JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 318 kes semalam berbanding 371 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,033,943 kes.
Berita berkaitan:
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 331 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,986,643 kes dan tiada kematian dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,923 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,866 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,377 kes dengan 9,960 kes atau 96 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 398 kes atau 3.8% pesakit dirawat di hospital, 4 kes atau 0.0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 15 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN


