Facebook Twitter
    Trending
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

    10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 6, 20237 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELAKSANAAN empat hari bekerja di beberapa buah negara berjaya meningkat produktiviti pekerja. - GAMBAR HIASAN/FAUXELS (Pexels)

    BERMULA 1 Januari lalu, pindaan terhadap Akta Kerja 1955 mula berkuat kuasa. Antara kandungan pindaan tersebut termasuk pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.

    Walaupun ia satu kemajuan yang baik untuk hak dan kesejahteraan pekerja di Malaysia, kita masih agak ketinggalan.

    45 jam bersamaan sembilan jam bekerja selama lima hari dalam seminggu. Di negara luar, terutamanya Eropah, mereka sudah mula membincangkan, malah bereksperimen dengan waktu bekerja empat hari dalam seminggu.

    Mungkin ia kedengaran janggal kerana kita sudah terbiasa dengan sistem lima hari bekerja. Kalau yang bekerja dalam bidang perkhidmatan lebih ‘kental’, ramai yang bekerja selama enam hari dalam seminggu. Cuti hanya sehari.

    Namun, zaman sudah berubah. Kesedaran terhadap keseimbangan kerja-hidup kini semakin tinggi.

    Kita sudah jauh bergerak dari zaman ketua penyamun menetapkan peraturan “kerja lapan jam sehari, Sabtu setengah hari, hari minggu holiday”.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gila kerja atau kerja keras?

    Oleh itu, dalam artikel ini, Relevan mahu memperkenalkan kepada anda idea asas berkenaan sistem empat hari bekerja dan negara-negara yang telah melaksana atau bereksperimen dengan sistem ini.

    Apa maksud empat hari bekerja?

    Hal paling penting untuk difahami berkenaan sistem empat hari bekerja: yang berubah hanya waktu bekerja tetapi kadar gaji dan beban kerja masih sama.

    Maknanya, idea asas berkenaan empat hari bekerja ini ialah mengurangkan waktu bekerja tanpa mengurangkan produktiviti, upah dan manfaat untuk pekerja.

    Untuk syarikat yang melaksanakan amalan ini, beban kerja hakiki untuk pekerja tidak akan berkurang tetapi yang dikurangkan ialah mesyuarat-mesyuarat yang kurang produktif dan mereka memberikan lebih kebebasan kepada pekerja.

    Jika hari ini kita bekerja dari Isnin hingga Jumaat, dengan amalan baharu ini kita mungkin akan bekerja Isnin hingga Khamis, atau cuti diberikan pada pertengahan minggu membolehkan pekerja ‘mengambil nafas’ sebelum bekerja semula untuk minggu itu.

    Idea ini mungkin sukar untuk dibayangkan tetapi jangan risau, kerana sudah ada negara yang cuba melaksanakannya, atau sekurang-kurangnya menguji pelaksanaannya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

    • Belgium

    Februari tahun lalu, para pekerja di Belgium mendapat hak untuk bekerja selama empat hari seminggu tanpa ditolak gaji. Undang-undang yang membolehkan pekerja memilih untuk bekerja empat atau lima hari seminggu dikuatkuasakan pada November 2021.

    Namun, ia tidak bermakna para pekerja itu dapat mengurangkan beban kerja mereka. Mereka cuma boleh memilih untuk memampatkan kerja yang ada kepada empat hari.

    Sebab itu, tidak semua pekerja memilih untuk bekerja selama empat hari. Ada dalam kalangan pekerja yang berbuat demikian terpaksa bekerja lebih lama dalam sehari untuk menyelesaikan tugasan.

    Untuk pekerja dengan syif pula lebih malang kerana mereka tidak mempunyai pilihan untuk bekerja kurang hari.

    Umumnya, undang-undang yang dilaksanakan adalah untuk memberi keanjalan kepada syarikat untuk menyusun operasi mereka.

    • United Kingdom

    Sebanyak 92 peratus daripada syarikat yang menyertai program perintis empat hari bekerja di United Kingdom (UK) mahu mengekalkan amalan tersebut.

    Program yang berlangsung selama enam bulan melibatkan 61 syarikat dan lebih 3,300 pekerja itu dijalankan oleh penyelidik di Universiti Oxford, Universiti Oxford, Kolej Boston serta kumpulan advokasi 4 Day Week Global, 4 Day Week UK Campaign dan firma penyelidikan UK, Autonomy.

    Dalam program itu, pekerja diminta untuk mengikut “model 100:80:100” yang bermaksud pekerja akan mendapat 100 peratus gaji, bekerja selama 80 peratus daripada masa sebenar dan mengekalkan sekurang-kurangnya 100 peratus produktiviti syarikat.

    Banyak syarikat menganggap program itu sebagai kejayaan yang besar.

    • Scotland dan Wales

    Scotland akan memulakan percubaan untuk empat hari bekerja tahun ini manakala Wales pula sedang mempertimbangkannya.

    Seperti UK, Scotland juga akan mengurangkan tempoh bekerja sebanyak 20 peratus tanpa pengurangan gaji. Inisiatif itu turut mendapat sokongan parti pemerintah, Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dengan peruntukan 10 juta pound (RM53.82 juta).

    ARTIKEL BERKAITAN: 13 perubahan dalam pindaan Akta Kerja 1955

    • Sepanyol

    Sepanyol memulakan projek perintis pada Disember lalu. Projek itu membolehkan industri kecil dan sederhana (IKS) mengurangkan waktu bekerja dalam seminggu sekurang-kurangnya sebanyak setengah hari tanpa mengurangkan gaji.

    Kerajaan Sepanyol memperuntukkan dana 10 juta euro (RM47.60 juta) namun syarikat yang terlibat perlu mencari jalan untuk meningkat produktiviti masing-masing.

