Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

    5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

    By Zubaidah IbrahimNovember 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HUTANG sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.- Foto Rawpixel.com/Freepik

    HUTANG sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, mahu atau tidak kita tidak boleh terlepas daripada berhutang untuk mencapai matlamat masing-masing.Tidak semua hutang itu buruk tetapi perkara yang paling penting ialah cara kita menguruskannya.

    Dunia semakin moden, cara berhutang juga berubah dengan nama pelbagai nama dan sistem yang berbeza antaranya Beli Dahulu Bayar Kemudian atau Buy Now Pay Later (BNPL).

    Justeru, penting untuk kita semua menguruskan hutang-hutang ini dengan baik supaya hidup tidak dibebani hutang yang akhirnya menyebabkan stres, kemurungan dan pelbagai lagi penyakit kesihatan mental.

    Oleh itu, anda boleh amalkan 5 tip penting ini untuk menguruskan hutang-hutang tersebut dengan lancar, tersusun dan tidak memeningkan kepala.

    1. Buat belanjawan

    Membuat belanjawan adalah teknik pengurusan hutang yang penting untuk menyelesaikan bayaran hutang. Walau bagaimanapun, proses itu memerlukan banyak perancangan dan kesabaran.

    Langkah pertama ialah mula menjejaki pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Selepas itu, anda boleh memikirkan cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian yang kebanyakannya membazir.

    Wang ini kemudiannya boleh diketepikan untuk membayar hutang, tidak kira betapa kecil jumlahnya.

    Kemudian, anda perlu mengutamakan hutang anda untuk menentukan bayaran paling penting seperti bil utiliti dan gadai janji yang perlu dibayar terlebih dahulu.

    Untuk menyelesaikan hutang-hutang ini anda perlu kekal fokus kepada belanjawan dan menanam disiplin yang tinggi.

    1. Ketahui dengan siapa anda berhutang dan berapa banyak

    Ketika memulakan perjalanan pengurusan hutang, anda harus mengkaji pelbagai jenis hutang yang tersenarai pada kunci kira-kira anda.

    Ini penting kerana jenis hutang tertentu mungkin mempunyai implikasi yang lebih serius pada kunci kira-kira anda. Tidak semua hutang dicipta sama dan strategi pengurusan yang berkesan berkisar tentang memikirkan keseluruhan portfolio hutang anda.

    Jadi, mulakan dengan membuat senarai pelbagai jenis hutang tertunggak, pemiutang yang anda berhutang, jumlah hutang, ansuran bulanan dan tarikh matang.

    1. Bayar bil tepat pada masanya

    Pembayaran bil lewat menjadikan anda lebih sukar untuk membayar hutang. Bagi memupuk tabiat membayar bil tepat pada masanya, anda harus memanfaatkan kuasa teknologi.

    Anda boleh menetapkan makluman dan peringatan untuk pembayaran bulanan pada telefon pintar.

    Jika terlepas tarikh pembayaran, anda tidak perlu menunggu sehingga tarikh akhir seterusnya untuk membuat pembayaran. Anda perlu membuat pembayaran itu secepat mungkin.

    Anda juga perlu ingat bahawa membuat pembayaran tepat pada masanya adalah sangat penting untuk pengurusan hutang yang berkesan.

    1. Mempunyai dana kecemasan

    Kita tidak boleh ramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang, maka kita perlukan dana kecemasan untuk digunakan pada bila-bila masa.

    Tanpa simpanan yang mencukupi, kita perlu menggunakan hutang formal atau tidak formal bagi memenuhi keperluan tertentu.

    Oleh itu, semua orang perlu mempunyai dana kecemasan sebagai payung bagi melindungi daripada kejadian yang tidak dijangka.

    Ia juga mengelakkan anda daripada menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan yang tidak dijangka.

    1. Tingkatkan pendapatan

    Untuk hidup yang selesa memerlukan kita berkorban masa dan tenaga dengan menambah pendapatan agar mampu membayar hutang-hutang yang semakin bertambah.

    Anda boleh membuat kerja lebih masa atau bekerja pada hari cuti umum. Selain itu anda boleh memikirkan pendapatan sekunder dengan melakukannya secara sambilan pada hari cuti atau selepas tamat waktu bekerja.

    Boleh dikatakan rata-rata orang di Malaysia melakukan lebih daripada satu pekerja untuk mencapai kehidupan selesa apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada ketika ini.

    – RELEVAN

    Previous Article8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat
    Next Article 6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.