SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,898 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 3,024 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,984,272 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,789 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,920,616 kes.
Sebanyak empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) dilaporkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,648 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,798 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,008 kes dengan 24,924 kes atau 92 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 14 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,973 kes atau 7.3% pesakit dirawat di hospital, 40 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 57 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN