kita makin tak mampu?

    By Umi FatehahJanuary 13, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Baju raya makin mahal atau kita makin tidak mampu? - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    MESKIPUN baru sahaja melangkah masuk Januari untuk 2025, sudah banyak jenama yang mengeluarkan koleksi baju raya untuk tahun ini. 

    Namun, tidak dapat dinafikan bahawa harga baju raya semakin mahal dari tahun ke tahun. Teringat ketika dahulu, ramai yang memilih untuk membeli baju raya siap (RTW) kerana ia lebih menjimatkan berbanding membeli kain dan menghantarnya untuk dijahit. 

    Kini, baju raya siap yang dahulu dianggap lebih murah menjadi lebih mahal daripada harga membeli kain dan upah menjahit.

    Jadi, timbul persoalan – adakah harga baju raya semakin mahal atau kita yang semakin tidak mampu? 

    Dengan inflasi, kos kehidupan yang semakin tinggi, ditambah pula dengan beban kewangan lain, membeli pakaian raya baru setiap tahun mungkin bukan pilihan mudah. 

    Tetapi, ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya dan kegembiraan menyambut hari raya. 

    Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda pertimbangkan untuk berjimat ketika membeli baju raya tanpa mengorbankan penampilan dan keselesaan.

    1. Rancang bajet seawal mungkin

    Langkah pertama yang paling penting adalah merancang bajet seawal mungkin. Biasanya, perbelanjaan untuk baju raya adalah salah satu kos terbesar menjelang musim perayaan. 

    Dengan merancang terlebih dahulu, anda dapat mengelakkan diri daripada berbelanja berlebihan dan membeli secara tergesa-gesa pada saat-saat akhir. 

    Tentukan berapa banyak yang ingin dibelanjakan untuk baju raya termasuk aksesori dan kasut. Pastikan tidak melebihi had yang telah ditetapkan. 

    Anda juga boleh mengasingkan sedikit wang setiap bulan sebelum musim perayaan untuk memastikan kewangan lebih teratur.

    Perancangan ini membantu anda untuk membeli dengan lebih bijak, memberi ruang untuk membeli pakaian yang benar-benar diperlukan tanpa rasa tertekan oleh keadaan kewangan. 

    Jangan lupa untuk memasukkan perbelanjaan lain seperti kos makanan, perjalanan, dan aktiviti bersama keluarga, agar perancangan kewangan anda lebih menyeluruh.

    1. Manfaatkan tawaran jualan penghabisan stok

    Salah satu cara terbaik untuk berjimat ketika membeli baju raya adalah dengan memanfaatkan jualan penghabisan stok yang sering dianjurkan oleh banyak jenama terutamanya sebelum mereka melancarkan koleksi rekaan baharu. 

    Biasanya, jenama-jenama tempatan akan menawarkan potongan harga besar-besaran untuk mengosongkan stok rekaan tahun-tahun sebelumnya.

    Anda boleh mendapatkan baju raya berkualiti tinggi dengan rekaan yang masih relevan dan menarik pada harga yang jauh lebih murah. 

    Sebagai contoh, koleksi baju raya daripada tahun lepas yang masih belum terjual sering dijual dengan potongan harga sehingga 50 peratus atau lebih. Ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan baju raya tanpa perlu berbelanja besar.

    1. Lakukan ubah suai pada baju raya lama

    Jika anda mempunyai baju raya lama yang masih dalam keadaan baik tetapi sudah kurang menarik, ini adalah masa terbaik untuk melakukan sedikit ubah suai. 

    Anda boleh menambah sedikit aksesori, sulaman atau rekaan baru pada baju raya lama untuk digayakan dengan nafas baharu. Jika tidak mempunyai kemahiran menjahit, pertimbangkan untuk menghantar baju tersebut ke tukang jahit untuk disesuaikan dengan trend terkini.

    Ubah suai pakaian lama bukan sahaja lebih jimat tetapi ia juga memberi peluang untuk memberi sentuhan peribadi pada baju raya anda. Bukan itu sahaja, ia juga lebih mesra alam kerana mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan penggunaan pakaian yang sudah ada.

    1. Pilih kain dan tempah dengan tukang jahit

    Jika baju raya sedia untuk dipakai (RTW) terlalu mahal, membeli kain dan menempah baju adalah alternatif yang lebih berbaloi. 

    Dengan membeli kain yang lebih murah dan menempah baju dengan tukang jahit tempatan, anda boleh mendapatkan rekaan yang lebih sesuai dengan citarasa anda pada harga yang lebih berpatutan. 

    Selain itu, anda boleh memilih bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama serta memberi peluang untuk membuat penyesuaian bagi memastikan keselesaan.

    Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, pastikan untuk membeli kain dari kedai yang menawarkan diskaun atau membeli kain yang sedang dalam promosi. Tempah baju lebih awal untuk mengelakkan caj lebihan dan memberi lebih masa untuk menyesuaikan saiz atau rekaan baju mengikut keinginan anda.

    1. Atau… pakai sahaja baju raya tahun sebelumnya

    Siapa kata baju raya perlu beli baharu setiap tahun? Sebenarnya, memakai semula baju raya dari tahun sebelumnya bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran. 

    Lagipun, jika baju tersebut masih berada dalam keadaan baik dan selesa dipakai, tiada salahnya jika dipakai semula.

    Baju raya sering direka dengan gaya yang timeless atau klasik, jadi kebanyakan rekaan tetap kelihatan relevan walaupun selepas beberapa tahun. 

    Anda boleh memberikan sentuhan baharu kepada penampilan dengan menukar aksesori, seperti memakai kerongsang yang berbeza, menukar selendang atau memadankannya dengan kasut baharu. 

    Dengan cara ini, baju lama akan kelihatan seperti baharu dan unik setiap kali dipakai. – RELEVAN

    Previous ArticleKenapa orang sanggup beratur lama untuk beli makanan viral?
    Next Article Lelaki lebih berani menipu daripada wanita?

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.