Facebook Twitter
    Trending
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wajarkah pendidikan seks diaplikasikan dalam sistem pendidikan Malaysia?

    Wajarkah pendidikan seks diaplikasikan dalam sistem pendidikan Malaysia?

    By Umi FatehahNovember 2, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Wajarkah pendidikan seks diaplikasikan dalam sistem pendidikan Malaysia? - Gambar Hiasan Julien Tromeur/Unsplash

    ISU kepentingan pendidikan seks ini sudah lama dibangkitkan oleh rakyat kita. Ia menjadi lebih hangat apabila seorang remaja telah mengkritik salah seorang gurunya yang didakwa membuat gurauan tentang rogol.

    Kita semua tahu bahawa rogol merupakan perkara yang sensitif dan tidak patut dibicarakan dalam nada gurau. Tetapi malangnya, tidak semua peka akan sensitiviti dalam bergurau lebih-lebih lagi berkaitan isu yang sebenarnya tidak patut menjadi gurauan. 

    Kepekaan terhadap isu sensitif seperti rogol dan gangguan seksual boleh dipupuk melalui pemahaman yang mendalam dan sesuai tentang isu berkaitan seks. Dan ini boleh dicapai melalui pendidikan seks.

    Dalam ramai-ramai yang menyokong cadangan untuk menerapkan pendidikan seks dalam sistem pendidikan, ada juga yang menentang. Rata-rata yang menentang cadangan ini berkata mereka khuatir anak-anak muda akan lebih mudah terpengaruh dengan gejala sosial. 

    Cuba perhatikan, tahun demi tahun berita tentang kanak-kanak dicabul, dirogol dan kemudian dibunuh serta peningkatan kes pembuangan bayi kerap dihidang di dada-dada akhbar. 

    Meskipun punca kepada permasalahan ini lebih besar tetapi kurang celik berkaitan pendidikan seks juga menjadi salah satu faktor masalah ini sukar dibendung.

    Mengapa masyarakat perlu celik pendidikan seks?

    Golongan muda menerima maklumat yang mengelirukan dan bercanggah berkaitan perhubungan dan seks sepanjang peralihan umur dari kanak-kanak ke dewasa atau baligh. 

    Dengan kemunculan dan kemajuan teknologi, semakin kerap maklumat berkaitan pendidikan seks disebarkan lebih-lebih lagi di platform TikTok. Ini membuktikan bahawa masyarakat muda sekarang mempunyai mahukan pengetahuan berkenaan pendidikan seks. 

    Justeru, masyarakat memerlukan maklumat yang sahih bagi menyediakan kehidupan yang lebih selamat dan produktif.

    Sebenarnya, dalam silibus pendidikan seks bukan mengajar perhubungan seks semata-mata. Ini merupakan stigma dalam kalangan masyarakat yang sepatutnya ditolak tepi. 

    Menurut United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco), pendidikan seks ialah proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum tentang aspek kognitif, emosi, fizikal dan sosial dalam seksualiti. 

    Pendidikan seks bermatlamat melengkapkan kanak-kanak dan golongan muda dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang akan meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan, kesejahteraan dan maruah diri.

    Kandungan pendidikan seks menjangkau lebih jauh daripada topik pembiakan. Penyakit yang berpotensi merebak daripada aktiviti seksual (STD) sangat penting dan ia juga dikupas dalam silibus pendidikan seks.

    Tidak dapat dinafikan, masih ada golongan dewasa yang kurang pendedahan terhadap betapa bahayanya STD jika tidak dirawat dengan baik. 

    Kanak-kanak juga akan diajar bagaimana badan mereka berfungsi termasuk akil baligh, kitaran haid dan kepentingan konsensual (persetujuan). Sejujurnya, rata-rata kanak-kanak kurang tahu sepenuhnya tentang kitaran haid.

    Jadi, dengan pendedahan pada peringkat awal tentang haid dan kitarannya akan membuatkan mereka lebih bersedia kelak.

    Pendidikan seks juga mengajar topik penting pada peringkat pencegahan iaitu sentuhan selamat. Pelajar akan diajar bahagian anggota badan yang boleh disentuh, siapa yang boleh menyentuh dan tujuan apa untuk disentuh.

    Perkara ini sangat penting kerana di usia kanak-kanak, mereka masih naif dan tidak dapat membezakan baik dan buruk. 

    Dengan pengajaran sentuhan selamat, kes cabul dan rogol boleh dielakkan daripada terus berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

    Secara realistiknya, mungkin mustahil untuk memberhentikan pesalah laku, perogol dan penjenayah daripada terus menghancurkan keharmonian dalam masyarakat. Tetapi, kita boleh mencuba untuk menghalang daripada masalah gejala sosial berpanjangan dengan pendidikan.

    Adakah Malaysia bersedia?

    Memang benar sesetengah sekolah mempunyai subjek kesihatan dan biologi, tetapi ia tidak melibatkan semua pelajar. 

    Bagi guru dan pengajar pula, tidak semua mempunyai keselesaan untuk mengajar topik ini di hadapan puluhan murid. Bagi ibu bapa pula, tidak mungkin semua mempunyai penerimaan yang baik sekiranya sekolah-sekolah mempunyai usaha untuk mendedahkan pendidikan seks kepada pelajar. 

    Perkara ini terjadi kerana topik pendidikan seks ini menjadi tabu (taboo) dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap pendidikan berkaitan seks, haid dan sebagainya tidak patut dibincangkan secara terbuka.

    Ramai beranggapan kita perlu ada sifat malu untuk mahu berbincang topik begini. Adakah kita betul-betul perlu malu? Sedangkan kita semua sebagai manusia akan melalui fasa-fasa ini pada peringkat umur dan keadaan yang sesuai. 

    Daripada membuat keputusan tanpa menuntut ilmu terlebih dahulu, bukankah ia akan membawa kepada masalah yang lebih besar?

    Dengan pendidikan seks, masyarakat akan lebih tahu risiko dan langkah keselamatan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan untuk menjalinkan apa-apa hubungan. 

    Sebagai contoh, masalah lebih besar seperti pembuangan bayi dan STD dapat dikurangkan sekiranya semua sedar dan tahu untuk mengamalkan seks selamat.

    Bak kata pepatah Bahasa Inggeris, ignorance is not always a bliss. Menolak untuk mengakui realiti bukan sebahagian daripada pendidikan.

    Apabila sekolah mengambil tanggungjawab pendidikan kanak-kanak ini bermakna mereka berhutang kepada pelajar untuk menurunkan ilmu perlindungan diri seperti pendidikan seks.

    Ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab untuk memberi pendedahan kepada anak-anak. Jadikan ia sebagai topik perbualan yang normal dan wujudkan suasana yang selesa untuk berbual. 

    Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebagai masyarakat kita mesti bergerak meninggalkan pantang larang yang jumud. Ada sebabnya mengapa pepatah melayu mengatakan ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu pendidikan seks, apa akan jadi kepada masa hadapan anak bangsa? – RELEVAN

    *Artikel ini diubah suai dari Why comprehensive sexuality education is important dan Sexuality education is about respect and equality yang disiarkan di laman web Unesco.

    Previous Article43 kes di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    Next Article Mengenang Langkah Sheraton

    Artikel berkaitan

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026
    Artikel Terkini

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.