SEBANYAK 172 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 132 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,035,377 kes.
Berita berkaitan:
- Faktor hormon dan genetik jadi punca lelaki hidap kanser payudara
- Sakit ketika haid? Ini punca dan tip melegakan kesakitan, menurut pakar
- 1,155 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan semalam
- 809 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
- 2 juta penerima vaksin Sinovac dijangka hilang status vaksinasi penuh
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 325 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,988,814 kes.
Sebanyak tiga kematian dilaporkan semalam dan ketiga-tiganya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,936 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,869 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,627 kes dengan 9,245 kes atau 96 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 369 kes atau 3.8% pesakit dirawat di hospital, 3 kes atau 0.0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 10 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN


