Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Program Rekreasi Terapeutik pelajar UPM bersama OKU

    Program Rekreasi Terapeutik pelajar UPM bersama OKU

    By Zubaidah IbrahimJanuary 23, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELAJAR Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Rekreasi Inklusif untuk individu Orang Kurang Upaya (OKU) di RiverBug, Gopeng, Perak, baru-baru ini.

     SERAMAI 36 pelajar Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan dan Alam  Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Rekreasi Inklusif untuk individu Orang Kurang Upaya (OKU) di RiverBug, Gopeng, Perak, baru-baru ini.  

    Program tersebut disertai seramai lima orang golongan OKU yang mana mereka didedahkan dengan aktiviti rekreasi lasak  selain meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyantuni golongan OKU sewaktu  berekreasi. 

    Menurut Pengarah program, Muhammad Fakhrul Azim Muhammad Nizam, 23, program ini  meningkatkan nilai inklusif dalam kalangan masyarakat terhadap semua individu. 

    PESERTA didedahkan dengan aktiviti rekreasi lasak selain meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyantuni golongan OKU sewaktu berekreasi.

    “Penganjuran program ini merupakan amali dua kursus kami iaitu kursus Rekreasi Terapeutik bagi golongan Istimewa dan kursus Pengurusan Risiko dalam Rekreasi. 

    “Ini merupakan pengalaman yang amat berharga buat kami semua dalam menyantuni peserta OKU bersama orang awam yang kita terima melalui persatuan OKU,” katanya.

    Sementara itu, Pensyarah Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, UPM, Dr. Mohd. Aswad Ramlan berkata, langkah yang diambil untuk melibatkan OKU dalam aktiviti rekreasi dapat membina jambatan untuk memastikan setiap individu tanpa mengira kekurangan merasa diterima dan dihargai dalam  masyarakat. 

    Beliau yang juga merupakan penyelidik dalam bidang rekreasi terapeutik di UPM menjelaskan bahawa aktiviti rekreasi bukanlah semata-mata tentang keseronokan, tetapi merupakan medium kepekaan masyarakat terhadap kepelbagaian individu-individu dalam komuniti. 

    AKTIVITI rekreasi bukan semata-mata tentang keseronokan, tetapi merupakan medium kepekaan masyarakat terhadap kepelbagaian individu-individu dalam komuniti.

    “Dengan mengambil langkah kecil untuk melibatkan OKU dalam aktiviti rekreasi, kita bukan sahaja memberi mereka peluang yang sama, tetapi juga membina kelompok masyarakat yang madani, inklusif, dan bertanggungjawab.  

    “Langkah ini juga penting dalam membangunkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan OKU dan membuka ruang bagi mereka untuk terlibat secara aktif dalam kehidupan komuniti,” ujarnya.

    Penganjuran program ini juga secara tidak langsung menyokong Pelan Strategik UPM 2021-2015 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. – RELEVAN

    Previous ArticleCeritakan tentang diri ketika temu duga? Jangan panik, ini langkah dan cara untuk menjawabnya
    Next Article Saintis China buat kerja gila, hasilkan koronavirus mutan yang mengerikan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.