Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menyerlah di tempat kerja tanpa perlu menjadi pembodek dan penjilat

    Menyerlah di tempat kerja tanpa perlu menjadi pembodek dan penjilat

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 22, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANDA boleh jadi menyerlah di pejabat tanpa perlu membodek atau menjilat. - GAMBAR HIASAN/FAUXELS (Pexels)

    ADA dua cara untuk menjadi pekerja penting dan dikenali di pejabat. Satu, buat kerja dengan baik, cekap dan berkesan. Dua, halakan seluruh tenaga anda untuk menjadi pembodek dan penjilat tegar para bos.

    Langkah satu berintegriti, beretika dan bermaruah. Langkah dua yang sebaliknya..

    Kalau dalam diri anda ada secebis wibawa, pasti langkah satu menjadi pilihan. Kita mahu maju dalam kerjaya dengan cara yang bermaruah, atas kemahiran kerja yang baik.

    Membodek dan menjilat adalah jalan pintas yang akhirnya akan mencalit arang pada muka sendiri juga.

    Berpandukan pesan pakar penjenamaan peribadi, William Arruda, Relevan kongsikan tujuh langkah menjadi cemerlang di tempat kerja tanpa perlu merosakkan diri dengan permainan bodekan dan jilatan.

    • Buat kajian

    Untuk menjadi pekerja yang baik, kita perlu mampu bekerja dengan selesa dan serasi bersama ketua. Untuk mencapainya, buat kajian terhadap ketua anda di tempat kerja.

    Buat carian di internet. Beri perhatian pada sikap, personaliti malah barang peribadi yang disimpan dalam pejabat.

    Ketahui pantang larangnya, minatnya serta sikapnya terhadap satu-satu isu.

    Ingat, semua usaha itu bukan untuk anda membodek sebaliknya untuk mengenali ketua dengan lebih rapat agar keserasian dapat dicipta.

    • Jadi pekerja yang tak terganti

    Berusaha menjadi pekerja yang baik sehingga kehilangan anda dirasai. Buat syarikat susah nak cari pengganti.

    Cari kekuatan sendiri dan perkasakannya. Cari kebolehan unik dan kuasainya. 

    Kewujudan anda akan lebih dihargai jika anda menjadi indispensable – tak terganti.

    • Jadi terkenal dalam lingkung yang tepat

    Tujuan utamanya: untuk memastikan nama anda harum sampai ke luar pejabat. Waktu bos berjumpa dengan rakan dari syarikat lain, nama anda disebut-sebut kerana ketangkasan kerja.

    Ini dapat dicapai jika anda berterusan bekerja dengan cemerlang dan menyokong orang yang tepat – termasuk yang di luar syarikat.

    Jika reputasi anda baik, pujian akan datang tanpa dipaksa atau dirancang.

    • Mandiri tetapi bukan halimunan

    Anda tidak akan menyerlah dengan menjadi pekerja yang terlalu banyak tanya. Semua hal mahu diajukan kepada ketua walaupun ia boleh diselesaikan sendiri.

    Anda juga tidak akan menyerlah jika kerja diselesaikan senyap-senyap. Macam halimunan – tak nampak bayang atau gerak, kerja sudah selesai.

    Ada titik keseimbangan yang perlu dicari. Tidak terlalu bergantung dengan ketua tetapi kerja bukan saja perlu diselesaikan, malah dilihat diselesaikan.

    • Beri lebih dari minta

    Ramai ketua yang menerima permintaan setiap hari. Minta naik gaji, naik pangkat, pendapat dan pelbagai hal lagi.

    Jadi lain dari yang lain. Berbanding hanya meminta, datangkan dengan cadangan yang lengkap. Beri penyelesaian dan minta kebenaran ketua untuk melaksanakannya.

    • Bersedia awal

    Selalu perhatikan kalendar dan bersedia awal untuk acara atau tugasan besar di syarikat. 

    Seperti laporan akhir tahun, jangan ketika betul-betul akhir tahun baru nak mula. Selesaikan apa yang boleh diselesaikan awal supaya pada penghujung tahun nanti, kerjanya dah tak banyak.

    • Iktiraf ahli pasukan

    Bukan mudah untuk mengekalkan moral pasukan sepanjang tahun. Ringankan beban ketua dengan turut terlibat dalam memotivasikan pasukan.

    Bina hubungan yang baik dan positif, iktiraf mereka sebagai anggota pasukan yang signifikan dan kongsi kejayaan bersama-sama. 

    Sikap sebegini akan mengekalkan budaya positif dalam kalangan pasukan. – RELEVAN

    Previous ArticleBuang rasa malas dengan 8 teknik popular Jepun, produktiviti meningkat
    Next Article 4 perbualan kewangan untuk pasangan berkahwin

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.