Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kereta sambung bayar? Ini risiko menanti anda

    Kereta sambung bayar? Ini risiko menanti anda

    By Marzuki ZulkuflyMay 31, 2024Updated:June 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kereta sambung bayar? Ini risiko menanti anda. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO
    Pegawai Amanah Raya Berhad, Marzuki Zulkufly.

    IMPIAN  memiliki kereta idaman melalui perjanjian sambung bayar boleh bertukar menjadi mimpi buruk.

    Apa itu konsep kereta sambung bayar? Ringkasnya, pemilik kereta (A) jual kereta kepada pembeli (B) tanpa melakukan pindah milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Maknanya, kereta akan digunakan oleh B dan bayaran pada bank juga dibuat oleh B. Tetapi nama pemilik di JPJ masih hak milik A.

    Kenapa ada konsep sambung bayar? Kerana pemilik A tak mampu bayar pinjaman bank dan pembeli B dapat miliki kereta dengan harga lebih murah.

    Sambung bayar kedengarannya mudah, bukan? Tetapi biar saya jelaskan, dalam perjanjian bank, tidak ada istilah sambung bayar.

    Sekiranya anda berniat membeli kereta sambung bayar, izinkan saya ajukan soalan mudah ini:

    Jika pemilik asal (A) meninggal dunia, siapakah yang akan memiliki kereta itu? Pasangan mereka? Anak-anak mereka? Rakan kongsi mereka? Atau pembeli (anda), yang masih mempunyai beberapa bulan lagi untuk menyelesaikan baki pembayaran bulanan kereta tersebut?

    Jawapannya terletak dalam Akta Pembahagian (untuk bukan Muslim) atau Hukum Faraid (untuk Muslim). Dalam kedua-dua undang-undang berkenaan, kereta tersebut adalah hak milik A, bukan anda.

    Fikirkanlah, anda telah sambung bayar selama bertahun-tahun, ubah suai kereta dan keluarga juga telah menikmatinya. Namun, apabila pemilik (A) meninggal dunia, dengan tiba-tiba kereta yang anda jaga, guna dan bayar setiap bulan itu ‘hilang’.

    Sekiranya perkara seperti itu berlaku dan anda masih menggunakan kereta tersebut, ia akan mengundang masalah lain apabila pihak JPJ tidak lagi membenarkan untuk membaharui cukai jalan dan insurans kerana kereta masih atas nama pemilik kenderaan asal.

    Jika terjadi perkara yang tidak diingini, sukar untuk menuntut apa-apa pampasan daripada pihak insurans.

    Sekiranya anda berniat untuk membuat pertukaran nama daripada pemilik kenderaan asal sama ada di Amanah Raya, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi, perbuatan tersebut adalah sia-sia.

    Hal ini kerana perjanjian yang dibuat antara anda dengan pemilik asal yang telah meninggal dunia tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak berautoriti.

    Ibarat perjanjian suka sama suka, tiada undang-undang yang mengiktiraf perjanjian sambung bayar dalam perjanjian jual beli kereta yang masih lagi menjadi hak milik bank.

    Nasihat saya, pilihlah kereta yang mampu dibeli dan tidak membebankan dari segi kewangan. Paling penting, apabila meninggal dunia, kereta itu akan menjadi hak milik sah kepada waris pembeli.

    Banyak yang terkejut apabila perjanjian sambung bayar menjadi rumit selepas kematian pemilik asal.

    Jadi, ukur sendiri kemampuan kewangan anda. Seperti pepatah mengatakan, lebih baik memiliki Kancil 850 yang sederhana dengan nama anda pada geran daripada sambung bayar Toyota Alphard tetapi dengan nama orang lain. – RELEVAN

    Marzuki Zulkufly merupakan pegawai Amanah Raya Berhad yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pengurusan harta pusaka, wasiat dan amanah yang meliputi cawangan, perhubungan pelanggan dan operasi. Kini terlibat secara terus dalam membangunkan Unit Akademi AmanahRaya.

    Previous ArticleAwas serangan jantung, punca kematian mengejut
    Next Article Kenali 3 badan berautoriti yang boleh mengeluarkan Sijil Kuasa Mentadbir harta pusaka

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.