Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manusia dalam bahaya: udara, air dan makanan tercemar dengan mikroplastik

    Manusia dalam bahaya: udara, air dan makanan tercemar dengan mikroplastik

    By Zubaidah IbrahimMay 9, 2023Updated:June 8, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IKAN adalah yang paling tercemar dan hasil kajian terbaru daripada pasukan penyelidik dari Universiti Nottingham Malaysia itu menunjukkan bahawa mikroplastik bukan sahaja terdapat pada insang dan dalam usus ikan, tetapi dalam dagingnya juga.- GAMBAR HIASAN/NAJA BERTOLT JENSEN/UNSPLASH

    TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Filipina dan India dalam senarai negara yang menyumbang paling banyak kepada pencemaran plastik marin?

    Ahli akademik Belanda, Lourens JJ Meijer menyatakan kedudukan ini dalam kertas kerja yang diterbitkan pada 2021 dan kedudukan Malaysia itu sepatutnya cukup untuk kita semua merenungkan sumbangan kita kepada masalah global sisa plastik.

    Apabila kita memikirkan sisa plastik, kita cenderung memikirkan botol dan beg plastik, tetapi sedarkah kita kepada ancaman yang lebih berbahaya kepada alam sekitar iaitu mikroplastik.

    Menurut Naib Provos Penyelidikan dan Pertukaran Pengetahuan Universiti Nottingham, Profesor Dr. Chris Gibbins, mikroplastik ialah kepingan plastik mikroskopik yang tidak kelihatan dengan mata kasar dengan kepingan yang paling kecil berada dalam julat saiz nano (kurang daripada 1 µm atau 0.001 mm).

    “Malah, sesetengah plastik sengaja dihasilkan pada julat saiz mikroskopik ini. Contohnya, bahan yang digunakan dalam ubat gigi dan produk penjagaan diri dan digunakan dalam proses perindustrian.

    “Para saintis mula memahami kesan mikroplastik terhadap kesihatan manusia.

    “Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa ia menyebabkan masalah pernafasan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada dan semakin banyak laporan kini mengaitkan penyakit radang usus dengan kehadiran mikroplastik dalam najis,” katanya.

    Walaupun tiada bukti langsung untuk mengaitkan mikroplastik dengan kanser, kehadirannya boleh menyebabkan keradangan tisu yang boleh mengakibatkan kerosakan DNA yang merupakan peringkat awal perkembangan kanser.

    ARTIKEL BERKAITAN: Badan seorang lelaki dipenuhi telur cacing pita, ramai panik – Relevan

    Jelasnya, bagaimana mikroplastik memasuki badan kita adalah punca kebimbangan dan tindakan wajar perlu dilakukan segera.

    Sejak empat tahun lalu, pasukan penyelidik dari Universiti Nottingham Malaysia telah melihat mikroplastik di Sungai Langat, Selangor dan dalam badan haiwan yang hidup di sungai. Penemuan mereka sangat membimbangkan.

    “Kami telah menemui zarah mikroplastik dalam setiap satu daripada ratusan sampel air sungai yang kami kumpulkan dengan kepekatan antara dua hingga lebih daripada 80 keping seliter air.

    “Kami juga telah menemui kepekatan yang sangat tinggi di dasar sungai sehingga 150,000 keping mikroplastik terletak di permukaan dasar sungai bagi setiap meter persegi,” terang Gibbins.

    Tambah beliau, paling membimbangkan, mereka telah menemui mikroplastik dalam badan hampir setiap haiwan yang dikumpulkan itu termasuklah serangga akuatik, kupang dan ikan.

    Ikan adalah yang paling tercemar dan hasil kajian terbaru daripada pasukan penyelidik dari Universiti Nottingham Malaysia itu menunjukkan bahawa mikroplastik bukan sahaja terdapat pada insang dan dalam usus ikan, tetapi dalam dagingnya juga.

    Ini amat membimbangkan kerana orang yang memakan ikan yang ditangkap dari sungai berkemungkinan kerap menelan mikroplastik.

    Perkara yang sama berlaku untuk ikan yang ditangkap dari lautan yang mana pencemaran mikroplastik juga sangat tinggi.

    Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Farmasi, Universiti Nottingham Malaysia, Profesor Ting Kang Nee berkata, risiko kesihatan manusia yang ditimbulkan oleh mikroplastik memerlukan tindakan segera.

    “Walau bagaimanapun, adalah sangat mencabar untuk mengurangkan pendedahan kepada mikroplastik kerana ia sudah berada di udara yang kita sedut dan air yang kita minum serta kemungkinan besar dalam kebanyakan makanan yang kita makan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pegaga rahsia awet muda, ini kata pakar tentang khasiat ulam-ulaman yang cukup menakjubkan – Relevan

    “Menggunakan penapis pada air paip, mengelakkan makan makanan panas atau minum minuman panas dari bekas plastik dan mengelakkan makan makanan yang di hidup di dasar laut seperti kerang dan udang adalah cara terbaik untuk menyelamatkan diri daripada termakan mikroplastik,” katanya.

    Ujar beliau lagi, menyingkirkan mikroplastik yang sedia ada dalam persekitaran menjadi sukar, tetapi kita boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan jumlah mikroplastik yang semakin bertambah saban hari.

    “Perkara ini boleh dicapai dengan usaha bersepadu oleh pelbagai pihak manakala sebagai individu, kita harus mengambil kira berapa banyak plastik yang digunakan terutamanya cara kita membuangnya.

    “Langkah mudah seperti membawa bekas keluli tahan karat sendiri untuk tapau makanan yang dibeli dari gerai makanan dan menggunakan botol kaca atau logam untuk mengisi semula air.

    “Elakkan membeli air botol untuk membantu mengurangkan jumlah plastik sekali guna yang memburukkan lagi pencemaran alam sekitar,” terangnya.

    Cukai atau insentif fiskal lain boleh diperkenalkan untuk membantu mengurangkan penggunaan plastik dan meningkatkan penggunaan plastik kitar semula.

    Pembiayaan kerajaan untuk penyelidikan bagi membantu mencari cara baharu untuk mengeluarkan plastik dan mikroplastik daripada ekosistem marin serta air tawar sangat diperlukan.

    Begitu juga penyelidikan untuk membantu pembangunan plastik terbiodegradasi yang baharu.- RELEVAN

    Previous ArticleTentang trauma dan kepercayaan: 11 renungan tentang filem Good Will Hunting
    Next Article 5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.