Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

    Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

    By November 20, 2023Updated:November 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PARAS merkuri yang tinggi biasanya terdapat dalam produk pemutih dan antipenuaan. - Gambar hiasan/Sora Shimazaki/ Pexels

    KETAKSUBAN untuk kulit putih dan awet muda menjerumuskan ramai orang kepada produk kecantikan yang mengandungi merkuri. Peniaga mengaut keuntungan berlipat ganda, tetapi anda yang merana menanggung akibatnya!

    Sehubungan itu, penting untuk kita semua menjadi pengguna yang bijak dengan memilih produk selamat dan bukannya terikut-ikut dengan produk viral atau diiklankan oleh selebriti mahupun pempengaruh di media sosial.

    Dalam kosmetik, paras merkuri yang tinggi biasanya terdapat dalam produk pemutih dan antipenuaan kerana ia membantu memudarkan bintik-bintik gelap, jeragat, kedutan dan garis-garis halus.

    Oleh itu, tidak hairanlah saiz pasaran produk antipenuaan global hampir empat kali ganda saiz produk pencerah kulit.

    Ia juga membantu menyelesaikan masalah jerawat dalam kalangan remaja. Tetapi, kesan sampingan merkuri sangat berbahaya.

    Menurut pakar dermatologi, merkuri adalah bahan yang berkesan untuk pencerahan kulit dan ia juga memberikan hasil yang cepat.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cantik, jangan sampai obses

    Walaupun begitu, merkuri adalah racun yang boleh merosakkan kulit dan juga organ.

    Justeru, pakar menasihatkan agar kita menyemak label produk itu bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan merkuri.

    Antara nama-nama yang digunakan dalam produk mengandungi merkuri ialah Hg, mercuric iodide, mercurous chloride, quicksilver, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum dan calomel.

    Bahaya merkuri

    Bahayanya bukan sahaja kepada orang yang menggunakan produk yang mengandungi merkuri tetapi juga kepada keluarga mereka.

    Apabila anda menggunakan produk ini, keluarga anda mungkin terhidu wap merkuri atau mungkin terdedah dengan menggunakan benda seperti kain lap atau tuala yang tercemar dengan merkuri.

    Beberapa kajian telah membuktikan bahawa pendedahan kepada merkuri boleh membawa kepada kesihatan yang serius.

    Jika diserap ke dalam kulit, ia juga boleh menyebabkan keracunan merkuri dengan toksik kepada buah pinggang dan sistem saraf.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan buruk utama merkuri dalam produk penjagaan kulit ialah kerosakan buah pinggang.

    Ia juga boleh menyebabkan kebimbangan, kemurungan dan juga psikosis. Penggunaan jangka panjang kosmetik yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada mata, paru-paru, penghadaman, saraf dan sistem imun.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 rawatan jeragat, boleh juga guna bahan semula jadi

    Wanita hamil, bayi yang menyusu dan kanak-kanak paling terdedah kepada ketoksikan merkuri. Memandangkan merkuri diserap ke dalam susu ibu, bayi baru lahir yang menyusu sangat terdedah.

    Tanda dan gejala keracunan merkuri:

    •   Mudah marah/ emosi tidak stabil
    •   Menjadi pemalu
    •   Gegaran/gementar
    •   Perubahan dalam penglihatan atau pendengaran
    •   Masalah ingatan
    •   Kemurungan
    •   Kebas di tangan, kaki atau di sekeliling mulut

    Sekiranya anda mengalami tanda-tanda keracunan merkuri, segera dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar kesihatan.

    Di samping itu, sebelum membuang produk yang mungkin mengandungi merkuri, masukkannya dalam beg plastik atau bekas kalis bocor.

    Semak dengan agensi alam sekitar, kesihatan atau pengurusan sisa pepejal untuk arahan pelupusan yang sewajarnya.- RELEVAN

    bahaya buah pinggang cantik featured merkuri racun toksik

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.