Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rasa sakit dan sensasi dari pinggul ke kaki, simptom dan punca siatika

    Rasa sakit dan sensasi dari pinggul ke kaki, simptom dan punca siatika

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 18, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RASA sakit akibat siatika boleh dirasai di bahagian belakang peha atau betis. - GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BARBHUIYA (Pexels)

    SIATIKA merujuk kepada rasa sakit di sepanjang laluan saraf siatik, saraf yang memanjang dari kawasan pinggang, pinggul hingga kaki.

    Lazimnya, siatika terjadi apabila cakera melejit (herniated) dan tulang yang tumbuh lampau (overgrowth bone) menekan sebahagian daripada saraf tersebut. Ini menyebabkan keradangan, kesakitan dan seringkali kekebasan pada kaki.

    Siatika boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk tetapi kebanyakannya boleh kembali pulih melalui rawatan selama beberapa minggu.

    Berikut Relevan senaraikan simptom dan punca siatika menurut laman web Mayo Clinic.

    Simptom

    Rasa sakit akibat siatika boleh dirasai di mana-mana tempat di sepanjang laluan saraf siatik. Paling kerap, rasa sakitnya mengikut laluan dari pinggang ke pinggul sehingga bahagian belakang peha dan betis.

    Rasa sakitnya boleh jadi sederhana atau tajam dan membakar. Kadang-kadang, ia terasa tersentak atau seperti terkena renjatan elektrik.

    Untuk siatika yang serius, rasa sakitnya bertambah ketika batuk atau bersin, atau jika anda duduk terlalu lama. Kebiasaannya, siatika hanya dirasai di sebelah badan.

    Terdapat juga kes yang melibatkan rasa kebas, geli atau lemah otot pada bahagian kaki. Malah, satu bahagian kaki boleh terasa sakit, sebelah lagi kebas.

    Punca

    Secara asasnya, siatika terjadi apabila saraf siatik menerima tekanan. Punca lazimnya apabila terdapat cakera melejit atau tulang tumbuh lampau (juga disebut sebagai taji tulang) pada tulang belakang.

    Dalam kes langka, ia disebabkan ketumbuhan yang meletakkan tekanan pada saraf. Malah, penyakit seperti diabetes juga boleh merosakkan saraf siatik.

    Beberapa faktor risiko siatika adalah seperti berikut:

    • Umur

    Perubahan akibat umur pada tulang belakang, seperti cakera melejit dan tulang tumbuh lampau ialah punca paling lazim untuk siatika.

    • Obesiti

    Berat badan yang tinggi meningkatkan tekanan pada tulang belakang.

    • Pekerjaan

    Pekerjaan yang memerlukan pergerakan pusing yang banyak pada tulang belakang, mengangkat barang berat atau memandu kenderaan untuk tempoh yang lama juga boleh menyebabkan siatika.

    • Duduk

    Mereka yang duduk terlalu lama atau tidak bergerak banyak lebih berkemungkinan mengalami siatika berbanding mereka yang aktif bergerak.

    • Diabetes

    Diabetes yang mempengaruhi bagaimana tubuh menggunakan gula dalam darah meningkatkan risiko kerosakan saraf. – RELEVAN

    Previous ArticlePusingan vs ansuran: Dua jenis kredit untuk dipertimbang
    Next Article Tidak hanya kuruskan badan, ini 7 manfaat menakjubkan berpuasa

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.