Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yang murni tapi disembunyi tentang minyak kelapa sawit

    Yang murni tapi disembunyi tentang minyak kelapa sawit

    By Umi FatehahJune 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Yang murni tapi disembunyi tentang minyak kelapa sawit. - GAMBAR HIASAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

    DIET yang sihat memerlukan lemak yang mencukupi. Diet dengan pengambilan lemak yang tidak mencukupi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. 

    Pakar pemakanan juga mengesyorkan supaya peratusan tenaga daripada lemak tidak melebihi 10 peratus. Kalau berlebihan juga tak bagus.

    Permintaan global untuk lemak boleh makan (edible fats) telah meningkat sekitar tiga peratus setiap tahun, didorong pertumbuhan populasi dan perubahan diet orang ramai. 

    Mereka yang berpendapatan rendah sebelum ini cenderung untuk kurang makan lemak kerana mereka tidak mampu; harga lemak, umumnya, lebih mahal. 

    Apabila minyak sawit memasuki perdagangan global lemak boleh makan sekitar 1980-an, keadaan mula berubah. Lebih ramai orang miskin mampu meningkatkan pengambilan lemak dalam diet mereka. 

    Ini kerana, minyak sawit sentiasa mempunyai harga lebih kompetitif disebabkan pengeluarannya yang semakin meningkat.

    Sebenarnya, minyak sawit mempunyai banyak kebaikan yang tidak diketahui dan dihargai secara meluas. Ini menjelaskan mengapa minyak sawit menjadi ‘bahan ejekan’. 

    Yang ‘mengata’ itu biasanya pesaing. Keadaan ini boleh difahami kerana mereka tidak selesa dengan peningkatan mendadak penawaran minyak sawit dalam pasaran.

    Presiden Persatuan Saintis dan Teknologi Minyak Malaysia (Mosta), Augustine Ong percaya bahawa minyak sawit adalah hadiah alam semula jadi kepada manusia. Kesan positifnya kepada golongan miskin sudah cukup untuk memberi gelaran itu kepada minyak sawit.

    Di Malaysia, industri minyak sawit telah membebaskan ramai pekebun kecil kelapa sawit daripada kemiskinan. Skim Felda sering disebut (termasuk dalam kalangan masyarakat antarabangsa) sebagai program pembasmian kemiskinan yang berjaya. 

    Banyak negara cuba meniru apa yang Skim Felda lakukan. Indonesia antara yang mendapat manfaat.

    Hasil yang tinggi hanya satu aspek kegemilangan minyak sawit. Malah, purata semasa, iaitu empat tan minyak sehektar setiap tahun masih di bawah potensi sebenar kekuatannya.

    Ong percaya dengan penyelidikan dan pembangunan yang betul, hasil minyak boleh terus ditingkatkan. Secara teori, saintis menjangkakan 17 atau 19 tan jika dimasukkan sekali minyak isirung sawit.

    Menurut Ong, sebuah ladang telah berjaya meningkatkan hasil minyak sehingga 12 tan sehektar tetapi ia jarang-jarang berlaku. Kesemuanya bergantung kepada bahan penanaman, pengurusan agronomi tanaman, teknik penuaian dan proses pengekstrakan minyak. 

    Namun, cabaran terbesar adalah untuk pekebun kecil kerana mereka kebiasaannya kekurangan bahan tanaman.

    Minyak kelapa sawit mempunyai banyak kebaikan lain yang tidak disedari ramai. Sifatnya yang serba boleh dalam pembuatan produk menjadikan minyak sawit lebih menonjol berbanding yang lain. 

    Ini semua kerana sifat separa pepejalnya – ciri yang tidak boleh didapati dalam minyak sayuran lain. Menggunakan teknologi seperti penurasan (fractionation), melimpah-limpahlah kelebihan dan manfaat minyak sawit.

    Minyak sawit ialah satu-satunya ‘ejen’ yang boleh menyingkirkan produk lemak trans lain. Malangnya, beberapa pengeluar tempatan kita sendiri tidak menghargai kelebihan ini.

    Minyak sawit menemui aplikasi yang meluas bukan sahaja dalam produk makanan tetapi juga dalam sektor bukan makanan seperti oleokimia. Ketika dunia berlumba-lumba mengejar sifar bersih, ramai berpendapat bahawa oleokimia akan menjadi pengganti yang diterima untuk petrokimia. Dan ia sudah mula berlaku.

    Kita belum menyentuh potensi besar produk sampingan lain, termasuk tandan buah kosong dan biogas. Apabila nilai komersial biojisim kelapa sawit direalisasikan, ia akan menambahkan lagi pendapatan pekebun kecil.

    Ong merasakan kita tidak cukup memberitahu dunia tentang sifat positif minyak sawit. Apa sahaja yang kita katakan kepada dunia, dia bertegas bahawa ia mesti berasaskan sains yang kukuh. 

    Mengakui bahawa kita kurang memahami banyak kebaikan minyak sawit, Mosta telah mengambil tanggungjawab untuk menerajui usaha tersebut.

    Sebagai seorang yang percaya kepada minyak sawit, perkara ini boleh dijangka datang dari Ong. Walaupun usia sudah mencecah 80 tahun, dia tidak pernah jemu berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan yang lebih baik terhadap minyak sawit. 

    NGO seperti Mosta dengan jelas mempromosikan sifat-sifat positif minyak sawit, malah sangat bersemangat. Sekiranya semua NGO yang sehaluan dapat bersatu untuk menerajui usaha komunikasi tersebut, pasti, kesan positif akan terlihat untuk komoditi tersebut.

    Sebarang sokongan daripada kerajaan akan meningkatkan lagi usaha ini. – RELEVAN

    Artikel ini diterjemahkan daripada artikel “The many positive untolds of palm oil” oleh Profesor Datuk Dr. Ahmad Ibrahim yang disiarkan di FMT pada 18 Jun 2024.

    Ahmad Ibrahim ialah felo bersekutu di Pusat Ungku Aziz di Universiti Malaya dan ahli Pusat Tan Sri Omar untuk Dasar STI di Universiti UCSI.

    featured kelapa sawit kewangan sawit
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.