JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,521 kes semalam berbanding 3,913 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,929,972 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,695 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,858,943 kes.
Lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,495 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,767 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 34,534 kes dengan 32,766 kes atau 94.9 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,695 kes atau 4.9% pesakit dirawat di hospital, 26 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 47 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN