Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gementar pada hari pertama bekerja? Ini 6 tip untuk anda lebih bersedia

    Gementar pada hari pertama bekerja? Ini 6 tip untuk anda lebih bersedia

    By Umi FatehahJuly 4, 2023Updated:July 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Di samping perlu datang awal, ada beberapa persiapan yang boleh dilakukan supaya anda lebih bersedia. - GAMBAR HIASAN ANDREA PIACQUADIO/PEXELS

    ANDA sudah berjaya melepasi temu duga dan diterima bekerja. Sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah bersedia dan menyesuaikan diri di persekitaran baharu.

    Persekitaran kerja baharu, wajah-wajah baharu dan persekitaran pejabat yang berbeza. Ini antara beberapa perkara yang anda perlu hadapi semasa hari pertama melaporkan diri. 

    Ia mungkin menakutkan dan mendebarkan. Di samping perlu datang awal, ada beberapa persiapan yang boleh dilakukan supaya anda lebih bersedia.

    Tidak pasti di mana dan apa yang perlu dilakukan? Berikut ialah enam perkara yang anda perlu lakukan.

    1. Ambil inisiatif memperkenalkan diri

    Perkenalkan diri anda kepada semua orang di pejabat termasuk di jabatan anda, bos-bos dan juga kakak-kakak cleaner. Ia mungkin nampak seperti remeh dan meletihkan, tetapi percayalah tindakan ini akan membuatkan orang tidak takut untuk bertegur sapa dengan anda. Secara tidak langsung, mewujudkan persekitaran yang lebih mesra.

    Sekiranya anda seorang introvert dan kurang gemar bersosial, ketepikan sebentar perasaan itu di awal minggu pertama

    Tetapi ingat untuk memastikan pengenalan diri anda pendek dan padat. Cara terbaik ialah rangka apa yang mahu dicakapkan dan lakukannya dengan bersahaja.

    1. Pakaian

    Untuk mengelakkan pagi yang penuh dengan tekanan dan lewat sampai ke pejabat, rancang apa yang mahu dipakai pada malam sebelumnya. Pastikan pakaian anda bersesuaian dengan etika pakaian yang ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia.

    Semasa orientasi atau minggu pertama bekerja, anda boleh memerhati pakaian staf-staf lain. Anda boleh memadankan pakaian agar lebih sesuai dengan budaya pakaian di pejabat.

    1. Dapatkan jangkaan majikan dan KPI perlu dicapai

    Penting untuk tahu apakah jangkaan majikan terhadap anda supaya perancangan teliti dalam menyelesaikan tugas dapat dilakukan. Tanyakan juga bagaimana kejayaan anda akan diukur dan diteliti mengikut bulanan atau tahunan.

    Ambil tahu juga apakah Key Performance Index (KPI) yang perlu dicapai. Jika KPI anda dicapai, besar kemungkinan majikan akan memberikan bonus. Siapa sahaja tidak mahu bonus kan?

    1. Ketahui dengan siapa anda akan bekerja rapat

    Cuba kenal pasti orang yang paling kerap anda akan bekerjasama dan perkenalkan diri kepada mereka. Ia mungkin menjadi orang yang duduk di sekeliling meja anda, penyelia atau kakitangan junior yang dipertanggungjawabkan di bawah anda.

    Cara terbaik untuk mengenali mereka adalah semasa makan tengah hari. Jadi, jangan sekali-kali menolak jemputan makan tengah hari. Tanya mereka soalan tentang skop kerja dan bagaimana ia berkaitan dengan peranan anda atau sekadar berbual-bual tentang isu semasa.

    Anda bukan sahaja akan menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakan sekerja anda, tetapi juga akan mendapat peluang untuk membaca personaliti mereka di luar persekitaran pejabat. Semua ini boleh membantu bagaimana anda perlu berkomunikasi dengan mereka.

    1. Berhubung rapat dengan senior

    Sebagai pendatang baharu, hari pertama anda akan menjadi sangat mendebarkan. Justeru, anda memerlukan mentor untuk membimbing anda agar tidak terlalu terumbang-ambing dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

    Sebaik-baiknya, hubungan mentor mentee haruslah berdasarkan kepercayaan, keterbukaan dan kesediaan untuk belajar bersama.

    Mewujudkan hubungan kerja dan peribadi yang kukuh dengan mentor akan membolehkan anda menerima bimbingan yang boleh mendorong anda berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Ini termasuk mendapatkan maklum balas yang jujur, membangunkan kemahiran semasa dan mengembangkan rangkaian di pejabat.

    1. Bersedia untuk melakukan perubahan

    Sama ada anda seorang graduan baharu yang baru melangkah ke alam pekerjaan atau seorang pekerja berpengalaman, hari pertama di tempat kerja tetap akan mendebarkan.

    Untuk menjadikan hari pertama anda bermakna, datanglah ke tempat kerja baharu dengan fikiran terbuka.

    Pengalaman baharu dan pengalaman kerja sebelum ini mungkin berbeza. Adakalanya, anda mungkin mendapati rentak, rutin dan cara kerja 100 peratus berbeza. Tetapi bersabarlah sambil perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Anda pasti boleh melakukannya. – RELEVAN

    Previous ArticleBiasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke bantu pelajar miskin
    Next Article 7 sebab utama kita terlebih belanja

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.