Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 cara simpan duit walaupun gaji RM2,000

    10 cara simpan duit walaupun gaji RM2,000

    By Umi FatehahJanuary 9, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hidup dengan gaji RM2,000 memang mencabar. - GAMBAR HIASAN NICOLA BARTS/PEXELS

    “EH, macam mana kau hidup dengan gaji RM2,000? Aku rasa tak cukup langsung, tiap bulan duit habis. Nak menyimpan, lagilah tak cukup!”

    Itulah antara keluhan biasa yang kita dengar bila berbual dengan kawan-kawan. Memang betul, hidup dengan gaji kecil bukan perkara mudah. 

    Bayar sewa rumah, bil elektrik, minyak kereta, belum lagi makan dan keperluan lain. Kadang-kadang, belum masuk minggu ketiga, baki akaun dah hampir kosong.

    Tetapi, tahu tak dengan perancangan yang betul, gaji RM2,000 pun boleh cukup? Malah mungkin ada juga lebihan wang yang boleh disimpan. 

    Sebenarnya, semuanya tentang disiplin dan cara kita menguruskan wang. Nak tahu caranya? Jom kita sembang panjang sikit.

    1. Tetapkan matlamat simpanan

    Bayangkan situasi ini. Anda nak pergi bercuti ke Pulau Perhentian, tetapi duit selalu habis sebelum sempat menyimpan. Di sinilah pentingnya matlamat. 

    Bila ada tujuan jelas, anda akan lebih bersemangat untuk menyimpan. Contohnya, kalau nak kumpul RM1,200 dalam masa enam bulan, itu bermakna perlu asingkan RM200 sebulan. Sedikit demi sedikit, akhirnya anda boleh mencapai matlamat itu.

    1. Asingkan duit sebaik sahaja gaji masuk

    Ini rahsia paling asas tetapi ramai terlepas pandang. Sebaik sahaja gaji masuk, terus asingkan bahagian untuk simpanan. Anggap sahaja duit itu hilang dan lesap daripada akaun. 

    Gunakan akaun khas untuk simpanan supaya tidak tergoda untuk korek tabung terlalu awal. Kalau nak lebih mudah, guna perkhidmatan auto debit supaya duit boleh disimpan secara automatik.

    1. Guna kaedah 50/30/20

    Kaedah ini senang dan sangat praktikal:

    • 50 peratus untuk keperluan asas. Contohnya, sewa rumah, bil utiliti dan makanan.
    • 30 peratus untuk kehendak. Makan di luar, hiburan atau barang kesukaan.
    • 20 peratus untuk simpanan atau bayar hutang.

    Dengan pembahagian ini, anda bukan sahaja boleh menyimpan tetapi juga menikmati hidup tanpa rasa terkekang.

    1. Masak di rumah, kurangkan makan di luar

    Cuba kira, berapa banyak anda belanjakan untuk makan di luar setiap bulan? Hidangan biasa di kedai mungkin sekitar RM10-RM15 sekali makan. Kalau makan tiga kali sehari, jumlah itu boleh mencecah RM900 sebulan! 

    Berbanding dengan kos memasak di rumah – RM50 boleh beli bahan mentah yang cukup untuk beberapa hari. Selain menjimatkan, makanan yang dimasak sendiri juga lebih sihat dan mengikut citarasa anda.

    1. Beli barang ketika promosi atau jualan murah

    Kadang-kadang, barang keperluan seperti pakaian, alat tulis, atau barangan dapur boleh didapati pada harga jauh lebih murah jika anda sabar menunggu masa yang sesuai. Jangan tergesa-gesa membeli, terutama bila tiada keperluan mendesak.

    Tunggu jualan murah sebelum membeli barang. Sama ada di kedai fizikal atau platform dalam talian seperti Shopee dan Lazada, promosi besar seperti 11.11 atau 12.12 boleh beri penjimatan besar.

    Tetapi anda perlu ingat, beli barang yang benar-benar diperlukan sahaja. Jangan sampai rambang mata dan beli barang yang tidak dirancang.

