ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 212 kes semalam berbanding 241 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,040,821 kes.
Berita berkaitan:
- 2,601 kes sembuh Covid-19 dilaporkan semalam
- Pakar bentang kertas putih hentikan rabies di Asia Tenggara
- Pegaga rahsia awet muda, ini kata pakar tentang khasiat ulam-ulaman yang cukup menakjubkan
- Nak tidur lepas sahur? Ini hukum dan kesan kepada kesihatan!
- Kuala Lumpur antara bandar terbaik untuk kerja jarak jauh, duduki tempat ke-22 dunia
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 310 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,994,560 kes.
Semalam dilaporkan satu kes kematian dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam sebanyak 36,955 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,872 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,306 kes dengan 8,968 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 332 kes atau 3.6% pesakit dirawat di hospital, tiga kes atau 0.0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan tiga kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN


