SEBANYAK 2,375 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,672 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,994,543 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,857 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,933,381 kes.
Sebanyak 11 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,695 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,810 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,467 kes dengan 21,637 kes atau 92.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,739 kes atau 7.1% pesakit dirawat di hospital, 34 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 57 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN