Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 wanita berpengaruh di Malaysia

    5 wanita berpengaruh di Malaysia

    By Umi FatehahMarch 8, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 wanita berpengaruh di Malaysia

    HARI ini 8 Mac 2023 merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sambutan Hari Wanita Sedunia adalah hari yang mana semua wanita diiktiraf atas pencapaian mereka tanpa mengira bangsa, etnik, linguistik, budaya, ekonomi atau politik.

    Sejak peringkat awal lagi, Hari Wanita Sedunia telah memberi dimensi global baharu bagi wanita di negara-negara maju dan membangun. 

    Justeru itu, Relevan himpunkan lima wanita yang berpengaruh dalam Malaysia bagi meraikan kejayaan dan sumbangan mereka sebagai wanita.

    DATUK Seri Dr. Wan Azizah. – UTUSAN
    1. Datuk Seri Dr. Wan Azizah

    Wan Azizah merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang terkini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura.

    Pada pilihan raya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-12. Perlantikan beliau ini secara tidak langsung menjadikan Wan Azizah sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai TPM di Malaysia dan wanita pertama mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra.

    Semasa memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri, beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Nama Wan Azizah sering dikaitkan sebagai wanita hebat dan sabar kerana kesetiannya menyokong perjuangan suaminya dalam dunia politik lebih-lebih lagi ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan. 

    NURUL Izzah Anwar. – UTUSAN
    1. Nurul Izzah 

    Nurul Izzah atau nama lengkapnya Nurul Izzah Anwar merupakan puteri kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Beliau dilahirkan pada 19 November 1980 di Kuala Lumpur. 

    Nurul Izzah dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh oleh sebuah organisasi think-tank kepenggunaan, Influential Brands. 

    Memetik laporan TheStar, Pengarah Urusannya, Jorge Rodriguez berkata, Nurul Izzah dianugerahkan pengiktirafan berprestij itu kerana sumbangan berterusan beliau dalam menggalakkan demokrasi dan keadilan.

    Tidak dinafikan ramai yang menjadikan Nurul Izzah sebagai inspirasi kerana kebijaksanaannya dalam dunia politik. 

    Selain itu, beliau juga sering membangkitkan isu semasa dan kritikal kepada rakyat di pentas parlimen ketika memegang kerusi Permatang Pauh sebelum diambil alih oleh Muhammad Fawwaz Mat Jan.

    DATUK Seri Siti Nurhaliza. – UTUSAN
    1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

    Siti Nurhaliza Tarudin dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Temerloh, Pahang. Selain digelar sebagai Penyanyi Nombor Satu negara, beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang artis terkaya dan paling berpengaruh di Malaysia.

    Beliau memulakan karier dalam bidang nyanyian seawal usia 16 tahun apabila dinobatkan sebagai juara di program nyanyian Bintang HMI pada tahun 1995. 

    Siti Nurhaliza boleh dikatakan salah seorang artis yang paling terkenal di seluruh Kepulauan Melayu serta rantau Nusantara. 

    Penyanyi dan juga penulis lagu itu mempunyai lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa. Malah, beliau dinobatkan sebagai artis tempatan yang paling banyak distrim pada tahun 2020 di Spotify.

    Siti juga pernah membuat persembahan dalam acara monumental seperti majlis penutupan Sukan Komanwel 1998. Pada tahun 2005, beliau secara tidak langsung menjadi penyanyi Asia Tenggara pertama yang pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall London.

    Pada tahun 2010, Siti kemudian menceburi industri kosmetik dengan penubuhan syarikat kosmetinya, SimplySiti. 

    Meskipun beliau bukan individu yang bukan calang-calang orangnya, peribadinya yang rendah diri dan mesra membuatkan rakyat Malaysia senang dengannya.

    MICHELLE Yeoh. – AFP
    1. Tan Sri Michelle Yeoh

    Michelle Yeoh atau nama kelahirannya, Yeoh Choo Keng merupakan pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Malaysia. 

    Michelle Yeoh sudah dikenali dengan hasil lakonannya yang mengagumkan selama lima dekad dalam industri hiburan menjelang tahun 2023. 

    Beliau telah dinamakan dalam senarai 100 Orang Paling Berpengaruh dalam majalah Time, pada bulan yang sama dengan tayangan perdana filem Everything Everywhere All at Once yang mendapat pujian tinggi di pawagam Amerika Syarikat.

    Pada Ogos 2022, Michelle Yeoh menjadi orang Asia pertama yang menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Halus daripada Institut Filem Amerika. 

    Sebulan kemudian, pelakon itu terbang ke Kanada untuk menerima Share Her Journey Groundbreaker Award di Festival Filem Antarabangsa Toronto, bagi mengiktiraf impak positif yang beliau telah sumbangkan kepada kaum wanita sepanjang kerjayanya. 

    Secara ringkasnya, Michelle Yeoh telah menerima pelbagai anugerah yang bukan sahaja menyumbang kepada imej wanita malah, mengharumkan nama negara Asia di pentas dunia dengan bakatnya. 

    DR. Amalina Bakri. – UTUSAN
    1. Dr. Amalina Bakri

    Dr. Amalina Bakri atau nama penuhnya Nur Amalina Che Bakri suatu ketika dahulu mengejutkan Malaysia dengan kepintarannya apabila berjaya peroleh keputusan cemerlang 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2014.

    Rentetan kejayaannya dalam SPM, pengajian ijazah pertama beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas. 

    Di samping itu, beliau juga memperoleh pelbagai pencapaian akademik yang cemerlang. Antaranya ialah mendapat 5A bagi pengajian peringkat A-level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom.

    Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang doktor di salah sebuah hospital di Eropah dan masih lagi dilihat sebagai salah seorang sosok berpengaruh kerana aktif membuat perkongsian berkaitan isu kesihatan di akaun Twitternya. – RELEVAN

    Previous ArticleSifar kematian akibat covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.