Facebook Twitter
    Trending
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 15 lagu raya baharu yang ada potensi jadi klasik

    15 lagu raya baharu yang ada potensi jadi klasik

    By April 19, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DALAM beberapa tahun atau dekad, lagu-lagu raya dalam senarai dijangka akan menjadi klasik. - GAMBAR RELEVAN

    SUDAH ada banyak artikel yang menyenaraikan lagu raya di luar sana, apa istimewanya artikel ini?

    Pastilah Relevan memberikan anda pengalaman pembacaan yang unik dan tersendiri. Orang lain pun buat senarai lagu raya tapi ini senarai lagu raya gaya Relevan.

    Jadi, dalam senarai ini, anda akan disuguhkan dengan lagu-lagu raya yang dipilih teliti mengikut potensinya untuk menjadi klasik. Ramai kata lagu raya sekarang tidak ada jiwa, kan? Mari uji jiwa muzik anda dengan lagu-lagu ini.

    Mungkin ada sebahagiannya anda tidak pernah dengar, malah anda tidak kenali penyanyinya. Senarai ini dibuat bukan berdasarkan populariti tetapi kualiti. 

    Apa kualiti yang perlu ada pada lagu raya yang berpotensi klasik?

    Pertama, paling asas: lagu mesti sedap. Bagaimana nak ukur kesedapan sesebuah lagu? Ia tak boleh diukur. Jangan dicuba-cuba. Buang semua teori dan formula sebab sedap itu subjektif. 

    Tapi kita tetap boleh kenal pasti lagu-lagu yang sedap di telinga kebanyakan orang. Apabila didengar, ia tidak menjengkelkan. Ia juga tidak terlalu eksperimental sehingga sukar nak dihadam.

    Kedua, ada cangkuk. Biasanya cangkuk lagu ini ada pada bahagian korus. Lagu yang bercangkuk itu bermakna melodi nyanyian yang mudah diingati.

    Untuk lagu dengan mood gembira, perlu kuat getar perayaannya. Untuk lagu yang bertumpu pada emosi sedih, rindu dan kehilangan, melodinya perlu berkesan menghadirkan perasaan-perasaan tersebut.

    Ketiga, lirik yang mudah difahami dan dekat dengan suasana raya. Perkataan-perkataan dalam lirik itu perlu disusun dengan baik supaya setiap kali didengari, orang boleh menerawang terbang balik ke detik meraikan hari raya.

    Keempat, elemen Melayu. Disebabkan Hari Raya Aidilfitri ini perayaan terbesar bangsa Melayu-Muslim di Malaysia, elemen Melayu diperlukan dalam lagu-lagu raya yang klasik. Elemen itu boleh hadir dalam bentuk lirik, melodi, pergerakan kord atau penggunaan instrumen.

    Ini antara perkara yang perlu ada dalam lagu raya yang klasik. Namun, kerana muzik itu subjektif, ada saja lagu yang sudah atau berpotensi mencapai tahap klasik tanpa keempat-empat kualiti ini.

    Baik, mari kita mulakan senarai ini.

    • Raya Raya Raya – Dolla

    Sejak dilancarkan pada 2021, lagu Raya Raya Raya oleh Dolla pantas memikat hati pendengar, terutamanya anak muda. Lakuran elemen muzik Melayu dengan pop ala Korea yang berhasil. Ini antem raya Generasi Z!

    • Pening Raya – M. Nasir dan Salleh Yaacob

    Usia lagu Pening Raya nyanyian M. Nasir dan Salleh Yaacob ini sudah hampir 13 tahun tetapi masih segar untuk dinikmati. Ini antara lagu raya terbaharu yang dihasilkan M. Nasir. Ada elemen komedi yang diselit dalam lirik namun tetap ada pengajarannya.

    • Hari Inikan Hari Raya – Masdo

    Dilancarkan ketika pandemik, Masdo berjaya membawa kemeriahan Aidilfitri dalam lagu Hari Inikan Hari Raya. Meriah, rancak dan penuh tawa. Elemen-elemen ini yang buatkan raya kita hangat dan diingati. 

    • Anugerah Syawal – Bunkface

    Anak-anak pop punk ini jadi jinak berbaju Melayu dalam video muzik lagu ini, 10 tahun lalu. Bunkface memang pakar dalam menghasilkan lagu yang bercangkuk dan Anugerah Syawal menyerlahkan kepakaran mereka. Tak perlu susunan rumit, melodi lagunya sudah cukup kuat.

