Facebook Twitter
    Trending
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bila waktu sesuai beli rumah?

    Bila waktu sesuai beli rumah?

    By Zubaidah IbrahimAugust 10, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FORMULA paling besar dalam hartanah ialah aliran tunai.- GAMBAR HIASAN/KINDEL MEDIA/PEXELS

    MAHU Masyarakat celik dan cakna mengenai hartanah membuatkan Dr. Azizul Azli Ahmad tekad berkongsi ilmu hartanah sejak 13 tahun lalu sehingga menjadi rujukan dalam bidang tersebut, terutamanya kepada golongan muda yang mahu memiliki rumah.

    Beliau banyak kongsikan tip hartanah dan ilmu kewangan di platform media sosial setiap hari seperti di Facebook dengan pengikut seramai 404,000 orang, Instagramnya (47,000 pengikut) dan saluran Telegram (93,000 pelanggan).

    Di samping itu, Azizul Azli juga menulis buku hartanah dan kewangan. Buku tulisan pertamanya pada 2011 bertajuk Mudahnya Beli Rumah tersenarai sebagai buku best seller dan turut tular.

    Buku tersebut menceritakan pengalamannya membeli enam rumah dalam masa setahun. Sejak dari itu, beliau dijemput memberi ceramah hartanah oleh pihak pemaju dan dilantik menjadi jurucakap oleh pelbagai agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    AZIZUL Azli menjadi rujukan dalam bidang hartanah sejak 13 tahun lalu.- FOTO OLEH AFIQ RAZALI

    FORMULA HARTANAH

    Buah fikiran beliau juga banyak dilontarkan dalam media massa. Kebanyakannya berbentuk ulasan isu-isu berkaitan hartanah, terutamanya dalam keadaan ekonomi pada masa sekarang.

    “Antara yang saya kongsikan ialah cara-cara nak beli rumah yang betul, (mendapatkan) harga berpatutan dan strategi-strategi yang diperlukan untuk memikul komitmen hutang selama 25 hingga 30 tahun.

    “Dengan memiliki ilmu hartanah, anda tidak mudah tertipu dengan helah pihak pemaju seperti tawaran pulangan wang tunai (cash back) sedangkan sebenarnya mereka jual melebihi harga pasaran,” katanya yang merupakan pensyarah di Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

    Jelas Azizul Azli, hartanah tidaklah serumit saham. Anda tidak akan rugi sekiranya berpegang kepada tiga formula, iaitu pastikan nilai pasaran yang betul, aliran tunai positif dan pulangan pelaburan lebih lima peratus. Dahulu orang kata lokasi rumah itu penting tetapi pada pandangan beliau, teori tersebut sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

    ALIRAN TUNAI

    “Formula paling besar dalam hartanah ialah aliran tunai. Contohnya, anda beli rumah dengan membayar sebanyak RM5,000 sebulan kepada bank, tetapi sewakan kediaman tersebut sebanyak RM3,000 sebulan.

    “Aliran tunai menjadi negatif kerana anda perlu tambah sebanyak RM2,000 dari poket sendiri. Sepatutnya bayaran sewa itu sudah boleh digunakan untuk bayaran bulanan kepada bank.

    “Hartanah yang bagus adalah apabila disewakan, duit sewa itu bukan sahaja boleh bayar kepada bank sepenuhnya tetapi ada lebihan untuk anda buat simpanan,” kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

    Terang anak kelahiran Kuala Lumpur itu, harga hartanah ada banyak pilihan tetapi ramai yang tidak tahu dan kekurangan ilmu menyebabkan mereka tersalah membuat penilaian.

    Azizul Azli berkata, terdapat tiga jenis pasaran hartanah iaitu rumah baharu, subsale dan pasaran lelong.

    “Keputusan di tangan anda hendak beli yang baharu atau subsale tetapi semua itu juga bergantung kepada ilmu hartanah.

    “Ramai pembeli mahu rumah baharu berbanding subsale yang sudah dihuni tetapi rumah subsale sebenarnya lebih untung kerana harga 30 peratus lebih rendah.

    “Kalau anda ada ramai kawan, ada ilmu hartanah dan rajin membaca, cuba masuk pasaran lelong kerana boleh dapat diskaun 50 peratus, memang untung. Prosesnya juga lebih mudah kerana hanya di hujung jari,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ekonomi Malaysia kukuh, BNM kekalkan OPR

     KERISAUAN OPR

    Antara soalan yang cukup popular ditanyakan kepada beliau: adakah sekarang waktu sesuai membeli rumah? Boleh dikatakan setiap tahun beliau menerima soalan ini, tambahan pula dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) membuatkan ramai orang gerun membeli rumah. Risau tidak mampu bayar dan muflis.

    “Kalau tidak beli sekarang, bila masa sesuai? Ada tak kita bangun pagi, tiba-tiba harga rumah pada hari itu murah?

    “Kita tidak boleh kembali ke zaman opah dulu-dulu semuanya murah. Hakikatnya, harga barang akan sentiasa naik dan terus naik,” katanya.

    Mengulas mengenai OPR, Azizul Azli berkata, sebenarnya kadar sekarang ialah kadar pada 2020. Ketika pandemik Covid-19 kadar itu diturunkan dan kini ia kembali kepada asal seperti 2020.

    KITA tidak boleh tunggu harga rumah turun barulah hendak membeli rumah kerana harga barangan semakin meningkat.- GAMBAR HIASAN/OLEKSANDRP/PEXELS

    KEMPEN BELI RUMAH MASA MUDA

    Beliau bimbang dengan pemikiran bahawa menyewa itu lebih baik daripada membeli hartanah disebabkan harga hartanah yang melambung tinggi pada masa sekarang.

    “Kita perlu sedar garis masa hidup. Kehidupan bermula 25 tahun dan kita ada lebih kurang 30 tahun untuk memerah keringat mencari wang untuk simpanan pendidikan anak-anak, dana kecemasan, membayar hutang dan dana persaraan.

    “Sepatutnya, pada usia muda anda perlu meletakkan matlamat membeli rumah kerana harganya lebih rendah.

    “Semakin berumur, harga rumah akan menjadi lebih mahal. Pihak bank mengenakan insurans yang tinggi kerana risau kita tidak mampu membayar hutang itu kelak,” katanya.

    Oleh sebab itu, beliau selalu membuat kempen beli rumah pada masa muda dan jangan terpengaruh dengan budaya popular yang menayangkan kemewahan hidup seperti memakai kereta mahal, bercuti tempat mewah dan membeli barangan berjenama.

    Azizul Azli juga menyarankan orang ramai agar menimba sebanyak mungkin ilmu hartanah dan kewangan. Apatah lagi pada masa ini semua itu boleh didapati dengan mudah di hujung jari.

    “Dahulu saya juga kurang mengambil tahu tentang hartanah sehinggalah satu hari isteri menghadiahkan sebuah buku bertajuk Rich Dad Poor Dad.

    “Buku itu menceritakan seorang ayah kaya yang merupakan seorang pensyarah tetapi akhirnya menjual aiskrim manakala seorang lagi ayah miskin tetapi berjaya membina empayar perniagaan.

    “Selepas membaca buku ini, saya tersedar kerana ayah kaya itu begitu dekat dengan diri saya sebagai pensyarah. Saya tidak mahu pengakhiran hidup sebegitu,” katanya.- RELEVAN

    Previous ArticleTak perlu 10,000, berjalan 2,337 langkah sehari sudah cukup baik untuk kesihatan
    Next Article Buku hartanah dan kewangan

    Artikel berkaitan

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.