Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Legasi kebinatangan manusia: 5 pembunuh bersiri terkenal dunia

    Legasi kebinatangan manusia: 5 pembunuh bersiri terkenal dunia

    By Umi FatehahJanuary 13, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Legasi kebinatangan manusia: 5 pembunuh bersiri terkenal dunia. - GAMBAR HIASAN KAT WILCOX/PEXELS

    PEMBUNUH bersiri dikategorikan kepada seorang pembunuh yang mempunyai rekod pembunuhan lebih daripada dua mangsa dalam peristiwa yang berasingan dan dalam jangka masa yang berbeza.

    Pembunuhan biasanya berpunca daripada bermacam-macam motif seperti unsur politik, cemburu, dendam, dengki membela diri termasuklah masalah kesihatan mental seseorang. Berikut merupakan beberapa pembunuh bersiri yang terkenal di seluruh dunia seperti yang disenaraikan oleh Britannica.

    1. Ted Bundy

    Ted Bundy. – GAMBAR OLEH WIKIPEDIA

    Siapa yang tidak kenal dengan Theodore Robert Bundy atau lebih dikenali dengan Ted Bundy, perogol dan pembunuh bersiri yang paling dikenali ramai. Bundy dilahirkan pada 24 November 1946 di Burlington, Vermont. 

    Bundy mempunyai zaman kanak-kanak yang sukar kerana hubungan yang tegang dengan bapa tirinya. Sifatnya yang sangat pemalu juga menyebabkan dia sering menjadi sasaran buli. 

    Walau bagaimanapun, kebijaksanaan dan kemahiran sosialnya membolehkannya menikmati kehidupan di kolej yang cemerlang. Oleh kerana rupa parasnya yang tampan, dia menjadi tumpuan dalam kalangan wanita.

    Di sebalik hubungan cinta yang diwujudkan bersama pelbagai wanita, dia melakukan serangan seksual dan membunuh beberapa wanita di Washington, Oregon, Colorado, Utah, dan Florida antara 1974 dan 1978. 

    Walaupun Bundy mengaku bersalah atas 28 pembunuhan yang dituduh, ramai mengatakan bahawa sebenarnya dia bertanggungjawab atas ratusan kematian terutamanya melibatkan wanita. 

    Berikutan hasil perbicaraan, dia dijatuhi hukuman mati pada 1979 kerana membunuh dua pelajar kolej perempuan. Pada tahun berikutnya, Bundy sekali lagi dijatuhi hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Bundy akhirnya menerima hukuman bunuhnya di kerusi elektrik Florida pada 1989.

    Bundy terkenal sebagai seorang pembunuh yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Jenayah ngerinya turut diabadikan dalam filem dan dokumentari.

    2. Pedro Lopez

    Pedro Lopez. – GAMBAR OLEH WIKIPEDIA

    Pedro Lopez dilahirkan pada 8 Oktober 1948, di Santa Isabel, Colombia. Dia dikaitkan dengan lebih 300 pembunuhan di negara asalnya iaitu di Colombia, Ecuador dan Peru. 

    Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pembunuhan itu adalah wanita-wanita berpuak. 

    Selepas Lopez ditahan pada 1980, polis menemui lebih daripada 50 kubur mangsa yang dibunuh ketika dia masih lagi seorang remaja.

    Dia kemudiannya disabitkan bersalah membunuh 110 gadis di Ecuador dan mengaku melakukan 240 lagi pembunuhan di Colombia dan Peru. 

    Menurut kajian, sebelum Lopez membunuh mangsa-mangsanya yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak perempuan, dia akan mengumpan mangsa ke tempat yang sunyi terlebih dahulu. Lopez kemudian merogol dan membunuh kanak-kanak tidak bersalah itu.

    ‘Monster of the Andes’ tidak menghabiskan hukumannya iaitu 20 tahun penjara kerana dia dibebaskan pada tahun 1998 atas alasan menunjukkan tingkah laku yang baik. Lebih 20 tahun sejak dia keluar dari penjara, keberadaannya masih tidak diketahui dan mungkin masih hidup bebas.

    3. H. H. Holmes

    H.H.Holmes – GAMBAR OLEH WIKIPEDIA

    Herman Mudgett atau lebih dikenali sebagai H. H. Holmes dilahirkan pada 16 Mei sekitar tahun 1860-an di Gilmanton, New Hampshire.

    Holmes dilahirkan dalam keluarga yang berada dan menunjukkan dia seorang kanak-kanak yang bijak serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perubatan.

    Namun, kebijaksanaannya disalahgunakan yang membuatkan dia terkenal sebagai ahli farmasi yang menjadikan sebuah hotel sebagai istana penyeksaan di mana dia menjalankan kegiatan jenayahnya.

    Menjelang Pesta Dunia 1893 di Chicago bagi merayakan ulang tahun ke-400 kedatangan Christopher Columbus di Dunia Baru pada tahun 1492, Holmes berpindah ke Chicago dan mula menyediakan hotel tiga tingkat dengan segala peralatan bagi membantu operasi jenayahnya.

    Antara peralatan yang disediakan Holmes ialah saluran gas, laluan rahsia dan pintu perangkap, lorong ke jalan mati, gelongsor ke ruang bawah tanah, pelapik kalis bunyi dan pelbagai alat penyeksaan. 

    Gas itu disediakan dengan tujuan memengsankan mangsanya sebelum perkara seterusnya yang menyeksakan dan kejam dilakukan di atas meja pembedahannya. Dia kemudian membakar mayat di dalam relau bangunan, menjual rangka mayat ke sekolah-sekolah perubatan dan menjalankan penipuan insurans hayat. 

    Secara keseluruhan, dia menghadapi lebih daripada 30 tuduhan pembunuhan. Kegiatan terkutuk Holmes akhirnya terbongkar selepas rakan perniagaannya mendedahkan jenayah yang dilakukannya kepada pihak polis kerana Holmes gagal melaksanakan perjanjian bersama rakannya itu. Dia akhirnya dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1896.

    4. John Wayne Gacy

    John Wayne Gacy. – GAMBAR OLEH WIKIPEDIA

    John Wayne Gacy merupakan seorang pembunuh bersiri Amerika yang dilahirkan 17 Mac 1942.

    Dia mula mendapat perhatian media antarabangsa dan mengejutkan komuniti pinggir bandar di Chicago kerana dikenali sebagai seorang yang ramah dan kemesraannya bersama kanak-kanak kerana pekerjaannya sebagai badut yang menghiburkan.

    Gacy mula disyaki pada tahun 1978 apabila seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang kali terakhir dilihat bersamanya hilang. Itu bukan satu-satunya masa keluarga kanak-kanak lelaki yang hilang menuding jari ke arah Gacy, tetapi ini merupakan kali pertama pihak berkuasa memandang serius luahan keluarga mangsa.

    Tidak lama selepas itu, waran geledah dikeluarkan bagi memberikan akses kepada polis untuk menyiasat rumah Gacy dengan lebih lanjut. Menurut kajian, rumahnya berbau dan apabila disiasat, terdapat kira-kira 30 mayat ditimbus dalam ruang seluas empat kaki di bawah rumahnya.

    Siapa sangka, orang yang kelihatan ramah dan sayangkan kanak-kanak rupanya disabitkan dengan 33 pertuduhan membunuh, dengan pertuduhan tambahan merogol dan menyeksa. Gacy akhirnya telah dihukum mati dengan suntikan maut pada 1994.

    5. Jeffrey Dahmer

    Jeffrey Dahmer. – GAMBAR OLEH WIKIPEDIA

    Sekitar tahun 2022, Netflix menerbitkan sebuah dokumentari berkisarkan salah seorang pembunuh bersiri popular, Jeffrey Dahmer yang bertajuk ‘DAHMER – Monster: The Jeffrey Dahmer Story’.

    Dahmer dilahirkan pada 21 Mei 1960 di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat. Pembunuh bersiri Amerika ini agak kontroversi kerana penahanannya pada 1991 menimbulkan kritikan terhadap polis tempatan dan mengakibatkan peningkatan minat popular dalam kes-kes pembunuhan bersiri dan jenayah lain. 

    Dahmer melakukan pembunuhan pertamanya pada umur 18 tahun di Bath, Ohio, pada 1978. Pembunuhan kedua diikuti pada 1987 dan dalam tempoh lima tahun berikutnya, kebanyakan pembunuhan Dahmer dialkukan di Milwaukee, Wisconsin.

    Mangsa-mangsanya terdiri daripada 15 kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa muda, yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah dan berbangsa Afrika Amerika, Asia atau Latin.

    Walaupun pembunuh bersiri lain telah membunuh lebih banyak mangsa, jenayah Dahmer sangat mengerikan kerana melibatkan kanibalisme (perbuatan manusia memakan daging manusia lain) dan nekrofilia (mempunyai tarikan seksual atau menjalankan hubungan seksual dengan mayat). 

    Pada Februari 1992 Dahmer dijatuhi 15 tahun penjara seumur hidup berturut-turut. Hukuman penjara seumur hidup ke-16 telah ditambah pada bulan Mei bagi pembunuhan yang dilakukannya pada 1978. Namun, Dahmer akhirnya mati kerana dibunuh oleh salah seorang banduan di penjara Wisconsin pada 1994. – RELEVAN

    Previous Article625 kes sembuh Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article Apa itu hipertiroid, simptom dan faktor risiko

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.