    Peningkatan produktiviti itu perlu dilaksanakan dalam masa setahun manakala syarikat perlu kekal dalam program selama sekurang-kurangnya dua tahun.

    Untuk tahun pertama, kerajaan akan menanggung sebahagian daripada kos gaji dan memberi dana untuk latihan peningkatan kecekapan. 

    • Iceland

    Iceland melaksanakan projek perintis pengurangan waktu kerja sepanjang 2015 hingga 2019. Daripada 40 jam, waktu kerja dalam seminggu dikurangkan kepada 35 ke 36 jam tanpa pengurangan gaji. Ia disertai kira-kira 2,500 pekerja.

    Keputusan projek tersebut dianalisis oleh firma pemikir UK, Autonomy dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Iceland, Persatuan untuk Kemampanan dan Demokrasi (ALDA).

    Projek itu dianggap berjaya oleh penyelidik dan kesatuan sekerja di Iceland mula berunding untuk pengurangan jam bekerja.

    Penyelidik juga mendapati tahap tekanan dan lesu upaya (burnout) pekerja berkurang dan ada peningkatan dalam keseimbangan hidup-kerja.

    • Sweden

    Sweden juga mula melaksanakan ujian pengurangan waktu bekerja dengan gaji penuh pada 2015. Namun, keputusannya pelbagai.

    Cadangan yang dikemukakan ketika itu ialah pelaksanaan enam jam bekerja sehari namun ia tidak dipersetujui semua pihak. Malah, parti politik berhaluan kiri juga menolak atas alasan kos yang tinggi.

    Namun, keputusan yang baik dapat dilihat dalam unit ortopedik sebuah hospital universiti yang meletakkan 80 jururawat dan doktor dalam program enam jam bekerja. Kekurangan jam bekerja itu kemudian diganti dengan lantikan baharu.

    Respons daripada pekerja adalah positif namun ia mendapat banyak kritikan, maka ia tidak diteruskan.

    Bagaimanapun, beberapa syarikat seperti Toyota meneruskan inisiatif pengurangan waktu bekerja tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: 11 ciri pekerja bermasalah

    • Jerman

    Jerman sememangnya negara yang jaguh dalam penjagaan hak-hak pekerjanya. Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), purata waktu bekerja di Jerman adalah sebanyak 34.2 jam seminggu.

    Namun, kesatuan sekerja di negara itu terus juga menuntut pengurangan waktu kerja.

    Dalam satu tinjauan oleh firma penyelidikan, Forsa, 71 peratus pekerja di Jerman mahukan pilihan untuk bekerja selama empat hari seminggu. 

    Lebih tiga perempat daripada responden berkata mereka menyokong inisiatif kerajaan untuk meneroka potensi pengenalan dasar empat hari bekerja dalam seminggu. Untuk majikan pula, lebih dua pertiga yang menyokong.

    Sebanyak 75 peratus percaya empat hari bekerja dimahukan oleh pekerja dan 59 peratus percaya ia boleh dicapai oleh majikan juga.

    Hampir separuh (46 peratus) majikan berkata percubaan dasar empat hari bekerja di tempat kerja mereka boleh dijalankan.

    • Jepun

    Di Jepun, syarikat gergasi lebih cenderung mencuba empat hari bekerja dalam seminggu. Ia berikutan pengumuman kerajaan pada 2021 yang mahu mencapai keseimbangan kerja-hidup yang lebih baik di negara itu.

    Syarikat teknologi gergasi, Microsoft telah memulakan usaha tersebut lebih awal pada 2019. Mereka bereksperimen dengan model tiga hari cuti selama sebulan.

    Usaha tersebut melonjakkan produktiviti pekerja sehingga 40 peratus dan menghasilkan budaya kerja yang lebih cekap.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip capai keseimbangan kerjaya dan kehidupan

    • New Zealand

    Seramai 81 pekerja di syarikat produk pengguna, Unilever mengambil bahagian dalam ujian empat hari bekerja seminggu selama setahun di New Zealand.

    Pengarah Urusan Unilever New Zealand, Nick Bangs berkata, mereka mahu mengukur prestasi melalui hasil kerja, bukan masa. 

    “Kami percaya cara bekerja yang lama sudah ketinggalan dan tidak lagi memenuhi keperluan kami,” katanya.

    Jika ujian tersebut berjaya, ia dilaporkan akan dilanjutkan di negara-negara lain.

    • Amerika Syarikat dan Kanada

    Menurut sebuah tinjauan oleh vendor perisian awan, Qualtrics, 92 peratus pekerja di Amerika Syarikat (AS) mahukan pengurangan hari bekerja dalam seminggu, walaupun mereka perlu memanjangkan waktu bekerja dalam sehari.

    Tinjauan itu mendapati, pekerja mahukan inisiatif tersebut untuk meningkatkan kesihatan mental dan menambah produktiviti sendiri.

    Sebanyak 74 peratus pekerja berkata mereka mampu menyelesaikan jumlah kerja yang sama dalam empat hari manakala 72 peratus berkata, mereka perlu bekerja lebih lama dalam sehari untuk menyelesaikan kerja.

    Di Kanada, penyelidikan oleh agensi pekerjaan, Indeed mendapati bahawa 41 peratus majikan di negara itu mempertimbangkan jadual kerja hibrid dan budaya kerja baharu disebabkan pandemik Covid-19.

    Tinjauan Indeed dalam kalangan 1,000 majikan di Kanada mendapati bahawa 51 peratus syarikat besar dengan lebih 500 pekerja mahu melaksanakan empat hari bekerja dalam seminggu. – RELEVAN

    4 hari bekerja featured kerjaya KU SYAFIQ KU FOZI
    Artikel Terkini

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.