Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN
    • Rahsia minum air sejurus bangun tidur 
    • LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026
    • 7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan
    • 7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu
    • Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan
    • Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 
    • Masa bentuk dan bina sahsiah generasi baharu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025

      Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

      October 17, 2025

      Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

      October 16, 2025

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025
    • Kewangan

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025
    • Pendidikan

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025

      Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

      October 22, 2025

      Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 

      October 22, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peristiwa politik dan sengsara pandemik sejak Langkah Sheraton sehingga pembubaran Parlimen

    Peristiwa politik dan sengsara pandemik sejak Langkah Sheraton sehingga pembubaran Parlimen

    By November 16, 20227 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FENOMENA bendera putih antara peristiwa yang diingati sepanjang tempoh negara berhadapan pandemik Covid-19. - GAMBAR UTUSAN

    TEMPOH dua tahun ini mungkin tempoh paling mencabar buat negara. Sudahlah berhadapan pandemik yang menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia, politik Malaysia juga terumbang-ambing akibat Langkah Sheraton yang berlaku pada awal tahun tersebut.

    Pada 2020, media antarabangsa mengatakan Malaysia berhadapan ‘triple whammy’, merujuk kepada krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang dihadapi. 

    Kini, negara telah hampir setahun berada dalam mod pemulihan. Data-data ekonomi menunjukkan perkembangan positif namun cabarannya belum berakhir. 

    Dari segi kesihatan, kita masih dalam fasa peralihan ke endemik Covid-19, belum sepenuhnya endemik. Ekonomi pula dijangka mencabar tahun hadapan dan belum ada jaminan bahawa politik negara akan stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan politik, lompat-melompat dan pertukaran kerusi sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton

    Sebelum jari dicelup di pusat mengundi nanti, izinkan Relevan membawa anda mengimbau peristiwa-peristiwa politik yang signifikan buat negara dalam tempoh selepas Langkah Sheraton sehingga pembubaran Parlimen baru-baru ini.

    • PKP pertama (18 Mac 2020)

    Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 18 Mac 2020. Ia berikutan pengisytiharan Covid-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 11 Mac 2020 dan gelombang kedua penyakit itu di Malaysia.

    Perintah tersebut berlangsung selama 47 hari sehingga 3 Mei 2020 sebelum digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.

    • PRN Sabah (26 September 2020)

    Perebutan kuasa pemerintahan di Sabah menyebabkan rakyat negeri itu terpaksa berhadapan pilihan raya negeri (PRN), dua tahun selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah.

    Pada 29 Julai 2020, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu. Ia mendorong Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perakuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

    PRN Sabah berlangsung pada 26 September 2020 dengan 38 daripada 73 kerusi dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS dianggotai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

    • Gelombang kenaikan mendadak kes Covid-19 pertama (September 2020 – Mac 2021)

    PRN Sabah dikatakan menjadi punca kenaikan mendadak kes Covid-19 pada penghujung 2020. Walaupun kadar kes baharu masih rendah pada penghujung September, ia mencatat peningkatan berterusan bermula Oktober 2020 sehingga mencapai kes tertinggi pada 30 Januari 2021, dengan 5,728 kes.

    SEPANJANG menghadapi pandemik Covid-19, Malaysia mencatatkan 36,566 kematian akibat Covid-19 setakat 15 November 2022. – GAMBAR UTUSAN
    • Darurat kesihatan (12 Januari 2021)

    Pada 12 Januari 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara.

    Pelaksanaan darurat itu dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet. Ia dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

    • Gelombang kenaikan mendadak kes Covid-19 kedua (Mei – Oktober 2021)

    Kenaikan mendadak kes harian Covid-19 bermula Mei selepas kes mula surut daripada gelombang kenaikan mendadak pertama. Pada 29 Mei, kes harian mencecah 9,020 kes, tertinggi dalam sejarah negara setakat itu.

    Ketika kes dilihat berkurang pada penghujung Jun, kemunculan varian Delta memburukkan keadaan dengan kes harian mencecah lima angka pada 13 Julai, dengan 11,079 kes.

    Kes harian tertinggi dalam gelombang ini dicatatkan pada 26 Ogos dengan 24,599 kes. Walaupun penurunan dicatatkan selepas itu, ribuan kes harian sudah menjadi norma baharu buat Malaysia selepas itu.

    Rekod kes kematian harian tertinggi juga dicatatkan dalam gelombang ini, iaitu 408 kematian pada 10 Ogos.

    • Fenomena bendera putih (Jun – Julai 2021)

    Sengsara rakyat akibat pandemik, kemelesetan ekonomi dan pelaksanaan PKP pelbagai fasa mendorong rakyat Malaysia mengambil inisiatif sendiri untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

    Kempen pengibaran bendera putih yang digerakkan melalui media sosial dimulakan oleh Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Kelantan, Nik Faizah Nik Othman pada 28 Jun di Facebook sebelum disambut lebih ramai pengguna dan pempengaruh di semua media sosial.

    • Muhyiddin Yassin letak jawatan (16 Ogos 2021)

    Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan pembentukan kerjasama politik bipartisannya tidak mendapat sokongan.

    • Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri kesembilan (21 Ogos 2021)

    Malaysia menerima Ketua Eksekutif ketiga dalam tempoh tiga tahun selepas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

    Pelantikan itu menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat sokongan 114 ahli Parlimen.

    ISMAIL SABRI dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. – GAMBAR UTUSAN
    • PRN Melaka (20 November 2021)

    DUN Melaka dibubarkan selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali kehilangan majoriti akibat penarikan sokongan empat ADUN daripada blok kerajaan.

    PRN Melaka diadakan pada 20 November 2021 yang menyaksikan kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi. Kemenangan majoriti dua pertiga itu membolehkan Sulaiman dilantik semula sebagai Ketua Menteri.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengenang Langkah Sheraton 

    • Undi 18 dan undi automatik (15 Disember 2021)

    Pindaan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik mula berkuat kuasa pada 15 Disember 2021, membolehkan 1.14 juta pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun mengundi dalam PRU15.

    • PRN Sarawak (18 Disember 2021)

    DUN Sarawak dibubarkan pada 3 November 2021 selepas tertangguh kira-kira lima bulan akibat pelaksanaan darurat di negeri tersebut. 

    Pembubaran tersebut berkuat kuasa serentak dengan tamatnya Proklamasi Darurat di negeri itu dan membawa kepada pelaksanaan PRN Sarawak pada 18 Disember.

    Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang selesa dalam PRN tersebut dengan menguasai 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

    • Gelombang kenaikan  mendadak kes Covid-19 ketiga (Februari – April 2022)

    Gelombang kenaikan terbesar kes harian Covid-19 di Malaysia berlaku pada Februari hingga Mac 2022. Kes mula mencecah lima angka pada 6 Februari dengan 10,089 kes sebelum melonjak ke kes harian tertinggi dalam sejarah, iaitu 33,406 kes pada 5 Mac.

    Kenaikan kes tersebut antara lain berpunca daripada kemasukan varian Omicron ke Malaysia. Pada 12 Mac, kes kematian harian tertinggi dalam gelombang ini dicatatkan, iaitu sebanyak 113 kematian.

    • PRN Johor (12 Mac 2022)

    DUN Johor dibubarkan pada 22 Januari 2022 selepas kedudukan kerajaan negeri dilihat tidak stabil dengan penguasaan hanya majoriti satu kerusi oleh kerajaan.

    PRN Johor yang berlangsung pada 12 Mac menyaksikan kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) yang menguasai 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

    • Fasa peralihan ke endemik (1 April 2022)

    Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia merupakan fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas bergelut dengan Covid-19 sejak 2020.

    RAYUAN terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan gagal selepas hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya dikekalkan. – GAMBAR UTUSAN
    • Najib dipenjara (23 Ogos 2022)

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuan terakhirnya dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd berjumlah RM42 juta.

    Keputusan Mahkamah Persekutuan itu merupakan keputusan sebulat suara ketiga yang tidak berpihak kepada Najib selepas keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

    • Undang-undang halang lompat parti dikuat kuasa (5 Oktober 2022)

    Undang-undang yang melarang ahli Dewan Rakyat melompat parti dikuatkuasakan bermula 5 Oktober 2022. 

    Undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 atau Akta A1663 itu diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada 28 Julai sebelum diluluskan Dewan Negara pada 9 Ogos.

    • Bajet 2023 dibentang (7 Oktober 2022)

    Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober. Ia bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.

    Bagaimanapun, disebabkan belanjawan tersebut tidak sempat diluluskan Parlimen, ia akan dibentangkan sekali lagi pada akhir tahun sekiranya BN memenangi PRU15.

    • Parlimen ke-14 dibubar (10 Oktober 2022)

    Persidangan Parlimen Ke-14 dibubarkan pada 10 Oktober selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada PRU15.

    PRU15 akan berlangsung pada 19 November ini bagi memilih kerajaan serta ahli Dewan Rakyat yang baharu. – RELEVAN

    covid-19 featured pendidikan politik PRU15

    Artikel berkaitan

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    October 23, 2025

    Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

    October 22, 2025
    Artikel Terkini

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    October 23, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.