Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Disforia: Rasa tidak cukup bahagia dengan kehidupan

    Disforia: Rasa tidak cukup bahagia dengan kehidupan

    By Umi FatehahOctober 25, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Disforia: Rasa tidak cukup bahagia dengan kehidupan

    BILA ditanya adakah bahagia dengan kehidupan sekarang, anda tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Nak kata bahagia, tidak. Nak kata sedih, pun tidak. Sebenarnya, anda sudah lama mengalami perasaan begini.

    Setiap hari, anda berfungsi seperti robot dengan rutin yang sama. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur – seakan-akan kehidupan ini tidak ada makna. 

    Anda mendambakan kepuasan, namun yang ada hanyalah rasa tidak puas hati yang mendalam. Ini adalah gambaran disforia – sebuah keadaan di mana kebanyakan hari terasa suram tanpa arah.

    Disforia mungkin kedengaran asing tetapi ramai antara kita mungkin pernah atau sedang mengalaminya tanpa mengetahui nama keadaan ini. Meskipun disforia bukan sebuah diagnosis klinikal, ia boleh menjadi tanda awal kepada masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan.

    Perasaan itu boleh tercetus oleh pelbagai faktor termasuk tekanan hidup, gangguan hormon atau masalah kesihatan.

    Apa itu disforia?

    Menurut Healthline, disforia merujuk kepada rasa tidak selesa dan tidak puas hati dengan kehidupan realiti. Ia sering dikaitkan dengan pelbagai gangguan kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan atau gangguan bipolar. 

    Disforia juga boleh berlaku dalam bentuk-bentuk lain seperti rejection-sensitive dysphoria (ketidakpuasan yang mendalam akibat penolakan), premenstrual dysphoric disorder (PMDD, sejenis sindrom prahaid yang teruk) dan tardive dysphoria (kesan jangka panjang penggunaan ubat antidepresan).

    Jika tidak diatasi, disforia boleh memberi impak negatif kepada kualiti hidup seseorang. Mereka mungkin mula merasakan hidup tidak bermakna, sukar untuk berehat, tidur atau makan serta lebih mudah rasa sedih atau menangis.

    Semua itu ialah gejala yang berkait rapat dengan disforia dan ia mungkin menjadi permulaan kepada masalah kemurungan jika dibiar tanpa rawatan.

    Punca disforia

    Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada perasaan disforia. Antaranya ialah tekanan persekitaran seperti kehilangan orang yang tersayang, masalah keluarga atau tekanan di tempat kerja. Isu kesihatan, seperti masalah tiroid atau kekurangan nutrien juga boleh menjadi faktor disforia.

    Bagi sesetengah orang, perubahan hormon mungkin memainkan peranan penting. Ini jelas dalam kes PMDD, di mana ketidakseimbangan hormon menyebabkan perasaan ketidakselesaan yang melampau. 

    Selain itu, disforia juga boleh berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan seperti kebimbangan atau bipolar.

    Namun, apa pun punca yang menyebabkan disforia, penting untuk mencari jalan mengatasinya.

    Teknik mengatasi disforia

    Bukan semua orang yang mengalami disforia memerlukan rawatan yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teknik yang terbukti berkesan untuk menangani keadaan itu terutamanya yang melibatkan pendekatan kesedaran dan terapi berasaskan minda.

    Salah satu pendekatan yang paling popular dan berkesan ialah Mindfulness-based Cognitive Therapy (MBCT). 

    Terapi itu menggabungkan elemen kesedaran dengan terapi kognitif yang membantu individu mengenal pasti corak pemikiran negatif yang sering menambah beban perasaan disforia. 

    MBCT juga membantu seseorang lebih fokus pada masa semasa, mengurangkan kecenderungan minda untuk terawang-awang dan menyebabkan kebimbangan. 

    Ini sangat penting bagi mereka yang sering merasa tertekan akibat terlalu memikirkan masa depan yang tidak menentu.

    Selain MBCT, simulasi episodik positif merupakan teknik lain yang berpotensi merawat disforia. 

    Berdasarkan kajian bertajuk Episodic Future Thinking: Mechanisms and Functions pada 2017, teknik itu melibatkan pembayangan kejadian-kejadian positif pada masa hadapan secara terperinci dengan melibatkan kesemua deria. 

    Dengan membayangkan masa depan yang baik, individu boleh mula mempercayai bahawa perkara baik akan berlaku dan ini seterusnya meningkatkan rasa kepuasan serta mengurangkan perasaan ketidakpuasan hati atau tidak gembira.

    Amalan lain yang juga boleh membantu termasuk yoga, meditasi dan latihan pernafasan. Teknik-teknik itu yang berakar pada amalan kesedaran telah lama dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan mental dan fizikal. 

    Bagi mereka yang mengalami disforia atau kemurungan ringan, latihan itu boleh memberikan ruang untuk berehat, melepaskan tekanan dan kembali fokus kepada diri sendiri.

    Dari disforia kepada euforia

    Walaupun disforia boleh memberi impak negatif yang besar dalam hidup seseorang, ia juga boleh menjadi titik permulaan untuk perubahan. 

    Sama seperti pengalaman sukar yang boleh membuatkan kita lebih menghargai saat-saat bahagia, begitu juga dengan disforia. Ia boleh membuka ruang untuk kita mencari dan merasai euforia – lawan kepada disforia iaitu satu perasaan gembira.

    Dalam konteks disforia sensitif penolakan, individu yang sering merasa ditolak atau diabaikan oleh orang lain boleh mengalami perasaan ketidakpuasan yang mendalam terhadap diri sendiri dan kehidupan seharian. 

    Namun, apabila mereka berjaya membina hubungan sosial yang positif dan menyedari nilai diri, mereka akan mula rasa puas, bahagia dan meningkatkan keyakinan diri. 

    Ia menunjukkan bahawa disforia bukan sekadar cabaran tetapi juga peluang untuk mengenali kelemahan peribadi dan berusaha mencapai kebahagiaan serta membina hubungan yang lebih sihat. – RELEVAN

    Previous ArticleMengenali persekitaran makanan sebelum memahami kesenjangan nutrisi
    Next Article Tidak perlu menjadi lelaki maco

    Artikel berkaitan

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.