Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 hotel lapangan terbang terbaik di dunia untuk dijadikan destinasi percutian anda

    5 hotel lapangan terbang terbaik di dunia untuk dijadikan destinasi percutian anda

    By Umi FatehahMay 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ADA perancangan untuk pergi bercuti ke luar negara bersama keluarga? Selain perlu memikirkan tempat-tempat menarik untuk dilawati, anda juga perlu mengambil kira tempat penginapan.

    Kebiasaannya, ramai memilih hotel berdekatan dengan lapangan terbang. Sebab lepas berjam-jam duduk dalam kapal terbang, pasti anda tidak sabar untuk melabuhkan badan di atas katil yang empuk.

    Apa kata kali ini anda pilih untuk menginap di hotel lapangan terbang? Kalau ada bajet dan mahu memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah berhempas pulas bekerja, apa salahnya.

    Tetapi kalau tidak ada bajet, jom cuci mata dan simpan angan-angan untuk menginap di salah satu hotel lapangan terbang mewah. 

    Berikut ialah senarai hotel lapangan terbaik di dunia menurut laporan Skytrax, sebuah organisasi penarafan pengangkutan udara yang berpangkalan di London.

    1. Lapangan Terbang Crowne Plaza Changi, Singapura
    Lapangan Terbang Crowne Plaza Changi, Singapura. – GAMBAR OLEH IHG CROWNE PLAZA

    Hotel ini telah memenangi gelaran Hotel Lapangan Terbang Terbaik Dunia dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2024 selama sembilan tahun berturut-turut, serta pelbagai lagi anugerah lain dalam tempatan dan antarabangsa.

    Kedudukannya sebagai hotel terbaik memang tidak perlu dipersoalkan. Hotel ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Singapura sebagai destinasi perkahwinan kerana ia mempunyai suite penuh bilik tarian, bilik majlis, restoran, kolam renang, bar dan lounge yang bertaraf lima bintang. 

    1. Lapangan Terbang Hyatt Regency Shenzhen, China
    Lapangan Terbang Hyatt Regency Shenzhen, China. – GAMBAR BOOKING.COM

    Hyatt Regency Shenzhen Airport ialah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik seperti yang diperkatakan oleh tetamunya.

    Sekiranya anda suka bersenam, pusat kecergasan hotel ini mesti dicuba sepanjang penginapan di sini. Nikmati juga hari yang santai dengan menikmati kolam renangnya, sama ada anda melancong secara solo atau bersama orang tersayang.

    1. TWA Hotel di Lapangan Terbang JFK New York, Amerika Syarikat
    TWA Hotel di Lapangan Terbang JFK New York, Amerika Syarikat. – GAMBAR THRIFTY TRAVELER

    Sekiranya anda bercuti ke Amerika Syarikat (AS) pada musim sejuk, jangan lepaskan peluang untuk berenang dalam kolam renangnya yang dipanaskan hingga 95 darjah Celsius dan dibuka sepanjang tahun. 

    Kolam renang atas bumbung di TWA Hotel adalah nikmat kepada peminat kapal terbang. Sambil berenang, anda boleh menikmati pemandangan langit dan kapal terbang AS yang melintasi awan. 

    1. Lapangan Terbang Hilton Munich, Jerman
    Lapangan Terbang Hilton Munich, Jerman. – GAMBAR THE TRAVEL HAPPINESS

    Reka bentuk seni bina boleh dikatakan antara yang terbaik. Ia adalah hotel yang direka dengan sangat baik dan tidak kelihatan seperti hotel-hotel Hilton yang lain. 

    Meskipun ia adalah hotel lapangan terbang dan kebiasaannya dapat mendengar bunyi kapal terbang yang kuat tetapi menurut ulasan tetamu, hotel ini senyap!

    Jadi jangan risau, anda boleh dapatkan rehat yang mencukupi tanpa gangguan bunyi enjin kapal terbang. 

    1. Grand Hyatt San Francisco, Amerika Syarikat
    Grand Hyatt San Francisco, Amerika Syarikat. – GAMBAR HOTELMIX.MY

    Satu perkara yang hebat tentang bilik ini ialah pihak hotel meletakkan sebuah teropong dan buku panduan mengesan pesawat. Sambil bersantai dalam bilik, anda boleh meneropong kapal terbang di sekitar lapangan. Kedengaran seronok, bukan?

    Anda bukan sahaja mendapat pemandangan yang menakjubkan tentang semua aktiviti di tarmac (kawasan lapangan terbang) tetapi juga dapat melihat pesawat terbang masuk dan keluar melalui lorong berlepas dan mendarat.

    Berangan itu percuma, tetapi pilihan untuk mengubah angan-angan menjadi kenyataan terletak di tangan anda. Pilih hotel yang anda minat dan mula menabung untuk bercuti bersama keluarga! – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.