Facebook Twitter
    Trending
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak perlu 10,000, berjalan 2,337 langkah sehari sudah cukup baik untuk kesihatan

    Tak perlu 10,000, berjalan 2,337 langkah sehari sudah cukup baik untuk kesihatan

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANDA tidak perlu berjalan sehingga 10,000 langkah sehari jika tidak mampu. - GAMBAR HIASAN/AUGUST DE RICHELIEU (Pexels)

    BANYAK nasihat kesihatan menggalakkan kita untuk bergerak 10,000 langkah sehari demi meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan keseluruhan tubuh.

    Namun, bukan semua orang mampu melaksanakannya setiap hari. Mungkin kerana gaya hidup atau tuntutan pekerjaan, sangat sukar untuk sesetengah orang mencapai jumlah 10,000 langkah sehari.

    Ini menyebabkan sesetengah orang berasa kecewa atau lebih teruk lagi, terus putus asa mahu menambah baik kesihatan.

    Anda tidak perlu lagi risau kerana ada kajian terbaharu yang membuktikan, kita tidak perlu melangkah sehingga 10,000 kali sehari untuk kekal sihat.

    Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kardiologi Pencegahan Eropah itu mendapati, jumlah minimum untuk memperoleh manfaat kesihatan daripada aktiviti berjalan adalah sebanyak 2,337 langkah.

    Lebih banyak lebih baik

    Kajian tersebut merupakan yang terbesar pernah dilaksanakan dengan melibatkan data daripada 226,889 orang yang terlibat dengan kajian sebelumnya di pelbagai negara, termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan Norway.

    Kaedahnya mudah: jumlah langkah setiap hari direkod dan dibandingkan dengan kebarangkalian mereka untuk meninggal dunia dalam tempoh tujuh tahun.

    Dapatan utama kajian itu – lebih banyak kita berjalan, lebih baik kesannya kepada kesihatan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu brisk walking dan berapa pantas patut kita berjalan apabila melakukannya?

    Namun, ada juga dapatan lain yang menarik, iaitu jumlah yang diperlukan untuk aktiviti berjalan memberi kesan kepada kesihatan tidak sampai 10,000 langkah.

    Kajian itu, seperti yang dipetik The Times mendapati, 2,337 langkah sehari adalah jumlah minimum untuk mengurangkan risiko penyakit jantung atau strok.

    Sementara itu, 3,967 langkah sehari pula boleh mengurangkan risiko mati kerana apa-apa penyakit.

    Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati, berjalan 1,000 langkah sehari dikaitkan dengan pengurangan 15 peratus risiko mati akibat apa-apa punca dan tambahan 500 langkah sehari boleh mengurangkan tujuh peratus risiko mati akibat penyakit jantung.

    Berjalan sebagai alat kesihatan

    Menurut The Times, penulis kajian itu juga mendakwa gaya hidup yang aktif adalah lebih berkesan untuk menjaga kesihatan berbanding ubat-ubatan moden. 

    Malah, mereka mendesak kerajaan untuk mempromosikan berjalan sebagai alat kesihatan awam bagi mengurangkan kadar obesiti serta penyakit jantung.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 manfaat kesihatan brisk walking

    “Kajian kami mengesahkan bahawa lebih banyak anda berjalan, lebih baik (untuk kesihatan). Kami mendapati ini meliputi kedua-dua jantina, baik lelaki atau perempuan, tidak kira umur dan tidak kira tempat tinggal.

    “Tambahan lagi, analisis kami menunjukkan bahawa dengan serendah 4,000 langkah sehari boleh mengurangkan risiko mati akibat apa-apa punca secara signifikan dan langkah kurang daripada itu boleh mengurangkan kematian akibat penyakit kardiovaskular,” kata ketua penyelidiknya, Profesor Maciej Banach dari Universiti Perubatan Lodz, Poland.

    Kata Banach, dunia kini mempunyai pelbagai jenis ubat yang menyasarkan keadaan kesihatan spesifik, termasuk penyakit kardiovaskular.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sila bergerak! Ini bahaya gaya hidup sedentari

    Namun, itu bukan alasan untuk tidak menggalakkan perubahan gaya hidup, termasuk diet dan senaman yang mungkin lebih berkesan untuk mencegah penyakit-penyakit berbahaya.

    “Kita masih perlukan kajian yang baik untuk menyelidik sama ada manfaat yang sama turut diperolehi dalam aktiviti fizikal yang lebih intensif seperti larian maraton atau cabaran Ironman. 

    “Ini termasuk juga dalam populasi dengan umur dan masalah kesihatan yang berbeza,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleGaji progresif: Menang-menang untuk majikan, pekerja
    Next Article Bila waktu sesuai beli rumah?

    Artikel berkaitan

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.