    • Hari Raya Ini Dalam Sejarah – Monoloque

    Sebagai pemuzik yang faham muzik Melayu dan alternatif, Loque berjaya menyampaikan semangat Aidilfitri dalam lagu Hari Raya Ini Dalam Sejarah. Ada semangat keraian dalam muzik yang tidakpun terlalu rancak. Liriknya juga tepat menggambarkan kemeriahan Aidilfitri. Cuba dengar versi keroncong – menusuk!

    • Salam Lebaran – Mark Adam, Eyza Bahra dan W.A.R.I.S

    Satu-satunya lagu dengan elemen rap dalam senarai ini. Selain menggunakan elemen reggae yang mudah diterima ‘telinga Melayu’, lirik rap W.A.R.I.S dalam lagu Salam Lebaran juga sangat tepat menggambarkan situasi generasi muda di pagi raya, apatah lagi untuk anak Negeri Sembilan seperti saya. 

    • Mensyukuri Syawal – Meet Uncle Hussein dan L. Danielle

    Lagu Mensyukuri Syawal oleh Meet Uncle Hussein dan L. Danielle ini pekat elemen Islam walaupun tidak meninggalkan irama alternatif. Lagu ini membentangkan kepada kita makna Aidilfitri yang sebenar.

    • Lumrah Raya – The Venopian Solitude

    Lagu Lumrah Raya oleh The Venopian Solitude mulanya ditulis sebagai runut bunyi untuk telemovie Nostalgila. Namun, ketepatan liriknya dalam menggambarkan kehidupan generasi kini dalam menghadapi Ramadan dan Syawal menjadikan fungsinya lebih dari sekadar runut bunyi.

    • Raya Selamba – The Venopian Solitude

    Lagu keduanya dalam senarai ini membuktikan kemampuan The Venopian Solitude dalam menghasilkan lagu perayaan. Lagu Raya Selamba ialah projek khas kugiran ini bersama KFC. Liriknya lebih berfokus kepada perayaan Aidilfitri berbanding Lumrah Raya.

    • Kita Mesti Jumpa – Iqbal M.

    Iqbal M. bijak memasukkan elemen homaj dan klasik dalam Kita Mesti Jumpa. Diterbitkan ketika pandemik, ia sedikit-sebanyak membantu kita mengingati memori beraya dalam kawalan pergerakan. Liriknya ringkas tetapi tepat menggambarkan keraian silaturahim ketika Aidilfitri.

    • Siap-Siap Nak Raya – Couple

    Couple memang pakar menghasilkan melodi pop yang mudah diingati. Siap-Siap Nak Raya mempersembahkan komposisi dan penulisan lirik yang ringkas tetapi dekat di hati kita. Hal cuti, tukar duit, kesesakan jalan raya dan baju raya itu memang akan kita hadap setiap Aidilfitri.

    • Purnama Lebaran – Pitahati

    Pitahati tampil ringkas dalam Purnama Lebaran. Trek vokal yang berlapis-lapis dan nyanyian beramai-ramai pada korus mengingatkan kita kepada keramaian pada malam raya, sekampung berjalan rumah ke rumah untuk melaungkan takbir. 

    • Manisnya Dunia – Joe PV

    Seperti yang saya kata, irama reggae mudah diterima telinga Melayu, malah rapat juga dengan bunyian muzik tradisional Melayu. Dalam Manisnya Dunia, Joe dari Purevibracion melakurkan muzik Melayu dengan reggae dengan jaya. Liriknya pekat teras reggae: cinta dan keamanan. 

    • Raya Kita – Kolar Hijau

    Anda mungkin tidak kenal Kolar Hijau tapi Raya Kita merupakan antara lagu raya terbaik yang dihasilkan dalam tempoh dua ke tiga tahun ini. Liriknya ringkas dan klise tapi irama alternatif yang dibawakan memberikan kesegaran. Jangan was-was, cuba dengar lagu ini dan nilai sendiri!

    • Malam Doa – Salammusik

    Ini bonus sebab lagu ini sebenarnya tentang Ramadan. Tapi, ingat puasa ingat raya, kan? Lirik Malam Doa merupakan sajak yang ditulis Sasterawan Negara, A. Samad Said. Salammusik menyuntik jiwa dalam sajak itu dengan irama reggae yang minimal. – RELEVAN

    Previous ArticleBeraya sambil beringat, jangan abaikan kesihatan
    Next Article Raya dengan selamat, 5 langkah ini cegah litar pintas

    Artikel berkaitan

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026
    Artikel Terkini

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.