SEMALAM mencatatkan sebanyak 433 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 333 kes kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,028,223 kes.
Berita berkaitan:
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 500 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,979,668 kes dan sifar kematian dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,859 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,854 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,696 kes dengan 11,084 kes atau 94.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 581 kes atau 5% pesakit dirawat di hospital, 10 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 21 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN


