Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dari doktor perubatan menjadi doktor kewangan

    Dari doktor perubatan menjadi doktor kewangan

    By July 12, 2024Updated:July 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DR. ADAM ZUBIR

    MINAT yang mendalam dalam bidang kewangan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan Dr. Adam Zubir sanggup mengambil risiko bertukar bidang dari seorang doktor perubatan menjadi seorang ‘doktor kewangan’.

    Sebelum menjadi seorang Perancang Kewangan Berlesen, Adam merupakan seorang doktor perubatan graduan Queen’s University of Belfast, United Kingdom, sebelum mengubah hala tuju ke dunia kewangan pada 2017.

    Menurut beliau, pendedahan terhadap dunia keusahawanan ketika belajar di Kolej Mara Banting (KMB) merupakan pencetus minat sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti.

    “Saya ada jiwa untuk berniaga. Cumanya, pada waktu itu, saya tidak tahu perniagaan apa yang ingin dilakukan. Pada awalnya, saya tidak ada apa-apa ilmu mengenai keusahawanan. Saya tidak tahu cara buat jualan dan juga dalam bidang pemasaran.

    “Minat dalam pengurusan kewangan mula tercetus apabila saya melihat ramai ahli keluarga dan sahabat rapat yang gagal dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

    Adam berkata, pengalaman peribadi merupakan antara pendorong beliau melibatkan diri dalam industri kewangan sebagai seorang perancang kewangan berlesen.

    “Kalau sebagai doktor, tugas saya adalah untuk merawat manusia dari hujung rambut ke hujung kaki.

    “Sama jugalah sebagai seorang perancang kewangan, saya menyediakan servis yang dapat membantu orang lain tentang pengurusan kewangan dan cara terbaik untuk tingkatkan pendapatan.

    “Pendek kata saya masih membantu orang, cuma dalam cara yang berbeza,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN:  plug artikel sebelum ni

    ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

    Kejayaan tidak datang sekelip mata

    adam zubir
    Menurut Adam, beliau juga menghadapi pelbagai cabaran pada tahun-tahun awal bertukar kerjaya. – GAMBAR SHIDDIEQIIN ZON/UTUSAN

    Bercakap mengenai kejayaan, Adam akui, ia tidak datang sekelip mata. Menurut Adam, beliau juga menghadapi pelbagai cabaran pada tahun-tahun awal bertukar kerjaya.

    “Pertama sekali, semua pencapaian dan kejayaan yang saya capai tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT. Sebagai Muslim, kita kena percaya dengan qada dan qadar; apa yang dirancangkan hanya akan terlaksana sekiranya ditakdirkan Allah SWT,” ujarnya.

    Bagaimanapun, beliau mengakui antara faktor lain yang mendorong kejayaan beliau ketika itu adalah keterdesakan dalam meneruskan kehidupan.

    “Apabila saya pulang ke Malaysia, saya bawa isteri sekali. Pada waktu itu, dia (isteri) baru sahaja melahirkan anak. Kami duduk bertiga dalam satu bilik kecil di rumah mak saya.

    “Ketika itu, saya tidak ada pilihan. Saya perlu bekerja untuk menyara keluarga. Keterdesakan inilah motivasi utama saya pada waktu itu.

    “Tidak dinafikan, hidup ini memang keras. Dulu saya kerja doktor, hidup senang. Tetapi setelah pindah ke Malaysia, saya kena buat jualan kepada orang ramai kerana pada masa itu saya pilih untuk masuk industri takaful. Saya banyak kali ditolak ketika membuat jualan,” jelasnya.

    Namun, segala halangan yang ditempuhi tidak mematahkan semangat Adam. Komisyen yang diterima ketika berkecimpung dalam industri takaful digunakan semula untuk mendapatkan sijil dalam bidang kewangan dan pelaburan.

    Ilmu tanpa amal adalah gila

    Beliau sempat memetik nasihat Imam al-Ghazali; ilmu tanpa amal adalah gila dan amalan tanpa ilmu adalah sia- sia.

    “Saya cuba belajar sebanyak mungkin. Selepas pendapatan berjaya ditingkatkan, barulah saya cari mentor. Dalam masa sama, saya cari kawan-kawan baru dan buat networking.

    “Saya ingin kongsi satu kata-kata; kekayaan anda adalah purata kekayaan lima orang yang paling rapat. Jadi, pastikan rakan-rakan di sekeliling kita itu boleh mengajar kita sesuatu yang berharga. Jangan duduk dalam kelompok yang sama jika ingin berjaya.

    “Paling penting, jangan sesekali berhenti mencari ilmu,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleBeli rumah pelaburan, bukan rumah idaman
    Next Article Bahana berfikir secara keterlaluan

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.