    1. Buat senarai belanja dan patuhinya

    Pernah tak anda pergi ke pasaraya dengan niat nak beli satu barang, tetapi balik-balik penuh satu troli? 

    Untuk elakkan perkara ini, buat senarai barang yang perlu dibeli sebelum keluar rumah. Senarai ini akan menjadi panduan anda supaya tidak tergoda membeli barang yang tidak penting. 

    Selain itu, pastikan anda disiplin dan fokus kepada senarai tersebut, walaupun ada promosi atau barang menarik di rak berhampiran. Ingat, senarai belanja bukan sekadar panduan tetapi juga perisai daripada pemborosan. 

    1. Jual barang yang tidak digunakan

    Rumah anda penuh dengan barang yang tidak lagi digunakan? Daripada membiarkan barang-barang itu terkumpul dan berhabuk, lebih baik jual di platform seperti Carousell, Shopee atau Facebook Marketplace. 

    Contohnya, pakaian lama, buku atau perabot kecil yang masih elok tetapi tidak lagi diperlukan. Hasil jualan itu, walaupun kecil, boleh dimasukkan ke dalam tabung simpanan. 

    Selain dapat duit, ruang di rumah anda juga akan menjadi lebih luas dan teratur. Malah, ia juga memberi peluang kepada orang lain untuk membeli barang tersebut dengan harga mampu milik, jadi secara tidak langsung anda turut membantu orang lain berjimat.

    1. Cari pendapatan tambahan

    Jika anda ada masa terluang, cuba manfaatkannya untuk menjana pendapatan sampingan. Tidak perlu sesuatu yang terlalu berat atau memakan masa. 

    Contohnya, anda boleh menjual makanan ringan, mengambil upah menulis, menjadi tutor sambilan atau menjadi pemandu e-hailing pada hujung minggu. 

    Walaupun pendapatannya mungkin kecil, ia tetap boleh membantu menampung perbelanjaan atau menambah jumlah simpanan. 

    Selain itu, pendapatan tambahan ini juga boleh dijadikan modal untuk memulakan bisnes kecil-kecilan di masa depan. Apa yang penting, pilihlah aktiviti yang sesuai dengan kemahiran dan masa anda supaya ia tidak mengganggu pekerjaan utama.

    1. Semak semula langganan bulanan anda

    Adakah anda membayar untuk pelan telefon, internet atau langganan aplikasi yang jarang digunakan? 

    Jika ya, mungkin sudah tiba masanya untuk semak semula keperluan tersebut. Tukar kepada pelan yang lebih murah tetapi masih mencukupi untuk keperluan harian. Duit yang dijimatkan boleh dialihkan ke tabung simpanan.

    1. Tetapkan had untuk berbelanja

    Tidak salah untuk memanjakan diri sekali-sekala tetapi pastikan anda ada had supaya tidak terbabas dalam perbelanjaan. 

    Sebagai contoh, tetapkan bajet tertentu seperti RM100 hingga RM150 sebulan untuk kehendak seperti membeli pakaian baru, makan di restoran mewah atau hiburan. Dengan adanya had, anda dapat mengawal perbelanjaan tanpa rasa bersalah atau menjejaskan kewangan anda.

    Selain itu, cuba fikir dua atau tiga kali sebelum membeli sesuatu. Tanyakan pada diri; “Adakah saya benar-benar perlukan ini? Atau ini cuma kehendak sementara?” 

    Hidup dengan gaji RM2,000 memang mencabar tetapi tidak mustahil untuk menyimpan jika anda bijak menguruskan perbelanjaan. 

    Apa yang penting ialah disiplin dan kesedaran. Cuba ambil satu atau dua langkah dari senarai ini dan mula praktikkan. Sedikit perubahan dalam gaya hidup boleh memberi impak besar kepada simpanan anda. Selamat mencuba! – RELEVAN

    Previous ArticleJangan lupa bersarapan sebelum ke sekolah!
    Next Article Kenapa orang sanggup beratur lama untuk beli makanan viral?

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.