Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    By Umi FatehahJanuary 31, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BARU-baru ini, video seorang kanak-kanak yang bermain telefon pintar dan tablet telah tular di media sosial. Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan mereka mengatakan generasi zaman teknologi ini semakin tenat.

    Hal ini kerana perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak berumur lingkungan empat hingga enam tahun itu merisaukan, malah ia bukan suatu perkara yang normal. 

    Merujuk kepada berita yang dikongsikan oleh CNN, Pakar Bedah Am Amerika Syarikat (A.S) Vivek Murthy percaya bahawa kebanyakan kanak-kanak terdedah kepada media sosial pada umur yang terlalu awal. 

    Beliau berkata, sepatutnya mereka hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial apabila berumur antara 16 hingga 18 tahun.

    Platform seperti TikTok, Instagram dan Twitter pada masa ini memberi kebenaran kepada pengguna untuk mencipta akaun dengan keperluan umur minimum iaitu sekurang-kurangnya 13 tahun.

    Murthy percaya ini boleh menyebabkan remaja mempunyai perasaan terhadap diri sendiri yang tidak normal semasa tahun-tahun perkembangan penting mereka.

    “Berdasarkan data yang dilihat, secara peribadinya saya percaya bahawa umur 13 tahun adalah terlalu awal untuk mereka menyertai media sosial. 

    “Usia ini adalah masa yang sangat penting bagi kita memantau cara mereka berfikir dan menilai diri sendiri dan perhubungan yang mereka wujudkan. 

    “Persekitaran media sosial yang negatif dan sering diputar belitkan bakal mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak,” kata Murthy kepada CNN.

    Bilangan remaja di media sosial telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan golongan profesional perubatan. Ekoran itu, pelbagai badan penyelidikan menjalankan penyelidikan berkaitan isu ini.

    Murthy mengakui isu ini agak sukar dibendung memandangkan populariti media sosial semakin meningkat dalam masyarakat dunia. 

    Beliau mencadangkan agar ibu bapa perlu bekerja dalam satu pasukan untuk mengawal penggunaan gajet dan media sosial dalam kalangan anak-anak mereka.

    Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Child & Adolescent Health, penggunaan media sosial dikaitkan dengan kemurungan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja perempuan. 

    Tetapi, kajian baru menunjukkan bahawa isu itu mungkin lebih kompleks daripada apa yang disangkakan oleh pakar.

    Kajian tersebut melibatkan wawancara bersama hampir 10,000 kanak-kanak berumur antara 13 hingga 16 tahun di England dan penyelidik mendapati bahawa media sosial berisiko mengancam kesihatan mental kanak-kanak.

    Media sosial menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak perempuan melalui pendedahan mereka kepada buli siber. 

    Pada masa yang sama, ia juga mengurangkan masa dan kualiti tidur serta menjejaskan kesihatan fizikal mereka kerana meluangkan masa berjam-jam menatap media sosial. Keseluruhannya, ia akan melumpuhkan kesihatan mental dan fizikal.

    Menurut pengkaji, kesan terhadap kesihatan mental kanak-kanak lelaki pula dikatakan berpunca daripada sebab-sebab lain. Justeru, kajian lebih lanjut diperlukan bagi mengenal pasti punca yang sahih.

    Para penyelidik mendapati bahawa, dalam kedua-dua jantina, penggunaan media sosial yang sangat kerap dikaitkan dengan tekanan psikologi yang lebih besar. 

    Kesannya amat jelas dijumpai dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Semakin kerap mereka melayari media sosial, semakin besar tekanan psikologi yang mereka hadapi.

    Kita dapat lihat bahawa isu media sosial dalam kalangan kanak-kanak ini isu yang serius. Seperti yang kita tahu, penggunaan internet dan gajet sebenarnya ada faedahnya. 

    Tetapi, ia perlu digunakan dengan pantauan ibu bapa agar kemudahan ini tidak disalahgunakan yang akhirnya memudaratkan. – RELEVAN

    Previous Article12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    Next Article Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.