Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Duit bukan segalanya tetapi semua perlukan duit

    Duit bukan segalanya tetapi semua perlukan duit

    By Umi FatehahDecember 10, 2024Updated:December 10, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Duit bukan segalanya tetapi semua perlukan duit. - GAMBAR HIASAN MOHD FARIZWAN HASBULLAH

    AINA termenung di hadapan skrin komputer. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam tetapi kerja masih bertimbun. Dia baru sahaja selesai mesyuarat dalam talian dengan pasukan dari luar negara dan kini perlu menyusun laporan sebelum esok pagi.

    Hari-hari Aina sentiasa sibuk. Dia bekerja keras demi memastikan keperluan hidupnya dapat dipenuhi dan mampu untuk menyokong keluarganya.

    Namun, di sebalik kesibukan itu, Aina teringat pesan ibunya. 

    “Aina, duit bukan segalanya. Jangan sampai kita lupa apa yang lebih penting dalam hidup.” 

    Kata-kata itu membuat Aina termenung lebih lama malam itu. Betul, duit bukan segalanya tetapi dalam kehidupan semuanya perlukan duit.

    Kenapa segalanya perlukan duit?

    1. Keperluan harian

    Segala-galanya, dari makanan hingga tempat tinggal memerlukan duit. Bagi Aina, gajinya digunakan untuk menyokong keluarganya – membayar bil rumah, membeli ubat untuk ayahnya dan membiaya pendidikan adik-adiknya. 

    Duit bukan untuk dirinya sahaja tetapi sebahagiannya digunakan untuk melunaskan tanggungjawab kepada ahli keluarga.

    1. Keselamatan dan masa depan

    Duit memberikan kestabilan dalam menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti kecemasan kesihatan atau kehilangan pekerjaan. 

    Ia juga membantu merancang masa hadapan seperti menabung untuk persaraan atau menyokong pendidikan anak-anak.

    1. Memenuhi impian dan keinginan

    Selain keperluan asas, duit juga membolehkan kita mengejar pengalaman seperti melancong, mencuba hobi baharu atau sekadar menikmati hidangan di restoran mewah. Walaupun bukan keperluan, keinginan atau kehendak akan menambah warna dalam hidup.

    Jangan hambakan duit

    Betul, duit memang penting untuk teruskan kehidupan tetapi jangan sampai menghambakan duit.

    Kemewahan dan kekayaan dari segi harta dan wang ringgit tidak mendefinisikan kebahagiaan. Sebaliknya, duit digunakan sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan.

    1. Keseimbangan antara kerja dengan kehidupan

    Aina mula menyedari bahawa terlalu fokus kepada kerja membuatkan dia hilang momen berharga bersama keluarga. 

    “Apa gunanya duit kalau aku tak ada masa untuk mereka yang aku sayang?” fikir Aina. Dia mula mencari cara untuk mengimbangi kerja dan kehidupan peribadi.

    Untuk mencapai keseimbangan antara hidup dengan kehidupan, kurangkan kerja lebih masa sekiranya tidak perlu. Selain itu, tamat sahaja waktu bekerja, tinggalkan segala urusan kerja dan jangan bawa pulang ke rumah.

    1. Hargai apa yang kita ada

    Kesibukan sering membuatkan kita lupa untuk bersyukur. Aina teringat saat dia dan keluarganya berkongsi makan malam sederhana tetapi penuh gelak tawa. Masa itu tidak memerlukan banyak duit tetapi ia memberikan kebahagiaan yang sukar ditukar ganti.

    Tidak kiralah anda seorang jutawan sekalipun, masa tetap tidak dapat dibeli.

    1. Gunakan duit untuk tujuan bermakna

    Duit boleh memberi kebahagiaan jika digunakan dengan bijak seperti membantu mereka yang memerlukan, melabur dalam pendidikan atau mencipta kenangan bersama orang tersayang. 

    Tetapi, anda perlu ingat – duit tidak seharusnya menjadi penentu nilai diri atau kebahagiaan seseorang. – RELEVAN

    Previous ArticleKerjaya dengan permintaan tinggi pada 2025
    Next Article Keperluan vs kehendak: Mana lebih penting?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.