SEBANYAK 173 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 204 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,188 kes.
Berita berkaitan:
- Kes harian terus catat penurunan, 23,100 kes baharu semalam
- Kecanduan validasi: Bagaimana ‘likes’ dan ‘views’ menjadi ukuran diri
- 2,605 kes baharu Covid-19, Lembah Klang catat kes tertinggi
- Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan
- Diabetes bukan penamat hidup kanak-kanak
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 219 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,057 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,174 kes dengan 8,845 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 317 kes atau 3.5% pesakit dirawat di hospital, lima kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan tujuh kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN


