Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan

    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan

    By Umi FatehahNovember 9, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan. - Gambar Hiasan Amir Khalid/Kosmo

    KEPUTUSAN pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 telah melakar sejarah baharu dalam sejarah politik Malaysia apabila pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun berjaya ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH).

    Apa yang menjadikan PRU14 lebih signifikan adalah ia menjadi bukti kepada keberkesanan kuasa dan suara rakyat yang inginkan reformasi dengan harapan masa depan negara menjadi lebih cerah.

    Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, parti pembangkang berjaya meraih undian lebih tinggi daripada parti kerajaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional

    Sejarah penubuhan

    PH telah ditubuhkan pada 22 September 2015 sebagai parti pembangkang bagi menentang kerajaan BN yang pada ketika itu dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak. 

    Ketika PRU14, PH dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

    Namun, kurang dua tahun Dr. Mahathir memimpin negara, beliau akhirnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.

    Seiring dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu, 26 ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 11 ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menarik diri daripada gabungan PH.

    Perletakan jawatan dan penarikan diri itu menyebabkan kerajaan PH hilang majoriti di Parlimen dalam peristiwa politik yang dikenali sebagai Langkah Sheraton. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengenang Langkah Sheraton

    Kerajaan Malaysia selepas itu diambil alih oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Parti komponen

    Pada peringkat awal penubuhan iaitu sekitar 2015 hingga 2016, parti komponen PH terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Tetapi, bagi menghadapi PRU14, Bersatu memeterai perjanjian dan bersepakat untuk menentang BN. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional

    Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

    Tetapi, Bersatu kemudian meninggalkan PH pada Februari 2020 berikutan Langkah Sheraton. Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan PH selepas memerintah selama 22 bulan.

    Menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kali ini, PH bangkit semula dengan gabungan beberapa parti baharu.

    PH ketika ini dianggotai oleh DAP, PKR, Amanah, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan menjalin pakatan pilihan raya dengan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

    Prinsip asas parti

    Perjanjian PH telah ditandatangani oleh presiden PKR, Wan Azizah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada 9 Januari 2016.

    Dalam perjanjian tersebut, terdapat tujuh fasal digariskan sebagai asas persefahaman antara parti-parti politik yang terlibat, iaitu:

    • Fasal 1: Keputusan bersama
    • Fasal 2: Pembinaan kesatuan politik
    • Fasal 3: Penyelesaian pertikaian
    • Fasal 4: Dasar-dasar bersama
    • Fasal 5: Perjalanan pilihan raya
    • Fasal 6: Perjalanan kerajaan dan pembangkang
    • Fasal 7: Keabsahan pakatan

    Tokoh utama

    Pada awal penubuhan PH, Wan Azizah mengumumkan pembentukan gabungan itu yang menjadi pakatan pembangkang baharu yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah bagi menggantikan PKR yang dibubarkan atas pertikaian tidak dapat diselesaikan antara DAP dan PAS. 

    Sebelum PRU14, Dr. Wan Azizah merupakan ketua pembangkang dan mengetuai gerakan reformasi di bawah PH semasa ketiadaan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dipenjarakan selama lima tahun. 

    Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan di Program bertemu pengusaha limau bali dan petani di Kampung Baru Ampang. – Gambar Muhamad Nazreen Syah Musthafa/Kosmo

    Wan Azizah dan anggota parti PH telah mengadakan perundingan dan penyelesaian yang wajar serta praktikal untuk memilih beliau menjadi ketua pembangkang sementara. 

    Namun begitu, dalam sebuah kenyataan pada 2016, Wan Azizah masih menegaskan suaminya akan tetap menjadi Perdana Menteri jika PH berjaya merampas pemerintahan negara ini.

    Sepanjang Anwar Ibrahim dipenjara, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umum bagi PH. (sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/424840/anwar-bebas-selasa-ini) 

    Selepas kemenangannya dalam PRU14, PH diketuai oleh Dr. Mahathir. Setelah beliau meletakkan jawatan, jawatan pengerusi tersebut disandang oleh Anwar Ibrahim. Bagi jawatan presiden pula disandang oleh isterinya iaitu Wan Azizah.

    Jawatan timbalan presiden pula disandang oleh pemimpin parti anggota iaitu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO). 

    Seterusnya, jawatan naib presiden pula digalas oleh Chong Chien Jen (DAP), Salahuddin Ayub (Amanah), M. Kulasegaran (DAP), Datuk Christina Liew (PKR) dan Donald Peter Mojuntin (UPKO).

    Jawatan Ketua Setiausaha pula disandang oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dari PKR, manakala jawatan Bendahari pula dipegang oleh Datuk Husam Musa dari Amanah.

    Antara tokoh lain yang dikenali dalam PH termasuk:

    • Nurul Izzah Anwar (PKR)
    • Rafizi Ramli (PKR)
    • Lim Guan Eng (DAP)
    • Raj Munni Sabu (Amanah)
    • Datuk Seri Amirudin Shari (PKR)
    • Nga Kor Ming (DAP)
    • Aminolhuda Hassan (Amanah)
    • Tan Kar Hing (PKR)
    • Datuk Johari Abdul (PKR)
    • Dato’ Seri Aminuddin Harun (PKR)
    • Tan Kok Wai (DAP)

    – RELEVAN

    Previous Article9 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 63 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.