Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ulasan 5 lagu terbaik kategori pop ALI2023 dan ramalan pemenang

    Ulasan 5 lagu terbaik kategori pop ALI2023 dan ramalan pemenang

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SIAPA bakal menguasai kategori pop Anugerah Lagu Indie 2023?

    REKOD Anugerah Lagu Indie (ALI) sebelum ini, lagu bergenre pop yang paling mudah mendapat tempat.

    Daripada sembilan lagu yang mendapat tempat dalam tiga edisi ALI yang lepas, hanya juara ALI2021, Enge Port oleh Arunboii yang bukan bergenre pop (atau mungkin dua lagu Nusarasa juga bukan pop, bergantung pada fahaman genre anda).

    Maka, selamat untuk diramal lagu dalam kategori ini yang akan sekali lagi diangkat sebagai juara keseluruhan. Cuma, ALI2023 bawa banyak pembaharuan, termasuk barisan juri. Mungkin ramalan ini akan meleset.

    Relevan bawakan untuk anda ulasan terhadap lima lagu yang terpilih ke peringkat akhir untuk kategori pop bersama ramalannya.

    Memetik Ibrahim Pendek, kita lihat siapa yang kena.

    pura – Fatin Faizal

    Pada tahap penulisan (bayangkan semua elemen semasa produksi dan pascaproduksi ditanggalkan), lagu pura antara yang terbaik. Fatin Faizal, walaupun kurang dikenali, mempunyai deria komposer dan penulis lirik yang baik.

    Begitu juga dengan persembahan vokal. Tiada peragaan julat luas atau capaian not tinggi tetapi ia mencukupi, malah tepat untuk lagu sebegini. Gemersiknya memukau dan aliran perasaannya berkesan.

    Namun, produksi pura bukanlah pada tahap terbaik. Ada ruang susunan yang lebih berkesan tanpa menjejaskan kemahuan menjadi minimal.

    Dari segi lirik pula, ia sederhana tetapi berat ke arah baik. Tidak istimewa tetapi mencukupi dengan pemilihan kata yang tepat.

    Derana – Heidi And Ruang Hati

    Penampilan kedua Ruang Hati dan keenam Heidi Moru dalam pentas akhir ALI. Tekanan mereka besar sebagai satu-satunya peserta berpengalaman dalam kategori pop.

    Derana antara sebilangan kecil lagu tempatan yang meraikan elemen french pop dan paloh pop. Melodinya agak lemah tetapi secara keseluruhan, ia naskhah yang segar untuk pasaran Malaysia.

    Cuma, lirik lagu ini terlalu lemah jika dibandingkan dengan peserta lain. Penggunaan “mengapa” yang diulang-ulang tidak membantu kedalaman lirik — hal ini sudah dikritik Remy Sylado hampir 50 tahun lalu.

    Luka – Lily Jannah

    Luka merupakan satu lagi lagu dengan kekuatan persembahan vokal dalam kategori pop.

    Bertentangan dengan pura, kelebihan Luka terletak pada tahap produksi dan pascaproduksi — ia disusun dan diadun dengan baik serta berkesan, walaupun dengan melodi sederhana.

    Pemilihan kata dalam liriknya sederhana tetapi ia mengandung makna yang berat. Ini antara kekuatan Luka yang membuatkan ia menonjol berbanding peserta lain. Ada kerancuan yang menepati kehendak lagu.

    Pembunuh Malam – Lunar

    Pembunuh Malam merupakan antara lagu yang paling lengkap dalam senarai peserta akhir. Jika kurasi juri tidak jauh berbeza dengan edisi-edisi lepas, lagu ini paling berpotensi bergelar juara.

    Komposisi keseluruhannya mengingatkan kita kepada era kegemilangan Sheila Majid. Bergantung kepada perspektif, ia boleh jadi kelebihan atau keburukan.

    Liriknya sederhana tetapi pemilihan metaforanya agak segar. Cuma tema dan penerokaannya tidak mendalam, manakala penceritaannya tidak jelas.

    stargazing – odelia tirza

    Berbanding empat lagu lain, stargazing paling berjaya menyampaikan mesej lagu — seorang hopeless romantic yang sedang angau berfikir tentang crush yang entah suka entah tidak pada dirinya.

    Ringkas dan mudah, yang penting ia disampaikan dengan berkesan. Lebih istimewa apabila dinamik perasaan yang berbeza disampaikan dengan susunan yang berubah-ubah.

    Rumusan

    Ini mungkin kategori yang paling sengit kerana setiap lagu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

    pura meruntun, Derana segar, Luka mendalam, Pembunuh Malam menghibur dan stargazing berkesan.

    Namun, kerana kedalaman merupakan elemen paling langka dan sukar dicapai, Relevan meramalkan kategori ini akan didominasi Luka.

    Ini sekali gus menjadikan Luka sebagai lagu paling berpotensi membawa pulang RM20,000 dalam pentas akhir pada 7 Mac nanti. – RELEVAN

    Previous ArticlePenanaman padi ketika cuaca panas dan cabaran pesawah
    Next Article Gunakan RM100 eMADANI sebelum terlambat!

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.