Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekstrak khasiat muzik, kita hargai ritma dan nada di Relevan

    Ekstrak khasiat muzik, kita hargai ritma dan nada di Relevan

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 8, 2024Updated:May 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENCARI khasiat muzik di sebalik keburukannya yang dijaja ramai. - GAMBAR HIASAN/WES HICKS (Unsplash)

    WAKTU kecil, saya banyak dengar lagu-lagu Inggeris sebab pengaruh bapa dan abang saudara. Mungkin secara alami, apabila mendengar, saya tertarik kepada lirik.

    Dari lagu November Rain oleh Guns N’ Roses contohnya, saya jumpa perkataan restrain, refrain dan subside. Saya yang masih miskin kosa kata bahasa Inggeris bergelegak dengan rasa ingin tahu, maka kamus dwibahasa Oxford saya buka.

    Begitu juga lirik seperti I’m Yours oleh Jason Mraz, I Don’t Want To Miss A Thing oleh Aerosmith dan More Than Words oleh Extreme – saya mahu faham liriknya jadi kamus ketika itu menjadi kawan baik, saya bawa ke mana-mana.

    Masih diingat juga, kawan saya, Syazana ada adik. Nani namanya. Dia cemerlang sungguh dalam peperiksaan bahasa Inggeris, jadi saya tanya: macam mana boleh pandai? Dia kata, dia belajar dari lirik Because of You oleh Kelly Clarkson.

    Itu antara detik awal yang buat saya sedar, muzik boleh jadi alat untuk membantu kita cemerlang dalam pelajaran. Pastilah bukan muzik saja yang boleh memandaikan manusia tetapi untuk orang macam saya, muzik jadi alat yang berkesan.

    Itu lama sebelum saya jumpa lirik Sahabat Gua nyanyian M. Nasir yang menggerakkan lebih banyak usaha untuk tahu kisah Ashabul Kahfi, atau kesyahduan lirik lagu Biar oleh Fynn Jamal yang menyedarkan saya tentang kasih seorang ayah.

    Banyak hal boleh diekstrak dari sebuah lagu yang berkualiti sebenarnya. Saya diserang kegelisahan (anxiety) baru-baru ini dan sepanjang proses meredakan jiwa, saya ulang dengar lagu-lagu kugiran motherwit. 

    Ia mungkin agak peribadi kerana saya pengurus kugiran itu dan penulis liriknya, Sahaq Ibrahim, kawan baik saya. Jadi lirik-lirik yang dinyanyikan saya boleh anggap sebagai suara pujukan dari Sahaq yang tak tahu pun saya diserang gelisah waktu itu.

    Saya selalu berusaha berkongsi manfaat muzik kepada ramai orang melalui penulisan. Di Relevan atau Mingguan Malaysia, ia menjadi teras kepada penulisan saya tentang muzik.

    Bulan Februari, bulan kelahiran saya dan bulan manusia meraikan cinta, Relevan memilih muzik sebagai tema artikel pilihan. Sepanjang bulan ini, kami akan cuba menghidangkan sebanyak mungkin artikel tentang muzik yang dikarang dalam acuan Relevan – mendidik, membawa manfaat dan memberi kesedaran.

    Keputusan ini dibuat ketika kami sedar segala prejudis tentang muzik yang ada pada sesetengah orang. Muzik melalaikan, muzik menganjur hedonisme dan pelbagai label-label buruk lain lagi.

    Namun, kami mahu ambil jalan sukar. Cuba mengekstrak manfaat dari hal yang dilabel buruk.

    Mahu tak mahu, kita harus akui, muzik menjadi peneman kepada jutaan manusia. Kita jumpa muzik di mana-mana. Di dalam kereta, di majlis perkahwinan, malah di ruang menunggu pejabat kerajaan.

    Tidak ada salahnya kalau muzik yang menerawang di telinga manusia itu cuba dijerat, diteliti rupanya dan diperah khasiatnya. 

    Semoga hasrat kami tercapai untuk memanfaatkan muzik demi pembaca Relevan sempena bulan cinta ini. – RELEVAN

    Previous ArticleGemilang seorang Sudir, konsert jalanan di Chow Kit jadi persembahan paling bermakna
    Next Article Kepentingan dan manfaat belajar main rekoder di sekolah

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.